cara jana pendapatan sampingan dengan blog
|

Cara Tulis Artikel Blog Yang Baik, Ikut 10 Tips Ini

Cara Tulis Artikel Blog Yang Baik, Ikut 10 Tips Ini | Dari dulu hingga kini, blog merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan. Blog sangat bagus untuk mereka yang ada minat menulis untuk menjadi seorang penulis blog. Untuk bina blog ini pula, tanpa sebarang modal pun tak apa. Ini kerana para penulis boleh membina blog di website blogger.com (untuk blogspot) dan wordpess secara percuma. Pelbagai design menarik blog juga ada untuk dipilih.

Bercerita mengenai dunia penulisan blog ini, semakin hari semakin ramai mengenali apa itu blog. Jika dulu masing-masing hanya tahu menggunakan kemudahan internet untuk mencari info-info. Kini semakin terbuka mata ramai pihak yang pencarian di mesin carian Google itu rupanya ada kaitan dengan blog.

cara-tulis-artikel-blog
cara tulis artikel blog

 

Walaubagaimanapun, tugas menulis blog ini bukan semudah makan kacang.

Petik jari dah boleh siap? Tak semudah tu!

Suka ataupun tidak anda perlu tahu panduan tulis artikel blog yang baik supaya artikel tersebut boleh muncul di halaman pertama carian Google.

Ada Ramai Blogger Malaysia Berjaya Jana Income Hingga Ribuan Ringgit Sebulan

Blog boleh menjanjikan pendapatan yang lumayan setiap bulan. Dalam Malaysia sendiri sudah ada ramai pemilik-pemilik blog yang berjaya menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Memiliki blog bukan saja dapat memberi pendapatan lumayan dalam USD bahkan dapat memberi maklumat, merealisasikan minat suka menulis yang ada dan mengisi masa secara bermanfaat.

Cabaran untuk setiap pemilik blog pastinya ada. Sebelum menerbitkan sesuatu artikel tersebut, para pemilik blog perlu pastikan dulu beberapa perkara seperti betapa mudahnya untuk dibaca? Sejauh manakah siaran itu menarik secara visual? Sejauh manakah ia menjawab soalan pembaca anda? Bagaimanakah ia akan terus menarik lebih banyak trafik?

10 Tips Untuk Menulis Artikel Blog Seperti Seorang Yang Pakar

Menjadi seorang penulis yang baik adalah sukar. Tetapi dengan sedikit latihan dan penyelidikan, anda tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyertai barisan blogger hebat yang lain. Jadi mari kita lihat bagaimana anda juga boleh menghasilkan catatan blog yang bagus.

1. Pilih Topik yang Baik

Langkah pertama ke arah menulis catatan blog ialah memilih topik yang baik. Anda perlu mengetahui perkara yang ingin diketahui dan dibaca oleh pengikut anda, supaya siaran anda akan terus mendapat trafik selepas ia diterbitkan.

2. Lakukan Penyelidikan

Sebaik sahaja anda mempunyai idea tentang topik yang ingin diketengahkan, pastikan anda menyelidik halaman hadapan Google dan pesaing utama. Jika anda tidak boleh menulis siaran berkualiti tinggi yang lebih baik daripada mereka, jangan risau! Anda tidak perlu menjadi pakar dalam topik tersebut, tetapi anda perlu melakukan penyelidikan anda untuk memastikan anda boleh menambah nilai pada artikel blog sendiri nanti.

3. Ambil Nota dan Mulakan Rangka Draft

Semasa anda melakukan penyelidikan, catat perkara penting yang boleh dijadikan tajuk-tajuk kecil berkaitan dengan topik besar anda. Saya suka catat menggunakan dokumen Google kerana, tidak seperti menggunakan buku nota, saya tidak perlu bersusah payah menyimpannya di mana-mana. Tak ada juga masalah akan hilang dan sebagainya.

4. Mula Merangka Catatan Blog Anda

Saya biasanya suka mendraf catatan blog dalam bentuk draf secara terus pada papan pemuka WordPress saya. Ini dapat menjimatkan banyak masa dan usaha. Tidak perlu menyalin dan menampalnya dari tempat lain jika ditulis pada Words atau Google Docs.

5. Tarik Minat Pembaca Anda Dengan Pembukaan Ayat Artikel Yang Bagus

Ayat permulaan untuk sesebuah artikel memainkan peranan yang sangat penting. Perenggan pertama yang ditulis boleh memastikan sama ada pembaca akan terus baca dari awal hingga akhir atau tidak.

Jika intro artikel anda membosankan, orang tidak akan peduli untuk terus membacanya hingga habis. Cara yang baik untuk menulis pengenalan yang hebat adalah dengan mengemukakan soalan yang menangani masalah pembaca. Kemudian anda boleh memberitahu cara penyelesaian pada bahagian isi tengah artikel tersebut. Ini adalah cara yang bagus untuk menarik perhatian pembaca anda, dan mereka pasti mahu membacanya sehingga akhir dengan harapan untuk mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu topik tersebut.

6. Terbitkan Artikel Secara Konsisten

Langkah berikutnya, bolehlah mula menulis berdasarkan tajuk yang telah disediakan. Pemilik blog perlu selalu ‘update’ blog dengan artikel baru dari masa ke semasa. Mempunyai sebuah blog tidak boleh bersikap sambil lewa. Jika mahu pembaca blog meningkat, hendaklah rajin menulis artikel blog yang baik untuk diterbitkan dari masa ke semasa.

Berapakah jumlah artikel yang perli diterbitkan? Lebih banyak adalah lebih baik. Jika sibuk dengan urusan kerja hakiki, cuba disiplinkan diri untuk posting new article sekurang-kurang satu artikel baru seminggu.

7. Jangan Menaip Secara ‘Cincai’ Dalam Bahasa Pasar

Anda tahu kan maksud ‘cincai’? Bagi yang tidak tahu ia bermaksud jangan menulis secara lewa. Anda perlu menghasilkan artike lyang baik dengan menggunakan penggunaan ayat yang mudah difahami. Elakkan penggunaan bahasa kasar kerana menghasilkan artikel yang baik dalam bahasa standard adalah cara yang terbaik. Barulah si pembaca ada rasa happy saat membacanya kerana mudah untuk difahami.

8. Jaga Ejaan dan Susunan Perenggan Ayat

Ejaan dan susunan perenggan ayat dalam sesebuah artikel blog juga penting. Bayangkan jika anda membaca sebuah keratan suratkhabar tanpa ada tanda koma noktah yang sepatutnya. Apa perasaan anda?

Bayangkan juga jika artikel itu di tulis dengan banyak kesilapan ejaan, apa anda akan rasa? Adakah meneruskan pembacaan hingga akhir atau henti baca pada waktu itu juga. Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Maka rajinkan diri untuk perbaiki tahap penulisan berkaitan susunan ayat dan ejaan ini. Tidak salah menulis secara santai tetapi hendaklah dengan olahan bahasa yang baik.

9. Tambahkan Gambar Dalam Artikel

Sebuah artikel blog tidak akan lengkap tanpa ada gambar di dalamnya. Penambahan gambar ini dapat membantu menambahkan pemahaman pada pembaca berkaitan sesuatu topik yang dihasilkan.

10. Jaga Tampilan Blog, Jangan Ada Sifat Perkauman Dan Elak Isu Politik

Artikel blog yang dihasilkan hampir sama dengan artikel yang diterbitkan menerusi dada-dada akhbar. Apa yang diterbitkan di dada blog akan berada di bawah tanggungjawab si pemilik blog. Oleh itu, sebagai seorang pemilik blog seharusnya mengelakkan diri dari sebarang penghasilkan artikel yang berbau perkauman dan isu politik.

 

5 Perkara Penting Dalam Penghasilan Artikel Blog

Tips 1 – Kenal Pasti Apa Itu Header dan Subheader (H1, H2, H3)

Subheader ini dapat membantu pembaca anda melihat topik utama siaran anda dan akan membantu anda untuk kekal teratur dan berada di landasan semasa menulis.

Tips 2 – Tulis Ayat Pendek

Ayat pendek lebih mudah dibaca. Ayat yang panjang boleh menyukarkan untuk difahami.

Tips 3 : Biasakan Diri Menulis Dengan Perenggan Pendek

Apabila perenggan anda terlalu panjang, lebih sukar untuk dibaca. Saya mengesyorkan anda menggunakan 2 hingga 4 ayat dalam kebanyakan perenggan. Dengan beberapa perenggan untuk satu ayat ini akan lebih menarik perhatian.

Tips 4 : Gunakan Bullet Points

Setiap kali anda menulis artikel yang mempunyai senarai, anda boleh menggunakan bullet points untuk menjadikan mesej itu kelihatan lebih tepat dan jelas. Lebih senang untuk pembaca melihat isi pentingnya juga dari menyenaraikannya di dalam ayat.

Tips 5 – Ketahui Apa Itu SEO dan Keywords

Untuk siaran anda mempunyai ramai pembaca, anda perlu meningkatkan tahap SEO. Anda perlu menambah kata kunci fokus, menambah tajuk dengan kata kunci di dalamnya (keywords), dan juga menambah tajuk SEO dan metatag.

cara-tulis-blog
cara tulis blog

Ringkasan Panduan Cara Tulis Artikel Blog Dengan Baik

Penulis perlu memberi perhatian terhadap perkara-perkara di bawah ini untuk menghasilkan artikel blog yang baik.

  • a. Tentukan topik yang ingin ditulis
  • b. Gunakan ayat yang ringkas dan padat
  • c. Gunakan gambar, video, dan aset kreatif
  • d. Cipta tajuk blog yang menarik perhatian audiens sasaran
  • e. Susun rangka penulisan
  • f. Buat draf kasar
  • g. Sunting penulisan
  • g. Gunakan font dan saiz font yang sesuai
  • h. Gunakan header dan sub-header (H1, H2, H3) dengan betul
  • i. Gunakan keywords sebagai guideline semasa menulis
  • j. Tulis seperti anda sedang bercakap, jangan terlalu serius
  • k. Buat SEO

 

Kesimpulan

Untuk dapatkan ramai pembaca, anda perlu membuat latihan demi latihan bagi memperbaiki mutu penulisan. Anda juga perlu mencari info tambahan berkaitan ilmu SEO dan keywords. Apa gunanya susah payah tulis artikel blog jika orang yang bacanya tak ada?

Setiap kali menghasilkan artikel blog baru jangan lupa untuk lakukan pembacaan pantas terhadap ejaan dan pemformatan ayat tetapi jangan buang terlalu banyak masa. Terbitkan artikel yang telah siap ditulis pada waktu puncak juga dapat membantu artikel berada di tempat yang lebih baik pada kacamata Google. Antara waktu terbaik itu antara jam 8 pagi dan 10 pagi. Namun, jika nak terbitkan pada waktu yang lain pun tak ada masalahnya.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu beri info bermanfaat berkaitan cara tulis artikel blog yang baik. Selamat menulis.

 

Artikel menarik lain :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *