buat-duit-dengan-shopify
| | |

Cara Buat Duit Shopify, Boleh Untung 4 Kali Ganda!

Cara Buat Duit Shopify, Boleh Untung 4 Kali Ganda! | Sebelum ini, ramai usahawan online di Malaysia guna platform Lelong, Amazon, Ebay, Lazada, Alibaba dan sebagainya untuk menjual produk tapi sekarang dropship Shopify menjadi salah satu pilihan. Buat duit dengan dropship memang dah sinonim dengan bisnes online sekarang. Bisnes dropship memang tak perlu diperkenalkan lagi sebabnya rata-rata rakyat Malaysia dah familiar dengan konsep perniagaan ini. In fact ramai pun yang dah berjaya hasilkan pendapatan sampingan melalui melalui bisnes dropship ini. Kerja jual barang online ni seakan sudah sebati dalam masyarakat kita.

Tapi, tahukah anda yang sekarang ini ada satu lagi bisnes dropship tapi pulangan 4 kali ganda kerana nilai pulangan dalam matawang USD. Bisnes dropship USD ini melibatkan Shopify. Ramai dah mula buat bisnes online Shopify ni. Ada yang dah bertahun-tahun buat duit dengan dropship Shopify.

Anda berminat nak buat duit dengan bisnes dropship Shopify? Jika ya, pastikan anda faham betul-betul dulu apa itu dropship dan kelebihannya sebagai asas. Bagi yang tak familiar tentang dropship, takpe jangan risau. Lepas baca artikel ni, anda pasti akan faham apa itu dropship.

buat-duit-dengan-shopify
Cara buat duit dengan Shopify

Maksud Dropship dan Kelebihannya

Dropshipping merupakan salah satu sistem bisnes ecommerce online yang tak memerlukan anda untuk pegang stok. Apa yang anda perlu buat hanya cari customer, masukkan order dari customer kepada supplier, kemudian supplier akan hantar produk kepada customer dan anda buat pembayaran kepada supplier ikut harga dropship. Beza harga produk yang anda jual kepada customer dengan harga yang anda bayar pada supplier itu adalah untung.

Kenapa orang suka buat bisnes dropship?

1. Tak Perlu Keluar Modal

Bagi yang baru berjinak nak berniaga dan takde modal, dropship merupakan pilihan yang terbaik. Ini kerana kerja anda hanya cari customer dan bawa order masuk terus kepada supplier.

2. Tak Perlu Simpan Stok

Stok pun anda tak perlu simpan sebabnya supplier yang akan pegang semua stok tu. Dan selalunya stok di supplier tersangatlah banyak, so takde isu tak cukup stok.

3. Tak Perlu Buat Penghantaran

Semua ni supplier yang akan urus. Dari bab bungkus produk sampailah pos kan produk tersebut kepada customer. Kerja anda hanya update tracking number kepada customer. Senang kan bisnes dropship ni. Tapi alang-alang nak buat dropship, baik buat dropship antarabangsa terus. Dropshipping USD orang panggil.

buat-duit-dengan-shopify
Cara buat duit dengan Shopify

Bagaimana Shopify Ini Berkerja?

Kenapa best buat dropshipping USD melalui Shopify? Shopify adalah bisnes dropship antarabangsa dengan pulangan yang lebih menguntungkan. Melalui Shopify ini, anda boleh membina kedai online sendiri tanpa perlu mempunyai ‘skill’ dalam pembinaan website. Anda tidak perlu lagi untuk membayar Web Designer untuk membina website kerana semuanya sudah tersedia.

Anda boleh membina website anda sendiri dalam masa beberapa jam sahaja. Semua tools telah ada di dalam satu bumbung. Ia termasuklah pemilihan ‘tema website’, ‘penghantaran produk’ & ‘payment gateways’. Buat bisnes dropship Shopify benar-benar boleh jana pendapatan dalam USD dan ia lebih kurang sama dengan bisnes di ebay cuma dikendalikan melalui platform yang berbeza.

Buat bisnes dropship Shopify dan jana pendapatan dalam USD. Ia adalah salah satu cara untuk anda kembangkan bisnes sedia ada.

Cara Buat Duit Shopify, Bisnes Dropshipping USD Yang Untung!

1. Untung 4x ganda sebab dalam matawang USD

Beza dengan untung dalam RM yang tak banyak mana pun. Tapi dari segi margin pula, dropshipping USD menawarkan margin yang lebih tinggi terutama produk dari China dan Vietnam. Ini kerana kita bayar ikut matawang mereka, dan jual dalam USD. Margin 500%-1000% tu perkara biasa. Kalau di Malaysia, dapat 50% margin pun dah dikira luar biasa dan biasanya susah nak capai.

2. Senang nak close deal sebab customer antarabangsa

Customer antarabangsa lebih relax dalam membeli. Mereka tengok satu-satu barang tu dan jika berminat, mereka akan terus beli. Beza dengan customer Malaysia yang banyak karenah dan alasan.

3. Customer antarabangsa lebih profesional

Bezanya customer antarabangsa ini dengan pelanggan tempatan dalam negara, pelanggan antarabangsa tidak terus private message (PM) untuk tanya tentang status pengeposan barang dan sebagainya. Mereka boleh je tunggu sehingga 2 minggu untuk terima barang mereka. Barang ada isu, mereka hanya emel untuk bantuan. Tapi rakyat Malaysia, hari ni order, hari ni juga nak kita pos barang tu. Lambat sikit mula lah nak cancel order, bagi bad service etc.

Cara Buat Duit Dengan Shopify, Panduan Cara Mulakan Bisnes Dropship Antarabangsa

buat-duit-dengan-shopify
Cara buat duit dengan Shopify

Shopify merupakan sebuah platform E-Commerce yang terbaik untuk jana pendapatan dalam USD. Shopify semakin dikenali di seluruh dunia dan lebih 10 juta produk telah berjaya dijual di platform ini. Kenapa Shopify best? Shopify telah sediakan semua kemudahan yang anda perlukan dan tools di sini sangat ‘user-friendly’.

Boleh ke bisnes dropship guna Shopify? Ya, anda boleh berniaga secara dropship di sini. Cumanya kena kaji dan tahu killer product untuk dijual di Shopify supaya boleh beri keuntungan pada anda dari masa ke semasa.

Di sini saya sertakan sekali panduan bagaimana nak bina kedai di Shopify sebagai panduan asas.

  1. Pilih Pakej

Perkara pertama ialah anda kena pilih pakej yang sesuai untuk kedai anda sendiri. Terdapat beberapa pilihan pakej yang ditawarkan dan pilih ikut pakej yang sesuai dengan bajet yang ada.

Boleh ke bisnes dropship guna Shopify? Ya, anda boleh berniaga secara dropship di sini. Cumanya anda kena kaji dan tahu killer product untuk dijual di Shopify supaya boleh beri keuntungan pada diri anda.

  1. Pilih Tema Kedai Online

Shopify mempunyai lebih dari 100 tema yang boleh di pilih. Kalau kata takde tema yang berkenan di mata anda, boleh upah mana-mana pereka luar untuk bina tema khas kedai Shopify anda.

 

  1. Masukkan Produk Yang Hendak Diniagakan

Part masukkan produk ni akan makan masa yang lama sikit sebabnya ada banyak features yang anda kena pilih seperti warna produk, saiz dan berat produk, gaya dan sebagainya. Anda juga perlu masukkan gambar produk dan letak butiran lengkap produk di menu Shopify.

 

  1. Pilih Kaedah Pembayaran

Bagi yang was-was bab pembayaran, jangan risau kerana Shopify 100% selamat dan terjamin.Β  Terdapat beberapa pilihan payment gateways yang anda boleh pilih seperti pembayaran melalui kad kredit, paypal dan lain-lain.

  1. Pasarkan Laman Shopify (Kedai Online Anda)

Bab ni paling penting. Anda perlu pasarkan kedai online anda supaya dapat dilihat oleh ramai pembeli dan seterusnya dapat generate sales. Ada 3 cara untuk pasarkan kedai online anda itu.

i) Pemasaran Media Sosial

Tak dinafikan media sosial memainkan peranan penting dalam memasarkan satu-satu jenama atau produk. Disebabkan itu, Shopify boleh mengintegrasikan media sosial anda dengan web Shopify yang anda daftarkan.

 

ii) Tawarkan Khidmat Pelanggan yang Baik

Semua orang sukakan layanan yang baik bila membeli sesuatu. Jadi khidmat pelanggan yang mesra pelanggan dan bagus akan membuatkan pelanggan berasa senang untuk membeli dengan kita. Dan tak dinafikan, perkara ini juga yang akan membuatkan mereka datang untuk membeli lagi pada masa akan datang.

 

iii) Berpengetahuan Tentang Produk Yang Dijual

Penjual yang bagus ialah penjual yang berpengetahuan dalam tentang setiap produk yang dijual. Ini kerana pelanggan akan sentiasa bertanya tentang pendapat dan khidmat nasihat tentang produk yang ingin dibeli. Kalau kita boleh jawab dengan tepat dan meyakinkan, pelanggan pun akan jadi yakin untuk membeli.

 

Itu dia sebanyak perkongsian saya kali ni tentang Shopify. Kalau anda nak info yang lebih mendalam, boleh berguru dengan mereka yang berpengalaman dalam Shopify seperti Herman Syaq. Beliau telah hampir 10 tahun terlibat dengan Shopify dan telah berjaya menjana ribuan ringgit sehari dengan platform ni. Kalau beliau boleh, anda juga boleh. Yang penting kena yakin diri ada matlamat dan usaha yang berterusan. InsyaAllah kejayaan dalam genggaman.

 

Sumber : Shopify

 

Artikel Menarik Lain :

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *