cara-buat-duit-dari-rumah-tanpa-modal
|

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal? Ini Senarai Kerjanya

Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal? Ini Senarai Kerjanya |Buat duit online dari rumah boleh dijadikan cara untuk cari pendapatan lebih. Bagusnya buat duit dari rumah menggunakan handphone ini tanpa perlu keluar modal. Cara buat duit dari rumah tanpa modal ini sangat sesuai untuk dijadikan kerjaya buat surirumah, penganggur dan student. Yang penting kena ada internet.

Anda mahu tahu bagaimana cara buat duit dari rumah secara online untuk menambah pendapatan? Jika anda sedang mencari info mengenai cara buat duit dari rumah tanpa modal ini, memang ada banyak pilihan kerja dilakukan. Boleh baca artikel ini hingga habis untuk tahu apakah jenis kerja buat duit dari rumah ini.

cara-buat-duit-dari-rumah-tanpa-modal
income online at home

Senarai Kerjaya Untuk Cara Buat Duit Dengan Handphone Tanpa Modal

Antara platform yang digunakan untuk cara buat duit dari rumah tanpa modal yang sangat popular untuk tahun 2021 2022 dan tahun berikutnya adalah seperti yang di bawah ini.

  1. Shopee
  2. Website
  3. Paypal
  4. Whatsapp
  5. Youtube

Panduan Cara Buat Duit Dari Rumah Tanpa Modal

#1. Buat Duit Dengan Shopee

Shopee memang kita semua dah sedia tahu, platfrom ini sangat disukai oleh peniaga online untuk berniaga. Pembeli yang kunjungi Shopee ini juga memang ramai. Cuma, tahukah yang anda Shopee turut sediakan beberapa cara untuk buat duit dari rumah secara online seperti :

  1. Shopee Ambassador Program
  2. Shopee Affiliate Marketing Program
  • Ambassador Program

Shopee Ambassador Program adalah program affiliate in-house yang dikendalikan oleh pihak Shopee sendiri sepenuhnya. Ada syarat tertentu untuk layak jadi SAP dan kalau hit target, dapat bonus khas. Untuk tugasan kerja Ambassador ini cuma perlu promote link sebarang produk dari laman rasmi website Shopee. Jika ada orang membuat pembelian dalam tempoh 7 hari dari tarikh terakhir klik link kita, komisyen akan dibayar.

Seronoknya, ia dikendalikan oleh pihak Shopee dan pembayaran secara terus ke akaun Shopee Pay. Anda boleh gunakan Shopee Pay ini untuk membuat pembelian barangan dalam Shopee ataupun withdraw sebagai wang tunai ke akaun bank masing-masing.

Ambassador Program ini turut menawarkan tawaran bonus sampingan Refer a Friend. Kiranya, jika anda dapat mengajak rakan lain untuk turut menjana income bersama pogram ini, anda akan dibayar bonus khas mengikut terma syarat yang ditetapkan.

  • Shopee Affiliate Marketing Program

Berbeza dengan Shopee Ambassador Program, yang ini bekerjasama dengan pihak Involve Asia. Untuk bermula dengan Affiliate Marketing Platform ini perlu berdaftar di website Involve Asia terlebih dulu. Pulangan untuk program ini, ada yang berjaya mencapai pendapatan sehingga 4 ke 5 angka sebulan! Tak perlu jual barang pun boleh buat duit dengan program Shopee Affiliate.

#2. Cara Buat Duit Dengan Website Blog

cara-buat-duit-dengan-website
jana income dengan website blog

 

Cara buat duit dengan website ini dinamakan sebagai Blogging. Blogging merupakan panggilan untuk aktiviti menulis blog. Pada pendapat peribadi saya sendiri, tidak ada pekerjaan dalam talian yang lebih baik daripada menulis blog ini. Saya sendiri sudah mampu menjana pendapatan sampingan hasil blog setiap bulan. Caranya ialah anda mulakan berkongsi apa sahaja yang anda suka di blog anda, kehidupan anda, melancong, make up, barangan penjagaan kulit, automotif atau apa-apa sahaja yang akan membuatkan orang ingin membaca.

Google Adsense

Contoh mudah adalah anda sering menulis tentang barangan penjagaan kulit (skincare), setiap carian di Google mengenai skincare, kemungkinan besar blog anda akan tersenarai di halaman pertama jika trafik anda tinggi. Dan anda boleh menggunakan rangkaian iklan dari Google seperti Google AdSense. Google AdSense akan meletakkan iklan yang sesuai di blog anda dan setiap kali pembaca datang membaca blog anda, jika mereka klik di iklan, nah anda telah pun menjana wang dari situ. Kebanyakan iklan adalah PPC (Pay Per Click).

