|

Cara Memulakan Perniagaan MLM & Syarikat MLM Yang Boleh dipercayai di Malaysia

Cara Memulakan Perniagaan MLM & Syarikat MLM Yang Boleh dipercayai di Malaysia | Adakah anda berminat untuk memulakan perniagaan MLM?

 

Jangan risau walaupon ramai yang skeptikal dan mempunyai pandangan negatif tentang perniagaan MLM, sebenarnya perniagaan MLM mempunyai banyak kelebihan. Asalkan anda memilih syarikat MLM yang betul, pasti anda akan berjaya dalam perniagaan MLM anda.

 

Sekiranya anda masih ragu, anda boleh rujuk artikel ini [apa itu MLM]Β untuk anda lebih memahami berkaitan MLM dan hukum menjalankan perniagaan MLM.Β 

 

Langkah demi langkah untuk memulakan perniagaan MLM

Sebelum anda menyertai mana-mana syarikat MLM, anda perlu membuat sedikit homework berkaitan syarikat tersebut. Ikuti langkah-langkah dibawah:

  • Cari dan kaji syarikat yang anda berminat

Apabila anda terfikir untuk menyertai perniagaan MLM ini, saya pasti sudah ada syarikat yang anda berkenan atau sudah pasti ada peserta MLM yang approach anda untuk menyertai mereka, kan?

Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan bahawa syarikat tersebut adalah berdaftar dan mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan MLM. Ini sangat penting bagi melindungi anda dari ditipu dan untuk memastikan syarikat tersebut mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

  • Ambil tahu sistem dan cara pembahagian pendapatan

Setiap syarikat MLM mempunyai sistem pembahagian komisyen, bonus dan insentif mereka yang tersendiri. Oleh itu anda perlu betul-betul fahami konsep pembahagian semua pendapatan ini. Sekiranya pendpatan syarikat dan pendapatan anda sendiri bakal diterima majoriti daripada pendaftaran ahli baru, saya nasihatkan anda untuk berhati-hati atau lebih baik cari sahaja syarikat lain.

 

Namun sekiranya pendapatan anda dan syarikat adalah daripada penjualan produk dan produk-rpoduk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah berkualiti dan ada permintaan, anda boleh teruskan untuk mendaftar.

 

Syarikat yang pendapatan utama mereka adalah daripada pendaftaran ahli baru hanya mampu bertahan maksima 5 tahun sahaja sebelum syarikt tersebut gukung tikar, berbanding syarikat yang memperoleh keuntungan daripada jualan produk, mampu bertahan lebih lama.

  • Kaji produk syarikat

Cara Memulakan Perniagaan MLM & Syarikat MLM Yang Boleh dipercayai di Malaysia

Seperti yang saya nyatakan diatas, anda perlu membuat sedikit kajian berkaitan produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

 

Adakah ia berkualiti?

Adakah rakyat Malaysia memerlukan produk tersebut?

Berapa ramai rakyat Malaysia yang akan beli produk tersebut dalam jangka masa panjang?

Cara Memulakan Perniagaan MLM & Syarikat MLM Yang Boleh dipercayai di Malaysia

Sekiranya semua soalan diatas anda dapat jawapan yang positif, anda boleh teruskan untuk pendaftaran menjadi wakil jualan syarikat tersebut.

  • Hadir sesi pengenalan

Pada kebiasaannya, syarikat MLM akan mengadakan sesi pengenalan bagi prospek-prospek mereka. Anda boleh menghadiri sesi pengenalan ini secara offline atau online. Di dalam sesi pengenalan ini dapat membantu anda untuk lebih memahami sistem syarikat dan produk-produk keluaran syarikat tersebut.

  • Daftar

Jika anda sudah berpuas hati dengan semua langkah di atas, anda bolehlah mendaftar dan memulakan perniagaan MLM anda.

 

Perkara Anda Perlu Buat Selepas Menyertai Perniagaan MLM

Ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu dan buat selepas anda mendaftar sebagai wakil jualan syarikat MLM yang telah anda pilih.

  • Belajar tentang marketingΒ 

Asas kepada perniagaan adalah menjual, dan asas kepada menjual adalah marketing. Anda perlu belajar dan ambil tahu tentang dunia marketing hari ini. Anda boleh mendapatkan ilmu-ilmu ini secara percuma di internet, atau bertanya kepada upline anda.Β 

Sekiranya anda mahu masuk kelas-kelas berbayar juga boleh. Pastikan anda pilih kelas berbayar yang betul-betul anda perlukan mengikut kelemahan anda.Β 

  • Pilih platform yang anda mahu fokus

Anda boleh pilih samada anda suka menjual secara online atau offline. Anda perlu kenali diri anda dan pilih platform yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda rasa kekuatan anda adalah jualan secara pintu ke pintu atau anda perlu berjumpa orang baru boleh menjual, silakan.

Tetapi jika anda rasa anda tiada masa nk keluar jumpa orang atau anda seorang yang pemalu untuk bercakap di hadapan orang, anda boleh membuat marketing secara atas talian sahaja. Sekarang ada pelbagai platform yang boleh anda guna contohnya Facebook, Instagram, Youtube, TikTok, Blog dan pelbagai lagi.

  • Konsisten dan sabar

Setelah membuat marketing, anda perlu sabar. Mungkin akan mengambil sedikit masa untuk rakan-rakan anda respon dengan produk jualan anda. Yang paling penting anda haruslah konsisten untuk mempromosikan produk jualan anda supaya rakan-rakan anda tahu anda serius sedang berniaga. Sentiasa cari circle baharu untuk mempromosikan perniagaan anda.

 

Senarai syarikat MLM yang boleh dipercayai di Malaysia

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

 

DSAM kini mempunyai lebih 120 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Syarikat-syarikat tersebut adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • SK Networks Retails (SK Magic)
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

 

Penutup

Di Malaysia, banyak syarikat MLM yang berdaftar dan boleh dipercayai. Menjadi tugas anda untuk menyemak dahulu setiap syarikat sebelum anda mendaftar. Anda boleh gunakan langkah-langkah yang telah saya sebutkan diatas bagi menapis syarikat MLM yang sesuai dengan anda. Semoga artikel tentang Cara Memulakan Perniagaan MLM & Syarikat MLM Yang Boleh dipercayai di Malaysia bermanfaat. Terima kasih.

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *