naik-trafik-blog
|

Cara Naikkan Trafik Blog Untuk Top Ranking di Google

Cara Naikkan Trafik Blog Untuk Top Ranking di Google | Adakah anda ingin belajar bagaimana untuk meningkatkan trafik blog? Jika anda seorang blogger, sudah tentu jawapannya Ya! Sebagai seorang blogger, siapa yang tak mahu kedudukan blog di tahap top ranking Google. Puashati rasanya bila artikel yang ditulis boleh muncul dalam setiap carian yang Google untuk topik yang berkaitan.

Sebelum ini, ramai blogger menggunakan platform laman sosial seperti facebook, instagram dan twitter untuk tarik trafik pembaca dari sana. Cara itu tidak salah. Tapi hasil keberkesanannya masih tetap tak setanding dengan trafik yang dihantar secara organik oleh Google Search.

Kenapa Sangat Susah Untuk Muncul di Halaman Pertama Carian Google?

Sebab kenapa perkara ini tidak mudah kerana algoritma yang sentiasa berubah. Apabila algoritma berubah-berubah maka pengoptimuman enjin carian (SEO) menjadi semakin rumit. Tetapi tetap juga tidak mustahil! Masih boleh dilakukan tetapi memerlukan tahap usaha yang berkali ganda lebih tinggi.

Tak dinafikan kadangkala memakan masa yang agak lama untuk Google ‘crawl and index‘ untuk muncul di 1st pages Google Search tapi setidaknya anda lakukan perkara asas untuk setiap siaran yang anda tulis. Lakukan yang terbaik dan serahkan pada rezeki.

 

trafik-blog
cara naikkan trafik blog

10 Tips Untuk Naikkan Trafik Blog

Dalam artikel ini, saya mengumpulkan 15 langkah mudah yang akan membantu anda untuk mendapat kedudukan lebih tinggi di Google, sekaligus bantu beri trafik pada blog.

1. Sasarkan Kata Kunci yang Betul

Penyelidikan kata kunci (keywords) yang betul adalah salah satu aspek paling penting dalam SEO. Ini sepatutnya menjadi perkara pertama yang perlu anda perhatikan apabila anda merancang untuk belajar cara memulakan blog.

Dengan menyasarkan kata kunci yang betul, anda boleh membantu Google memahami kandungan anda. Ini meningkatkan kemungkinan yang lebih tinggi untuk artikel anda muncul di mesin carian untuk kedudukan yang teratas.

Berikut ialah beberapa petua untuk menyasarkan kata kunci yang betul :

  • Fokus pada satu kata kunci untuk setiap artikel.
  • Fokus hanya pada satu kata kunci membantu anda menyasarkan artikel anda untuk kata kunci tersebut.
  • Untuk berjaya dalam SEO, anda perlu memahami kehendak carian pengguna dan menyasarkan kata kunci berdasarkannya.

2. Fokus pada keywords dengan tahap kesukaran yang rendah

Semakin tinggi kesukaran kata kunci, semakin sengit persaingan dan semakin sukar untuk mendapat kedudukan. Untuk mencari kesukaran kata kunci, anda boleh menggunakan alat percuma, seperti AdWords dan Ahrefs.

3. Fokus Pada Keywords Yang Panjang (long tail keywords)

Keywords yang panjang ini ialah tiga atau empat kata kunci frasa yang khusus untuk sesuatu topik. Setiap kali bakal pembaca blog anda menggunakan frasa carian yang sangat khusus di Google, mereka lebih cenderung untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang apa yang mereka cari.

Dan jika anda boleh mencipta kandungan yang sepadan dengan tujuan carian pembaca itu, anda pasti akan mendapat kedudukan yang tinggi! Anda boleh menggunakan Ahrefs untuk mencari kata keywords yang berpotensi.

naik-trafik-blog
cara naikkan trafik blog

4. Letak Keywords dalam Tajuk dan Subheading

Keywords ini perlu diletakkan pada tempat yang betul juga. Antaranya letak long tail keywords ini di dalam tajuk, penerangan dan subtajuk kandungan anda. Tapi awas! Jangan di sumbat terlalu banyak kerana ia hanya akan memberi impak yang negetif di kacamata mesin carian Google.

5. Tulis Tajuk yang Menarik

Tahukah anda bahawa kadar klik lalu (CTR) untuk halaman anda dalam hasil carian juga merupakan faktor kedudukan blog di Google menjadi lebih tinggi. Untuk menerima CTR yang tinggi dan memastikan anda kekal di tempat teratas, anda perlu menulis tajuk dan penerangan yang menarik perhatian pencari untuk klik. Perlu diingat juga yang tajuk ini tidak boleh terlalu panjang. Memadai sekitar 55 aksara paling maksimum.

6. Jadikan Blog Anda Responsif

Google menggunakan pengindeksan berbentuk mudah alih. Ini bermakna ia melihat tapak mudah alih blog anda untuk menentukan cara bagi meletakkan kedudukannya dalam hasil carian. Walaupun kebanyakan trafik anda dari pengguna desktop sekalipun, tahap responsive blog tetap perlu diberi keutamaan. Terdapat banyak tema responsif WordPress dan Blogspot yang tersedia di pasaran. Anda boleh memilih yang percuma atau berbayar dan memasangnya di blog.

7. Pastikan Guna URL Yang Mesra Pengguna

Untuk memastikan URL itu mesra pengguna, anda perlu memastikan URL yang digunakan itu pendek dan deskriptif. URL yang lebih pendek dan cantik ini lebih bagus kualitinya. Jangan sekali-kali menggunakan URL yang mempunyai aksara atau tarikh khas dalam URL anda. URL yang panjang seperti itu juga boleh menunjukkan anda seorang yang kurang profesional di mata pembaca.

8. Tingkatkan Kelajuan Blog

Kelajuan blog turut menjadi salah satu faktor tambahan bagi mendapatkan kedudukan yang tinggi. Jika ada niat nak bersaing dengan pesaing lain, blog anda perlu baik dengan tahap loading yang agak cepat. Untuk mengoptimumkan kelajuan halaman anda, anda perlu pergi ke Google Pagespeed Insights dan masukkan URL blog anda.

9. Submit Peta Laman (Sitemap) ke Google Search Console

Sitemap yang dihantar ke Google Search Console dapat membantu mesin enjin carian Google untuk lebih memahami struktur blog. Sitemap ini dapat membantu Google untuk ‘crawl’ semua halaman anda. Sebab itu, adalah penting untuk anda adakan sebuah pages khusus untuk sitemap di blog masing-masing.

10. Tingkatkan Pengalaman Pengguna di Blog Anda

Pengalaman pengguna ditentukan berdasarkan berapa lama mereka menghabiskan masa di blog anda. Jika blog anda mempunyai jumlah artikel baik yang banyak, mempunyai maklumat yang berkaitan dan seronok untuk di baca,ia dapat meningkatkan kedudukan.

Tapi, jika Google dan search engine melihat jumlah tempoh jangka masa pembaca tidak lama di blog, maka itu di ambil kira sebagai tanda bahawa halaman blog anda itu tidak mempunyai maklumat yang berkaitan dan menurunkan kedudukan anda.

Cara Naikkan Trafik Blog Ada Banyak, Boleh Praktik Dari Masa Ke Semasa

Selain dari melatih diri untuk menguasai ilmu SEO dan keywords, blogger juga perlu melakukan beberapa perkara lain untuk bantu naikkan lagi trafik di blog. Antaranya dengan share link artikel terbaru ke platform media sosial yang lain seperti facebook, instagram dan twitter. Anda juga boleh kirimkan link artikel terkini kepada email-email pembaca.

Paling penting, anda perlu rajin melatih diri untuk melakukan semua cara yang ada. Trafik blog boleh tiba-tiba naik mendadak pada blog jika anda tahu cara-cara yang betul untuk dilakukan.

Antara tips lain yang boleh dilakukan sebagai cara untuk naikkan trafik blog dengan banyak adalah :

  • linkkan artikel blog terkini dengan artikel blog lain
  • tulis artikel bermutu dengan pengisian yang padat
  • beri backlink pada sumber artikel (blog orang lain) berkaitan topik yang ditulis
  • guna Google Analytics sebagai rujukan
  • rajinkan diri untuk blogwalking (lawat blog orang lain dan tinggalkan komen)

 

Kesimpulan

Saya harap anda mendapat sesuatu sebagai panduan yang berguna untuk tujuan tingkatkan trafik ke blog sendiri. Perlu diingat bahawa melaksanakan petua ini tidak akan membawa anda ke kedudukan pertama dalam sekelip mata.

Apabila bercakap tentang SEO untuk blogger, anda perlu bersabar. Cuma pastikan anda merekodkan setiap perubahan yang anda buat dan mengukur prestasi strategi SEO anda. Perkara banyak berubah dalam SEO, tetapi selagi anda mengikuti asas-asasnya, anda masih boleh mendapatkan hasil! InshaAllah.

Bacaan Menarik Lain :

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *