jana pendapatan dengan blog
| |

Cara Jana Pendapatan 5 Angka dengan Blog

Cara Jana Pendapatan dengan Blog | Adakah anda ingin menjana pendapatan dalam dunia blog yang menguntungkan? Adakah anda bermimpi untuk menjadi salah seorang blogger yang menjana 5 ke 6 angka dengan blog?

Jika ya, anda perlu membaca artikel ini sehingga habis kerana saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara anda boleh merealisasikan impian anda untuk menjana pendapatan melalui authority blog yang mensasarkan kepada prospek pembeli yang berkualiti untuk niche anda.

Authority blog adalah blog yang fokus mensasarkan kepada satu niche (bukan niche yang broad) sahaja. Contoh topik dropship atau masakan sahaja.

Membangunkan blog berkualiti tinggi yang menjana trafik dalam niche atau industri anda serta menyediakan kandungan dan maklumat yang bermanfaat kepada pembaca anda adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk membina personal branding anda. Ia mempamerkan imej anda sebagai seorang yang berpengetahuan dan boleh dipercayai di dalam niche anda.

Ketepikan dahulu tentang keuntungan dan wang. Fokus kepada strategi meletakkan diri anda di kedudukan yang tinggi di niche anda melalui blog.

Walaupun ia memakan masa namun  strategi mudah dilakukan dan sangat menjimatkan kos. Anda tidak memerlukan kos yang tinggi untuk membuat blog. Apa yang penting adalah masa dan komitmen yang anda dedikasikan untuk blog anda.

5 cara jana pendapatan dengan blog

Tanpa berlengah lagi mari saya kongsikan 5 cara jana pendapatan 5 angka dari blog:

 

1. Buat blog dan daftar domain

Buat blog dan pilih nama yang menarik dan  sukar untuk dilupakan. Anda dinasihatkan untuk boleh mengawal sepenuhnya website blog anda supaya anda boleh memanfaatkan semua pilihan yang ada dalam menjana pendapatan tanpa had seperti pengiklanan dan lain-lain.

 

2. Tulis (atau upah penulis artikel SEO)

‘Killer’ artikel atau konten akan membantu menarik trafik yang banyak sekaligus memberi jumlah pelawat blog yang ramai. Konten blog anda haruslah berkualiti dengan maklumat yang lengkap dan disasarkan pada niche anda.

Konten yang relevant dan mengandungi maklumat lengkap akan menarik trafik dan memastikan pelawat datang kembali ke blog anda.

Oleh itu, pastikan anda meluangkan masa untuk membuat artikel yang menarik dan bermanfaat (atau upah penulis artikel berpengalaman di dalam niche anda).

Klik link untuk cara tulis artikel yang bagus

 

3. Kumpul Mailing List

Tukar pelawat anda kepada subscriber blog anda supaya anda boleh mengumpul email mereka.

Menghantar newsletter melalui melalui email kepada subscriber anda adalah salah satu cara terbaik untuk menjayakan blog anda dalam menjana pendapatan. Kebanyakan internet marketer menggunakan strategy ini dalam memasarkan produk atau perkhidmatan mereka.

Anda boleh mengumpul email secara automatik dengan menggunakan perkhidmatan seperti convertkit, MailChimp, getresponse dan lain-lain mengikut pilihan anda.

Baca cara daftar mailchimp disini

Berikan tawaran yang menarik kepada pembaca blog anda supaya mereka rela hati memberikan email mereka kepada anda. Anda boleh menawarkan ebook, template atau checklist yang tidak terdapat di dalam blog kepada subscriber anda.

Anda diingatkan tidak terlampau hard sell di dalam newsletter anda untuk mengelakkan subscriber rimas dan unsubscribe dari mailing list anda.

Jika anda ingin tahu cara follow up mailing list, baca artikel ini.

 

4. Berkomunikasi dan menjaga hubungan baik dengan subscriber

Berkomunikasi melalui email atau cara lain dengan kerap supaya subscriber anda tidak melupakan anda. Bina hubungan dan kepercayaan dengan pembaca dan subscriber blog anda kerana ia dapat membezakan anda dengan pesaing anda yang lain. Cara ini memudahkan lagi anda untuk membina jenama sebagai seorang yang hebat dan dipercayai di niche anda (terutama yang blogger yang tidak melakukan ini!).

 

5. Jual produk dan perkhidmatan anda melalui blog dan newsletter

Kedengaran seperti mudah namun ia mengambil masa yang lama sehingga anda mampu menjual produk sehingga menjana pendapatan 5 angka.

Walaupun anda memang mempunyai minat yang mendalam dalam penulisan blog dan niche pilihan namun anda haruslah menetapkan objektif yang anda ingin capai melalui blog anda.

  • Adakah blog anda dibuat untuk menarik pelawat dengan artikel berguna dan kemudian menukar pelawat kepada prospek pelanggan atau subsriber anda?
  • Adakah anda merancang untuk menggunakan blog anda untuk memberikan tawaran percuma sebagai pertukaran
    email supaya anda boleh membina mailing list?

Jika ya, maka blog anda adalah mekanisme bagi anda menjana pendapatan.

Blog bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan menjual produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan sendiri malah ia juga sesuai bagi memasarkan produk affiliates. Produk affiliates sangat sesuai jika anda baru hendak bermula dan masih belum mempunyai penjenamaan dan kepercayaan yang kukuh dari subscriber dan pembaca blog anda.

Anda boleh memasarkan produk atau perkhidmatan oleh mereka yang sudah terkenal dan mempunyai kredibiliti dalam niche anda. Dengan affiliates, anda tidak perlu pening tentang customer service, after sell service, material untuk pemasaran dan lain-lain. Sebagai pemasar affiliate anda hanya perlu fokus tentang pemasaran dan penjualan sahaja untuk menjana pendapatan. Pemasaran affiliates adalah strategi yang paling bijak untuk anda mendapat duit dari blog anda sebelum anda melancarkan produk dan perkhidmatan anda sendiri. Namun, jika blog anda sudah mula dipercayai anda boleh menjual produk anda serentak dengan produk affiliates anda, apa yang penting haruslah mengikut niche anda.

Baca juga panduan lengkap jana pendapatan dengan affiliates

 

Case Study

cara jana pendapatan dengan blog

Blog mywifequitherjob adalah satu contoh authority blog yang berjaya. Blog ini melakukan semua 5 langkah Jana pendapatan dari blog seperti yang saya terangkan di atas:

1. Memilih nama blog yang menarik dan fokus kepada satu niche iaitu dropship e-commerce.

2. Menulis artikel yang panjang dan padat dengan maklumat berkenaan dropship.

3. Mengumpul mailing list dengan cara menawarkan video pembelajaran secara percuma.

4. Berhubung dengan subscriber dan pembaca blog melalui email, video dan podcast.

5. Menjual kursus pembelajaran berkenaan dropship e-commerce kepada subscriber dan pembaca blog.

Blog ini telah berjaya menjana ratusan ribu ringgit setahun melalui produk berkenaan kursus pembelajaran dropship mereka.

 

Kesimpulan

Menjana pendapatan dengan blog tidak memerlukan modal yang besar tapi ia memakan masa yang agak lama dan anda mungkin akan berputus asa sebelum berjaya.

Oleh itu, saya mahu anda mula menjual hari ini. Anda tidak perlu terlebih dahulu membina mailing list anda sebanyak 1,000 subscriber sebelum anda mula menjual dan jangan risau samada artikel dalam blog anda sudah banyak atau belum.

Anda boleh mulakan dengan menyiarkan 2 ke 3 artikel yang sangat bermanfaat di blog anda yang mampu
menarik banyak trafik ke blog anda dan pilih 1 hingga 3 produk affiliates untuk anda promosikan.

Promosi satu produk untuk setiap 2-3 artikel di blog anda, dan promosikan affiliates atau produk anda yang lain melalui email ke senarai mailing list anda.

Jangan terlampau menjual apa yang penting sediakan artikel bermanfaat yang akan menarik trafik yang ramai ke blog anda.

Dengan cara ini anda kelihatan seperti hanya mengingatkan mereka tentang produk atau perkhidmatan yang bagus serta berguna dalam membantu mereka.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *