7 Kelebihan Melabur Saham yang Anda Perlu Tahu
Kelebihan Melabur Saham
1. Mudah dicairkan (proses jual beli yang mudah)
2. Modal Yang Kecil
3. Hanya Perlukan Internet untuk Melabur

4. Boleh Dilakukan Secara Sambilan
Disebabkan anda hanya perlukan internet untuk berdagang, anda boleh melabur secara sambilan tanpa menganggu kerja hakik. Anda tidak perlu monitor saham anda setiap masa bergantung kepada teknik berdagang saham pilihan anda. Cukup mungkin sehari sekali atau beberapa kali seminggu jika anda memilih melabur jangka masa panjang. Dengan ini anda berpeluang menjana pendapatan pasif dari pelaburan saham.
5. Untung Dari Banyak Sudut
Anda boleh mendapat keuntungan melalui banyak cara. samada beli dan simpan kemudian setiap tahun atau suku tahun akan mendapat keuntungan melalui dividen yang diberi syarikat. Atau kebiasaannya mendapat keuntungan apabila anda beli ketika murah danjual ketika harga saham naik. Terdapat banyak strategi dalam pelaburan saham. Anda dinasihatkan untuk belajar dengan lebih mendalam untuk sebelum mengaplikasikan mana-mana strategi.
6. Boleh Melabur dalam Jangka Masa Pendek atau Panjang
Dalam pelaburan saham kita bebas untuk memilih berapa lama anda hendak melabur dalam sesebuah syarikat tanpa terikat dengan mana-mana kontrak. Anda boleh melabur dalam tempoh yang sangat singkat samada sehari tau sejam dan anda juga boleh melabur dalam jangka masa yang panjang sehingga bertahun-tahun tanpa ikatan kontrak. Anda hendaklah mempunyai perancangan dalam pelaburan anda dan pastikan anda jual saham bile sudah mencapai keuntungan berdasarkan analisis anda.
7. Tidak Perlu Kemahiran Mengurus Perniagaan
Menguruskan perniagaan bukan satu perkara yang mudah dan tidak semua orang mampu melakukannya. walaupun anda tiada kemahiran dalam berniaga terutama menjual barang anda masih boleh berdagang saham. Anda hanya perlu belajar memilih syarikat yang pandai menguruskan perniagaan mereka yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kita hanya perlu mahir dalam menganalisa saham dan mengira keuntungan yang kita hendak capai.
Kesimpulan
Bagi saya pelaburan saham sangat sesuai dengan quote ini “High Risk High Return”. Pelaburan saham menjanjikan banyak kelebihan namun pasti ada risiko juga. Oleh itu, dengan ilmu pelaburan yang betul, risiko yang anda bakal hadapi akan dapat dikurangkan dan memaksimumkan keuntungan. Ilmu merupakan perkara asas yang amat penting dalam pelaburan saham. Ingin belajar tentang saham, baca Panduan Pelaburan Saham
Diharapkan perkongsian tentang kelebihan melabur saham ini bermanfaat untuk anda.