Cara Follow Up atau Promosi Melalui Email (Email Marketing)
Cara Follow Up atau Promosi Melalui Email (Email Marketing) |ย Assalamualaikum. Bertemu lagi kita di sini dan kali ini, saya akan teruskan perkongsian berkaitan Mailing List. Sebenarnya, saya sudah pernah berkongsi topik ini di artikel sebelumnya. Kali ini saya akan tambahkan lagi info dan semoga anda di sana boleh mendapat manfaat. Tahukah anda, bagaimana cara follow up email atau mailing list supaya kita boleh mewujudkan interaksi dengan audiens yang sign up dengan mailing list / newsletter kita? Jika masih tidak tahu, pastikan anda membaca artikel ini dari awal hingga akhir.
Sebelum saya teruskan perkongsian berkaitan mailing list ini, pastikan anda membaca artikel berkaitan senarai mailing list yang anda boleh guna, dan juga sebab kepentingan mailing list untuk website atau bisnes anda. Anda juga boleh membaca perkongsian berkaitan cara nak sign up mailing list di Mailchimp.
Pertama sekali, sila lihat paparan gambar di bawah ini.
Contoh di atas ni adalah antara cara macam mana menarik pembaca yang singgah di website untuk sign up/subscribe newsletter. Ini cara untuk pemilik website tersebut mendapatkan alamat email pembaca mereka. Jadi, pemilik website kelak boleh menghubungi pembaca mereka untuk memberitahu sebarang berita terkini di website tersebut.
Selepas sign up kalau boleh, kita tak nak lah audiens / pembaca kita tu unsubscribe newsletter kita , ye tak? Kalau boleh kita mahu mereka terus suka untuk terus melawat website kita bila ada paparan artikel yang baru.ย
Ingatan Penting Sebelum Mula Follow Up Email / Mailing List
Sebelum nak follow up mailing list, pertama sekali tanya diri anda apakah objektif anda buat newsletter untuk kumpulkan senarai email pembaca / pengguna yang singgah ke website anda itu.
Anda ada barang/ produk atau servis yang ingin diniagakan?
Anda nak pembaca terus setia baca blog / laman web anda?
Anda nak bagitau berita terkini tentang produk yang anda tawarkan?
Anda nak tahu maklumbalas tentang produk digital percuma yang anda dah berikan kepada pembaca anda?
Anda nak berterima kasih dengan pembaca / pengguna website anda?
Mungkin ada banyak sebab lain lagi kenapa anda perlukan email pembaca anda kan selain senarai di atas.

Mari kita ambil contoh gambar di atas, di mana pemilik laman web memberikan kursus online percuma (free guide)
“FREE 6 Day Mini Course – How To Create A Profitable Online Store”
Untuk sesiapa sahaja yang memasukkan email dan kemudian menekan butang โSEND ME THE COURSEโ , akan menerima kursus percuma tersebut dan pemilik website tersebut akan menerima senarai email yang berminat untuk mendapatkan panduan percuma tersebut.
Dan kemudiannya, pemilik website tersebut akan menghantarย kursus online tersebut kepada subscribers.
Selepas dah hantar Kursus Percuma / Free Guide, etc takkan anda nak duduk diam tak nak follow up subscribers anda kan ? Kenalah follow up untuk wujudkan interaksi dengan mereka.
Dekat sinilah anda boleh ambil peluang untuk tengok adakah subscribers ni merupakan orang yang berpotensi untuk samaada
menjadi pelanggan untuk perkhidmatan yang anda nak tawarkan โฆ.?
sebagaiย pembaca setia website anda โฆ?
suka dengan produk digital yang anda berikan โฆ?
Cara Promosi Melalui Email / Follow-up Mailing List
Untuk follow-up mailing list, hantarlah email kepada subscribers tersebut bertanya dengan mereka adakah produk anda sediakan membantu atau memudahkan mereka?ย
Tanyalah pendapat mereka, ambil tahu apa yang mereka fikirkan tentang perkhidmatan yang anda berikan.
1a. Email dengan kata-kata lembut / menarik
- Hi. <Perkenalkan diri anda>. Saya nak follow up dengan produk digital <nyatakan produk tersebut> yang anda terima pada email saya yang lalu. Saya nak tahu apa pendapat anda berkenaan produk digital tersebut <dan buatlah ayat ayat yang menarik seterusnya mengikut kreativiti anda>.
1b. Tambah nilai dalam email anda dan nyatakan tujuan email anda
Ini penting. Jangan malas untuk menghantar follow up email kepada subscribers anda. Mereka yang subscribed newsletter anda, adalah mereka yang berpotensi untuk menjadi klien anda, atau pelanggan anda, mahupun pembaca setia website atau blog anda.
Kita guna contoh di atas tadi, “FREE 6 Day Mini Course – How To Create A Profitable Online Store”
โAwak dah tonton panduan percuma yang saya berikan? Apa pendapat awak tentang panduan percuma tersebut?โ
โAdakah panduan percuma tu membantu awak dalam memulakan perniagaan online awak?โ
โSaya tunggu feedback daripada awak okโ
โOh ya, saya dah keluarkan panduan seterusnya bertajuk How to Market Your Business and Make 6 Figure Sales in a Month, awak berminat tak nak dapatkan panduan terbaru daripada saya?
โPanduan ni membantu usahawan cara membuat marketing untuk perniagaan mereka dengan kos yang minimum dan membantu menjana pendapatan yang lebih lumayanโ
Hah, nampak tak tambah nilai dalam email di atas?
Dah bagi panduan percuma, lepas tu ada panduan seterusnya. Di sinilah anda perlu memainkan peranan dalam menarik subscribers anda untuk menjadi pelanggan berpotensi anda , dalam kes ini.
Dan nampak tak tujuan kenapa anda hantar email tersebut? Tujuannya ialah kerana anda nak beritahu yang anda ada panduan terbaru untuk subscribers anda. Betul tak?
1c. Masukkan call-to-action (CTA) dalam email anda
Buatlah ayat CTA yang menarik dan membuatkan mereka nak dapatkan panduan anda yang seterusnya.
Kalau hari tu dah bagi panduan percuma, jadi kali ini anda nak bagi panduan percuma juga ke?
โUntuk panduan terkini, bagi 100 subscribers pertama yang ingin mendapatkan panduan tersebut, saya berikan potongan harga sebanyak 60% daripada harga asalโ
โHarga panduan tersebut selepas 60% diskaun ialah <nyatakan harga selepas diskaun> berbanding harga asal <nyatakan harga asal>โ
Antara sebab kenapa kena letak harga selepas diskaun terlebih dahulu ialah kerana kita bermain dengan psikologi manusia yang lebih mudah tertarik pada harga tawaran rendah berbanding melihat harga yang lebih tinggi.
Permainan emosi itu penting.
โKalau anda berminat nak dapatkan panduan terkini, sila klik link yang disediakan di sini <sediakan link untuk mereka yang berminat membuat pendaftaran dan pembayaran untuk mendapatkan panduan yang anda sediakan>โ
โOh ya, promosi 60% diskaun akan tamat pada <berikan tarikh> dan jangan lambat untuk mendapatkan panduan terbaruโ
โRugi kalau tak dapatkan panduan tersebut, kerana ianya panduan yang sangat membantu untuk menaikkan pendapatan bisnes andaโ
Kenalah buat CTA yang menarik dan buat orang nak beli perkhidmatan yang anda tawarkan.
Nampak tak permainan emosi. Mulanya untuk 100 subscribers pertama untuk mendapatkan 60% diskaun, selepas tu letak sedikit rasa urgency, selepas itu tambah pula tarikh luput promosi.
1d. Menutup email untuk bakal klien / pelanggan anda
Sebelum anda tekan butang SEND email anda, buatlah sedikit ayat-ayat menarik untuk menutup email anda, antaranya:
- Saya menunggu balasan email daripada anda
- Saya berharap anda boleh memberi ulasan terhadap produk digital tersebut
- Anda ada sebarang soalan? Jangan segan untuk emailkan kepada saya
- Beritahu saya apa yang anda fikirkan tentang produk tersebut
2.Membuat sistem referer
Satu lagi cara promosi melalu email ialah bila anda mempunyai sistem referer. Sesiapa yang sign up menggunakan sistem referer, bermakna anda akan menerima mailing list yang terhasil daripada subscriber yang mempromosikan produk anda.
Dan anda juga boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan referer buat produk anda, dan mungkin anda boleh berikan diskaun sebagai tanda terima kasih.
โHai, sila guna diskaun 5% dengan KUPON ini kerana anda berjaya memberikan referer untuk produk digital saya. Terima kasih.โ
3.Google Alert
Adakah anda tahu yang anda boleh set nama anda pada Google Alert.ย
Sekiranya ada sesiapa yang menyebut nama anda di mana mana di Google, anda akan menerima notifikasi.
Sekiranya anda mendapat pujian atau mereka memberikan rekomendasi berkaitan produk yang anda sediakan, maka apa salahnya untuk anda berterima kasih dengan mereka.
โHi, terima kasih kerana merekomendasikan produk saya di blog anda.โ
โKerana anda merekomendasikan produk saya kepada pembaca blog anda, saya sertakan 5% diskaun KUPON untuk anda gunakan bagi mendapatkan produk digital terbaru saya. KUPON tamat sehingga hujung tahun ini. Jangan lupa untuk gunakan KUPON tersebut ya.โ
Dan ini juga cara membina hubungan dengan bakal klien atau pelanggan untuk produk yang anda tawarkan.
Baiklah, semoga perkongsian aku berkenaan cara promosi melalui email ini bermanfaat untuk anda semua.
Dan stay tune dengan blog hanaharraz dengan lebih banyak perkongsian menarik untuk artikel seterusnya.
Baca Juga: Senarai Mailing List dan Kepentingannya
Selain itu anda juga boleh klik banner dibawah untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai email marketing dengan kos yang murah.