Pengiklan akan membayar Google AdSense untuk setiap klik yang ada dan blogger akan menerima sebahagian kecil dari keuntungan itu. Pastikan penulisan anda dapat menarik pembaca yang ramai dan meningkatkan trafik anda. Selain itu anda juga boleh menyewa banner di blog tapi kaedah ini tak sesuai untuk yang baru berjinak-jinak dengan blog.

Untuk menjadi seorang pemilik website blog, tak perlu keluarkan apa-apa modal. Tapi, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya sudah tentu perlu ada minat dalam bidang penulisan. Blog sangat sesuai dijadikan sebagai salah satu cara buat duit dengan website kerana untuk buat blog ini tidak perlukan kita untuk keluar satu sen pun! Untuk daftar boleh ke lamanweb www.blogger.com.

#3. Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Paypal

cara-buat-duit-dari-rumah
jana income guna paypal

 

Pernah dengar nama Paypal? Jika belum, Paypal merupakan salah satu kaedah terima dan bayar wang dalam pelbagai koransi nilai mata wang di dunia. Tidak kira USD, Ringgit Malaysia, Dolar Singapore, Rupiah Indonesia dan sebagainya, semua boleh digunakan dengan mudah melalui Paypal. Kerana itu Paypal sering digunakan sebagai platform terima wang asing yang boleh ditukarkan ke nilai matawang negara sendiri dengan mudah ke bank.

Hanya dengan daftar akaun Paypal ini secara percuma, kita boleh gunakannya sebagai cara buat duit dari rumah. Untuk jana income tanpa modal, boleh daftarkan diri di pelbagai website untuk kerja jawab survey online. Buat duit dengan survey online. Jawab survey dapat duit. Berita baik khas untuk sesiapa sahaja diluar sana yang masih tercari-cari cara nak dapat duit lebih. Hasil jawab survey ini, pembayaran dalam bentuk USD boleh dihalakan ke akaun Paypal.

Antara website jawab survey yang popular adalah :

 

#4. Cara Buat Duit Dengan WhatsappΒ 

Jika dulu media sosial hanya digunakan untuk berborak santai. Sekarang ini platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook sudah boleh dijadikan platform untuk menjana pendapatan sampingan. Bagaimana untuk buat duit dengan hanya menggunakan WhatsApp? Caranya dengan share link ke whatsapp dan mana-mana akaun media sosial yang lain. Antara link yang sering disyorkan adalah untuk jualan ebook.

Jangan ingat ada bakal menulis boleh jana income sebagai penulis blog je. Untuk jana income melalui hasil jualan ebook juga dapat jika ada bakat dalam bidang penulisan ini.

#5. Cara Buat Duit Online Dengan Youtube

Anda boleh memanfaatkan saluran YouTube untuk buat duit yang lumayan. Memang mudah jika kena pada gayanya. Perkara yang paling penting dalam menjana pendapatan dengan YouTube adalah penonton (audience) kerana mereka adalah sumber pendapatan anda. Jadi pastikan content anda menepati apa yang dicari dan suka untuk ditonton oleh ramai orang.

Sebelum anda menjana pendapatan melalui YouTube, pertama sekali adalah video yang di muat naik perlu mematuhi polisi YouTube iaitu YouTube Community Guidelines. Anda boleh menyertai YPP (YouTube Partner Program) dan dari sini setiap video anda akan menjana duit. 3 Syarat wajib yang perlu diikuti sebelum menyertai YPP ialah:

1. Mesti mencecah sekurang-kurangnya 4,000 jam tontonan

2. Mempunyai MINIMUM subscriber sebanyak 1,000 subscriber.

3. Saluran YouTube anda mesti berada dalam keadaan Good Standing seperti yang tertera di YouTube Community Guidelines.

Jika anda dah mencapai ketiga-tiga kriteria di atas, tahniah! anda telahpun melayakkan diri menjana pendapatan daripada YouTube.

Gunakan Cara Buat Duit Dari Rumah Dengan Konsisten, Hasilnya Sangat Lumayan

Kesimpulannya, tidak kira apa jua cara buat duit dari rumah tanpa modal yang dipilih, kunci utama untuk dapat hasil lumayan adalah konsisten. Anda juga perlu banyak sabar. Rezeki dalam bidang online ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Selain itu anda juga perlukan ilmu yang berkaitan supaya tidak tersalah cara. Untuk buat duit income online ada syarat-syarat tertentu yang perlu diikut dan diberi perhatian. Tersalah langkah anda boleh kehilangan punca untuk buat duit online melalui handphone sendiri ini.

Semoga perkongsian melalui artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak info pengetahuan asas pada anda yang sedang mencari jalan berkaitan cara buat duit online dari rumah ini. Saya doakan anda berjaya menjana pendapatan lebih dalam berdepan dengan masalah Covid-19 yang masih belum ada jalan penghujungnya ini.

Sumber :Β Easy Labur

 

Artikel Menarik Lain :

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *