Cara Menggunakan Mailchimp Untuk Daftar Mailing List
Cara Menggunakan Mailchimp Untuk Daftar Mailing List | Sebelum ini saya sudah share beberapa sebab kenapa mailing list ini penting pada artikel tentang apa itu mailing list termasuk senarai mailing list yang boleh digunakan. Hari ini saya akan tambah lagi sebab lain kenapa perlu ada mailing list. Bagi anda yang masih tertanya-tanya, apakah kepentingan mailing list ini sebenarnya dan kenapa perlu sangat ada mailing list ni?
Kalau anda perasan, mailing list ni bukan untuk website berbentuk blog saja tapi kebanyakan website membeli belah seperti Zalora misalnya, akan ada pop-up sign up newsletter meminta anda mengisi email dan memberikan sedikit diskaun untuk pelanggan yang baru berdaftar dengan website tersebut. Ada perasan tak? Saya juga akan kongsikan dengan anda semua cara untuk mendaftar mailing list menggunakan MailChimp.
Banyak Pihak Menggunakan Mailing List
Tengok contoh di bawah. Bagaimana website Zalora, siap bagi RM35 off untuk pembelian pertama selepas sign up. Woha, siapa yang tak nak dapat potongan harga sebegini. Teruslah sign up kan. Tak gitu? Selepas tu, setiap kali Zalora ada update terkini, mesti inbox anda penuh dengan berita Zalora. Kalau musim sale, boleh terjebak shopping tak ingat dunia kat Zalora ni.
Ini adalah taktik menaikkan jualan untuk Zalora melalui teknik mailing list. Jadi anda nampak salah satu kepentingan mailing list ialah untuk memasarkan produk dan membawa kepada transaksi perniagaan.
Jadi kali ini, saya nak ajak anda semua untuk lebih kenal apa itu mailing. Bagaimana cara untuk buat mailing list. Seperti yang saya ada share dalam artikel sebelum ni, mailing list ini ada pelan percuma dan ada pelan berbayar. Sebelum terus guna pelan berbayar, eloklah mencuba dulu pelan percuma. Tengok anda suka ke tak dengan syarikat mailing list yang korang pilih tu. Kalau tak suka, nextime boleh cari mailing list yang lain pula.
Untuk cara yang lebih mudah, anda boleh cuba menggunakan MailChimp.
Apa Itu MailChimp? Apakah Kelebihan MailChimp Ini?
Untuk pengetahuan anda, Mailchimp adalah platform email marketing berasaskan web. MailChimp ini telah menjadi alat digital kegemaran ramai orang untuk menghantar buletin kepada sebilangan besar pelanggan.
Kelebihan MailChimp ini scecara tidak langsung dapat membantu para pemilik bisnes untuk megembangkan perniagaan. Bagi pemilik website atau blog pula. MailChimp dapat bantu mendapatkan lebih ramai jumlah pembaca untuk sesebuah website atau blog tersebut. MailChimp ini turut dikenali sebagai form subscriber? Pendekata, MailChimp ini berperanan seperti email marketing untuk bantu anda yang masih belum biasa dengan mailing list.
Cara Menggunakan MailChimp Untuk Mendaftar Mailing List
Langkah 1 : Pergi ke laman web www.mailchimp.com untuk mendaftar
Langkah 2 : Masukkan maklumat login anda (nama pengguna dan kata laluan) dan tekan butang Log In
Langkah 3 : Anda akan dibawa ke laman utama. Tengok menu sebelah kiri, klik Audience, dan pilih Audience Dashboard pada drop-down tersebut.
Langkah 4 : Seterusnya, anda akan dibawa ke laman di mana anda diminta untuk membina senarai audience. Klik pada butang Create Audience.
Langkah 5 : Pada langkah seterusnya, laman ini meminta anda untuk menamakan dan configure senarai terbaru. Mari perhatikan langkah demi langkah cara untuk membuatnya.
Langkah 6 : Ruang pertama ialan nama audience anda. Ini adalah apa yang akan diterima oleh mereka yang melanggan newsletter anda, jadi sebaiknya gunakan ayat yang boleh mengaitkan website atau bisnes anda dengan audience anda.
Langkah 7 : Masukkan email anda
Langkah 8 : Sekarang, pilihlah nama yang digunakan bersama email anda. Perlu diingatm nama yang anda pilih sebaik-baiknya melambangkan jenama bisnes anda.
Langkah 9 : Ruang ini menerangkan kenapa mereka menerima email daripada anda
Langkah 10 : Seterusnya ialah nama syarikat atau bisnes anda
Langkah 11 : Isikan alamat perniagaan anda
Langkah 12 : Masukkan nombor telefon anda. Dan ini adalah tidak wajib (optional sahaja)
Langkah 13 : Pilih ruang yang sesuai dalam Form Setting.
- Enable Double opt-in = untuk memastikan subscriber akan respon apabila mereka mengisi sign up newsletter di website anda supaya email mereka akan disenaraikan di dalam mailing list anda.
- GDPR = hanyalah untuk mereka yang menetap di dalam Kesatuan Eropah (EU).
- Notifications = untuk memilih pilihan sama ada ingin menerima notifikasi Daily summary atau One-by-one
Langkah 14 : Selepas memilih pada bahagian 13 di atas tadi, boleh klik Save, dan anda akan diberitahu yang Audience list anda berjaya dibuat.
Sila ambil beberapa perhatian penting. Anda perlu matikan Welcome Note untuk menghalang Mailchimp daripada menghantar email secara pukal ke semua subscriber newsletter anda dengan menggunakan nama yang sama. Ini akan menyebabkan semua penerima newsletter akan dipanggil dengan nama yang serupa. Anda pasti tidak mahu itu kan?
Bagaimana untuk mematikan bahagian welcome note ini? Sila ikut panduan langkah demi langkah cara untuk mematikan welcome note MailChimp seperti yang di bawah.
Cara Mematikan Welcome Note
Langkah 1 : pergi ke Audience , pilih drop down Audience Dashboard
Langkah 2 : Pergi ke Manage Audience drop down menu, dan klik Settings
Langkah 3 : Pilih Audience name dan default links
Langkah 4 : Pada part ini, pastikan ruang kosong “send a welcome note” tidak ditandakan
Cara Menghubungkan MailChimp
Jika tadi panduan cara untuk daftar dan cara untuk matikan welcome note, ini pula panduan cara menghubungkan MailChimp ke website.
Langkah 1 : Masuk log in ke akaun Mailchimp anda , dan di menu sebelah kiri, cari nama “integrations” pada bucu atas sebelah kanan, klik nama anda dan Connect.
Langkah 2 : Klik pada link sebelah kiri berlabel Custom Website, dan sila lihat senarai butang sebelah kanan.
Langkah 3 : Klik pada link sebelah kiri Custom Website sebelah kiri, kemudian klik butang berlabel Custom Website sebelah kanan.
Langkah 4 : Kemudian, anda diminta untuk memasukkan URL website anda. Pastikan anda memasukkan laman web yang betul.
Langkah 5 : Pergi ke laman web anda, dan dapatkan URL yang betul
Langkah 6 : Pastekan url website anda di ruang Enter site URL, dan url ini akan di trim seperti contoh yang diberikan di bawah.
Langkah 7 : Padamkan semua perkataan di sebelah kanan selepas “/” nama url website anda (jika ada). Sila lihat contoh di bawah
Langkah 8 : Pilih Audience yang anda telah create di awal tadi, dan kemudian klik ‘Get Code’. Pada contoh di atas tadi, kita menggunakan nama audience sebagai “New Galleries” (Lihat langkah #3 ketika pendaftaran di bahagian atas)
Langkah 9 : Kemudian, anda akan diberikan kod dan kod ini perlu diletakkan di dalam website anda. Klik butang Copy.
Langkah 10 : Kod ini perlu dimasukkan ke dalam bahagian <Head>. Lepas tu save. (Untuk pengguna platform Blogger, salin kod diberikan, pergi ke bahagian Layout, klik Add HTML dan masukkan kod tersebut.)
Langkah 11 : Kembali ke Mailchimp dan klik butang berlabel Check Connection.
Langkah 12 : Selepas klik Check Connection, anda akan dibawa ke laman baru memaparkan website anda telah dihubungkan dengan Mailchimp.
Langkah 13 : Klik View Your Site Details dan ini adalah rupa newsletter yang akan dipaparkan di website anda nanti.
Langkah Cara Menghubungkan Mailchimp dan Laman Web Anda
Langkah seterusnya ialah melakukan integrations antara akaun Mailchimp anda bersama website anda.
Langkah 1 : Masuk ke akaun Mailchimp. Dan pada bahagian kiri, klik label Account.
Langkah 2 : Klik link berlabel Extras, kemudian API Keys
Langkah 3 : Skrol ke bawah sehingga Your API Keys dan klik butang label Create A Ke
Langkah 4 : Highlight dan salin API Key
Langkah 5 : Buka Site Manager anda , dan pergi ke Jump To Menu dan pilih Integrations. Lihat contoh dibawah.
Langkah 6 : Pada Mailchimp section, bahagian API key field, paste kan kod key yang telah disalin tadi dan klik UPDATE
Langkah 7 : Klik Update dan Mailchimp akaun bersedia untuk berhubung dengan website anda. Pastikan anda Select A List dan pilih Audience anda.
Langkah 8 : Ini adalah langkah terakhir. Klik Sync All Data to Mailchimp.
Itulah dia panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana untuk daftar MailChimp termasuk panduan cara menggunakan MailChimp ini dengan jelas. Anda boleh gunakan MailChimp mengikut arahan bertulis dan gambar langkah satu persatu yang perlu dibuat. Panduan di atas termasuk untuk menyambungkan akaun Mailchimp bagi membina mailing list untuk website anda.
Saya harap semua langkah yang ditunjukkan itu berjaya dibuat. Dan saya sendiri membuat rujukan di beberapa laman web lain bagaimana untuk mendaftar Mailchimp dan membuat mailing list tersebut bagi memudahkan urusan anda yang ingin menggunakan sistem MailChimp ini.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Jumpa lagi di lain artikel.
Sumber rujukan :
artstorefrontssupport.zendesk.com
Baca Juga: