Cara Mula Melabur Saham | Sebelum anda mula melabur saham kenali dulu apa itu Bursa, Broker dan Remisier.

Bursa Malaysia: Penyedia dan penyelia pasaran saham di malaysia

Waktu Operasi Bursa Malaysia

Sesi pertama: 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Sesi kedua: 2.30 petang hingga jam 5 petang

Broker: Syarikat yang menguruskan akaun cds anda bagi membolehkan anda melabur Dan berdagang di bursa malaysia

Remisier: Ejen kepad broker dalam membantu pelabur memahami produk di bursa Dan melancarkan urusan jual beli saham jika terdapat sebarang masalah teknikal yang di hadapi. Remisier wajib mempunyai lesen oleh suruhanjaya sekuriti

 

Cara Mula Melabur Saham

1. Buka akaun CDS

Buka akaun cds bagi urusan jual beli saham dengan broker yang berdaftar dengan bursa malaysia. Anda perlu memberikan beberapa dokumen Dan bayaran sebanyak rm10. Syarat dokumen yang diperlukan adalah
Dua salinan kad pengenalan MyKad/Pasport/Kad Kuasa Polis atau ATM.
Dua salinan Dokumen Kuasa Wakil (Power Of Attorney) sekiranya ada. (Ini adalah untuk permohonan secara individu).

Antara broker yang berdaftar adalah, Maybank investment berhad, Malacca securities, uob kaybhian dan banyak lagi.

Anda boleh membuka lebih dari satu akaun cds dengan broker yang berbeza.

Untuk maklumat lanjut boleh layari bursa malaysia https://www.bursamalaysia.co

 

2. Belajar Melabur Saham

Belajar mengenai pelaburan saham melalui pembacaan Dan tontonan video. Kenali dulu istilah-istilah penting dalam pelaburan saham. Anda boleh mulakan dengan ebook di bawah

Selain itu, kini terdapat banyak seminar dan kelas yang dianjurkan untuk belajar saham dari tenaga pengajar yang bagus. Klik link Panduan Pelaburan Saham untuk mula belajar saham.

 

3. Modal

Bursa Malaysia telah tetapkan nak beli saham jumlah minimum adalah dalam bentuk unit saham. Nak mula melabur boleh beli saham minimum 1 lot atau 100 unit.

Berapa banyak unit anda ingin beli dan modal bergantung kepada strategi Dan kemampuan anda. Namun saya nasihatkan anda mulakan dengan modal yang kecil Dan pastikan anda gunakan wang yang anda sanggup hangus kerana pelaburan saham tetap berisiko.

Bagi saya anda boleh bermula dengan RM1000 ke RM2000. Namun anda boleh juga mulakan dengan modal lebih rendah atau lebih tinggi bergantung pada kemampuan.

Gunakan duit sendiri untuk modal anda bukan pinjaman atau hutang bagi mengelakkan sebarang kesusahan jika anda mengalami kerugian. Ingat gunakan duit lebihan yang anda sanggup hilang.

Kini anda boleh depositkan modal anda ke dalam akaun trading anda melalui online sahaja. Anda boleh rujuk remisier anda bagi cara-cara memasukkan modal ke dalam akaun anda.

 

4. Jenis pelabur atau pedagang saham

Pelaburan saham sangat flexible anda boleh tentukan masa anda berdagang mengikut strategi pilihan anda. Dibawah saya senaraikan jenis-jenis pedagang saham:

  • Scalper – jual dan beli saham dalam masa beberapa minit sahaja
  • Day trader – jual dan beli saham dalam masa satu hari
  • Swing trader –  jual dan beli saham dalam masa 2-3 hari
  • Position trader – jual dan beli saham dalam masa 3 ke 6 bulan

Bagi yang berdagang dengan jangka masa pendek mereka harus lebih kerap melihat Carta dan pasaran saham berbanding jangka masa panjang.

 

5. Pemilihan kaunter saham

Terdapat 3 peringkat dalam proses pemilihan kaunter saham:

i. Scan kaunter

Menyaring kaunter yang berpotensi untuk dibeli samada untuk scalper, intraday, swing atau position. Ciri-ciri kaunter yang disaring adalah bedasarkan objektif anda. Anda juga boleh melayari website isaham untuk scanner kaunter saham yang berpotensi. Pastikan juga saham yang dibeli patuh syariah jika anda beragama Islam.

ii. Melakukan analysis

a. Fundamental analysis

Analisis yang digunakan oleh pelabur saham untuk melihat data-data dan faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan politik. Namun pada asasnya ia  mengkaji kekuatan kewangan dan potensi perkembangan perniagaan sebuah syarikat. Analisis ini akan membantu kita dalam memilih saham yang bagus untuk dibeli.

b. Teknikal Analisis

Ia adalah analisis saham dengan menggunakan carta untuk menjangka pergerakan harga dan trend saham.

Terdapat 3 trend saham:

cara melabur saham

Kredit: https://www.tradingview.com/

i. Uptrend (menaik)
ii. Downtrend (menurun)
iii. Sideways (mendatar)

Terdapat pelbagai teknik dan strategi untuk membeli saham dalam teknikal analisis. Seperti teknik candlestick, wyckoff, Elliott wave, indikator dan macam-macam lagi. Untuk mempelajari teknik-teknik pilihan anda boleh la anda membuat pembacaan atau menyertai kursus saham yang berkaitan dengan teknik-teknik pilihan anda.

Namun dua elemen asas dalam teknikal analisis adalah support dan resistance.

Support ialah tahap di mana harga saham cenderung ke paras ini apabila ia jatuh atau naik disebabkan oleh volume. Kebiasaanya, harga saham lebih berkemungkinan “melantun” dari paras ini. Walau bagaimanapun, apabila harga telah jatuh dari tahap ini, ia berkemungkinan akan terus jatuh sehingga mencapai harga support yang lain. Support digunakan sebagai harga stop loss untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar

Resistance adalah bertentangan dengan support. Di sinilah harga sukar untuk meningkat lebih tinggi disebabkan peningkatan minat jualan (volume). Apabila harga telah melepasi tahap ini, ia berkemungkinan akan terus meningkat sehingga mencapai tahap resistance yang lain. Resistance digunakan sebagai harga yang anda target untuk mencapai keuntungan bagi sesuatu saham.

Sumber rujukan: Wikipedia

iii. Kira untung rugi

Sebelum melakukan pelaburan dan memikirkan keuntungan, anda perlu mengambil kira caj yang dikenakan bagi setiap urusan jual dan beli saham. Selain kos/modal penjualan dan pembelian saham, anda harus membayar komisen broker, duti setem dan fi penjelasan.

Komisen Broker

Minimum komisen broker adalah RM8 setiap transaksi namun ia boleh lebih mahal dari itu. Oleh itu, seeloknya anda harus bertanya dan bersetuju dengan remisier sebelum membuka akaun CDS di bawah mereka.

Duti Setem

Duti Setem adalah seperti berikut:-

  1. Bagi “saham atau stok” – Duti Setem ialah RM1.50 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagiannya ) daripada nilai transaksi sekuriti (dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual). Duti setem boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM1,000.
  2. Bagi “marketable securities” – Duti Setem ialah RM1.00 bagi setiap RM1,000 (atau sebahagiannya ) daripada nilai transaksi sekuriti (dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual). Duti setem boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM200.

Satu instrumen berkaitan jualan dan belian runcit * debentur dan runcit* sukuk yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidamatan 2007 [Akta 671] akan dikecualikan daripada duti setem. Arahan pengecualian ini hanya dikenakan kepada pelabur runcit individu* bagi instrumen yang dilaksanakan pada atau selepas 1 Oktober 2012 dan tidak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2015.

Fi Penjelasan
  1. Kontrak-Kontrak Diserahkan Hak (dalam transaksi pasaran)
    0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak.Tiada yuran minimum dikenakan.
  2. Kontrak Perniagaan Langsung
    0.03% daripada nilai transaksi (perlu dibayar oleh kedua-dua pembeli dan penjual) pada kadar maksimum RM1000.00 setiap kontrak dan minimum RM10.00.

Kredit:  Bursa Malaysia

Contoh kiraan

Saham A

  • Harga saham RM 0.60
  • Kuantiti 10,000 unit
  • Komisen broker RM 8.00
  • Duti setem 0.15%
  • Fi pelepasan 0.03%

Pengiraan:

RM 6000 + (RM 8.00 + RM 1.80 + RM 9.00) = RM 6018.80

 

6. Beli saham

Setelah melakukan analisis anda haruslah membeli saham pada harga yang rendah dengan target untuk menjual pada harga yang lebih tinggi berdasarkan analisis anda.

Jangan gunakan semua modal anda pada satu kaunter sahaja dan jangan gunakan ke semua modal anda. Pengurusan Wang adalah sangat penting. Don’t put all eggs in one basket. Ini kerana jika anda mengalami kerugian pada satu kaunter saham anda masih berpeluang untuk untung Pada kaunter yang lain.

Pertimbangkan jumlah saham untuk dibeli berdasar kiraan untung rugi yang telah anda lakukan ketika anda menganalisis saham dan memilih saham yang hendak dibeli.

Sila tanya remisier anda untuk mengetahui cara jual beli saham di platform anda.

 

7. Jual saham

Pantau Prestasi Saham dan pergerakan harga saham dari masa ke semasa sambil mengambil tahu sebarang berita ataupun kemas kini berkenaan dengan saham syarikat yang anda beli.

Pastikan anda mengikut trading plan anda. Jual jika sudah mencapai target keuntungan atau mencapai stop loss iaitu kerugian yang anda sanggup alami.

Sekiranya anda adalah position trader anda dinasihatkan untuk lebih banyak membaca laporan tahunan, kenyataan akhbar, website berita saham, the edge dan lain-lain bagi anda mencari peluang pelaburan yang lebih tepat pada bila-bila masa.

 

Kesimpulan

Untuk mula melabur saham bukanlah sesuatu yang sukar namun untuk mendapatkan keuntungan dari pelaburan saham bukanlah sesuatu yang mudah namun ia tidak mustahil.

Belajar dan berlatih berdagang dengan mengkaji chart adalah cara terbaik untuk anda meningkatkan kemahiran dalam berdagang saham sekaligus meningkatkan peratus untuk anda mendapat keuntungan.

Jika anda konsisten tidak mustahil untuk anda menjana pendapatan sampingan atau sepenuhnya dengan saham.

Diharapkan perkongsian cara mula melabur saham ini dapat membantu anda memulakan langkah dalam pelaburan saham. Semoga berjaya!

Baca Juga: Kelebihan Melabur Saham