cara buat duit dengan affiliate
|

Panduan Lengkap Cara Buat Duit dengan Affiliate

Cara buat duit dengan affiliate masih kurang dikongsikan di Malaysia namun ia sudah popular di luar negara seperti Amerika Syarikat. Affiliate adalah satu cara menjana pendapatan tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri, anda hanya perlu fokus dalam mempromosikan produk, kempen atau lain-lain. Setelah itu, jika ada yang membeli melalui link anda pihak syarikat akan memberi komisen kepada anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh klik link ini.

Disebabkan program affiliate ini mempunyai potensi yang tinggi dalam menjana pendapatan mari saya kongsikan panduan lengkap cara buat duit dengan affiliate sehinga mencecah 4 angka sebulan.

Cara Buat Duit dengan Affiliate

1. Proses Pemilihan Niche

Kenali niche yang anda ingin fokus, anda boleh mulakan dengan menyenaraikan niche yang anda minat. Kemudian dari senarai itu anda boleh menggunakan SEO tools seperti Google AdWords’ Keyword Planner tool dan ubersuggest untuk memastikan nilai setiap keyword itu. Anda dinasihatkan untuk mencaari keyword yang tidak terlalu mahal atau murah. Selain itu, dengan tools berikut anda juga boleh lihat jumlah pesaing anda bagi keyword yang sama. Pilihlah keyword yang tidak mempunyai terlampau ramai atau sikit pesaing.

Jika anda bercadang untuk buat duit dengan affiliate melalui sosial media, anda hendaklah memastikan niche yang anda pilih mempunyai ramai peminat di sosial media dan sudah sering dibincangkan di sosial media pilihan anda seperti facebook dan twitter.

2. Pilih Program Affiliate yang Tepat

Pemilihan program yang tepat adalah penting bagi memastikan anda mampu menjana pendapatan maksimum dari program affiliate pilihan anda. Sebelum itu, kita harus fahami dulu 3 cara / konsep untuk mendapat duit atau komisen dari program affiliate.

Konsep Buat Duit dengan Affiliate

i. Pay Per Click (PPC) : Anda akan mendapat komisen jika ada yang mengklik link affiliate anda

ii. Pay Per Sale (PPS) : Anda akan mendapat komisen jika ada yang membeli produk yang anda promosikan melalui link affiliate anda

iii. Pay Per Action (CPA) : Anda akan mendapat komisen jika ada yang mengklik link affiliate anda dan melakukan seperti yang diingini link tersebut. Contohnya bila ada yang mengisi borang survey melalui link affiliate anda itu.

Pastikan program affiliate yang anda pilih berkaitan dengan niche anda dan belum dipromosikan terlampau meluas bagi mengelakkan pasaran yang sudah ‘saturated’. Kemudian, anda dinasihati untuk memilih program pay per click kerana lebih mudah untuk mendapat komisen. Namun, jika tidak ada anda boleh memilih program PPS yang menawarkan keuntungan yang tinggi.

Pastikan program yang anda tawarkan menyediakan bahan pemasaran, membenarkan anda menggunakan bahan pemasaran sendiri, tiada halangan dalam mempromosikan produk di banyak tempat seperti sosial media, forum dan sebagainya serta pastikan anda boleh track url link affiliate anda bagi memudahkan anda untuk menganalisis trafik anda. Namun ini hanyalah cadangan saya sahaja, terpulang kepada anda untuk memilih program affiliate mengikut kriteria anda.

Klik link untuk cara mendaftar program affiliate Accesstrade dan Lazada.

3. 5 Cara Mempromosikan Affiliate

Setelah anda memilih cara program affiliate anda, anda harus memikirkan strategi untuk mempromosikan dan menarik trafik ke link affiliate anda sebelum ia bertukar menjadi klik atau jualan. Terdapat 5 cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan link anda.

i. Pengiklanan

Mempromosikan secara terus link affiliate anda melalui pengiklanan berbayar seperti facebook ads dan google ads. Kelebihannya iklan anda lebih targeted kepada mereka yang berminat dengan niche anda namun ia memerlukan kos yang agak tinggi untuk melakukan pengiklanan sebelum anda mendapat komisen yang diharapkan.

ii. Promosi Melalui Konten

Menulis artikel yang berkualiti mengenai niche anda sambil anda mempromiskan link affiliate anda secara ‘softselling’ adalah sering dilakukan oleh blogger. Anda hendaklah mengaplikasikan teknik SEO untuk artikel dan website anda bagi memastikan artikel yang mengandungi link affiliate anda sentiasa berada di halaman pertama carian google.

Selain itu, anda juga boleh melakukan backlink dengan memastikan link website anda berada di website lain yang sama niche dengan anda. Ini boleh dilakukan dengan berhubung baik dengan pemilik-pemilik blog yang lain. Teknik ini agak teknikal, tetapi anda boleh melakukannya dengan melakukan sedikit analysis pembacaan.

iii. Sosial Media

cara buat duit dengan affiliate

Anda boleh mempromosikan link affiliate anda selalu terus ke sosial media anda. Jika anda mempromosikan secara terus ke sosial media anda secara percuma, mungkin anda kurang mendapat jualan melainkan anda seorang influencer atau seseorang yang dipercayai di dalam niche pilihan anda. Oleh itu anda harus lah membina kepercayaan audiens kepada anda sebagai seorang yang pakar dalam niche anda sebelum berjaya menjana pendapatan dengan affiliate.

iv. Pemasaran Melalui Email

Teknik ini sering dilakukan oleh peniaga online, caranya adalah dengan mengumpul senarai email yang berminat dengan niche anda dan mempromosikan link affiliate anda melalui email. Anda boleh menawarkan informasi seperti ebook secara percuma bagi mereka memberikan informasi email mereka. Kemudian, anda boleh mula mempromosikan link affiliate anda setelah mendapatkan email tersebut. Kebiasaanya, peniaga akan memberikan informasi yang bermanfaat sebelum mempromosikan link affiliate.

Baca Juga:

Kepentingan dan Fungsi Mailing List

Cara Daftar Mailchimp

v. Youtube

cara buat duit dengan affiliate

Jika anda mempunyai channel youtube anda boleh mempromosikan niche anda melalui video melalui perkongsian informasi yang bermanfaat dan meletakkan link affiliate anda di bahagian description. Selain itu, anda juga boleh melakukan video review mengenai affiliate tersebut dan menarik penonton untuk klik link affiliate anda. Jika anda belum mempunyai youtube channel anda boleh belajar melalui artikel dibawah.

Panduan Lengkap Cara Buka Youtube Channel

4. Mengptimumkan Strategi Pemasaran

Bagi mengoptimumkan pemasaran anda hendaklah melakukan perkara di bawah:

i. Kenal pasti teknik yang berkesan dan lebihkan strategi pemasaran anda kepada teknik tersebut

ii. Variasikan strategi pemasaran anda dengan mencampurkan beberapa teknik pemasaran

iii. ‘Customize’ konten mengikut jenis-jenis pembaca anda kemudian lebihkan konten pada kumpulan pembaca yang ramai.

iv. Membuat split testing bagi iklan anda dan analysis prestasinya, kemudian anda boleh fokus kepada iklan yang berjaya

Diharapkan artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan dapat lebih memahami tentang affiliate dan cara menjana pendapatan darinya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *