panduan mendaftar adsense untuk blog
|

Cara Daftar Adsense Blog Langkah Demi Langkah

Cara Daftar Adsense Blog Langkah Demi Langkah | Untuk jana pendapatan melalui blog dari blog perlu daftar akaun Adsense. Pihak pengiklan dengan nama Adsense ini dapat memberi pendapatan pada blog berdasarkan jumlah pengunjung. Semakin ramai pelawat datang blog untuk baca artikel, semakin tinggi bayaran. Adsense ini juga yang memberi pendapatan pada pihak Youtubers.

Anda boleh mula membuat wang dari blog anda dengan menambahkan iklan Google AdSense ke templat Blogger anda pada bila-bila masa. Tapi sebelum boleh mula terima hasil, perlulah daftarkan blog kepada pihak Adsense terlebih dulu.

Apa Itu Google Adsense?

Rasanya ramai yang sudah tahu dan kenal apa itu Google Adsense, lagi-lagi mereka yang menjana pendapatan melalui iklan di blog dan di Youtube.

Google Adsense ialah satu program periklanan daripada Google yang menyelia iklan-iklan di laman web / blog / Youtube yang pemiliknya dipanggil PUBLISHER.

Bagaimana Adsense Boleh Beri Income Pada Blogger?

Ini Contoh Iklan dari Google Adsense yang ada pada salah sebuah blog.

cara daftar adsense untuk blog

Adsense menentukan hasil pendapatan untuk sesebuah blog berdasarkan dua perkara :

  1. Jumlah pengunjung blog (trafik)
  2. Jumlah klik iklan dari pengunjung blog

1. Bayar Berdasarkan Jumlah Pengunjung Blog (Trafik)

Apabila iklan pemilik website diklik oleh mereka yang berkunjung ke laman web tersebut, maka Google akan membayar publisher.

Sebab itu, anda mungkin pernah terbaca bagaimana seseorang blogger atau Youtuber menjana pendapatan secara online, ianya melalui Google Adsense.

Biasanya iklan di website akan berada di bawah atau atas header, di sidebar, di footer, atau di dalam artikel , bergantung kepada bagaimana publisher menyusun iklan di dalam website mereka sendiri.

Baca Juga:Β  Cara Naikkan Trafik Blog

2. Jumlah Klik Ke Atas Iklan Yang Ada

Jika ada mana-mana pengunjung blog yang rasa tertarik dengan sesuatu iklan lalu klik ke atas iklan tersebut. Maka ada lagi income untuk publisher. Walaubagaimanapun, pemilik blog sama sekali tidak boleh klik pada mana-mana iklan di dalam blog sendiri. Jika buat juga besar kemungkinan akaun Adsense akan dihentikan dari terus muncul iklan di blog tersebut.

Rasanya setiap pemilik website tidak mahu ketinggalan untuk me-monetise-kan laman web mereka, ye tak?

Bagaimana Cara Mendaftar Akaun Adsense?

Mari kita tengok cara nak daftar akaun adsense. Senang ke tak?

cara daftar adsense

6 Perkara Asas Untuk Blog Diterima Oleh AdSense

Cara daftar Google AdSense melalui blog ini tidaklah susah mana. Tapi tak dinafikan, ada dikalangan blogger daftar akaun Adsense ni tanpa sebarang persediaan. Akibatnya beberapa kali gagal dan tidak lulus.

Jika blog anda tidak memenuhi syarat kelayakan pada masa ini, mari tahu dulu apakah syarat asas sebelum mohon supaya tidak merasa kecewa. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk diterima oleh Adsense ini dengan mudah adalah seperti yang di bawah.

1. Perlu ada laman web atau paling mudah kita bina blog.

2. Umur publisher sudah berusia 18 tahun dan ke atas

3. Hanya memiliki 1 akaun saja bersama Adsense

4. Website sudah terindeks oleh Google

5. Jumlah konten (Artikel) banyak dan bermanfaat

6. Sudah memiliki pengunjung

7. Pastikan blog anda aktif dan selalu dikemaskini dengan artikel artikel menarik

6. Blog sudah dibangunkan sekurang-kurangnya antara 3-6 bulan sebelum memohon Google Adsense.

 

Cara Daftar Adsense Blog Langkah Demi Langkah

Jika perkara asas sudah ada, marilah kita cuba mohon Adsense dengan cara yang dikongsikan ini.

Saya share dengan anda cara nak daftar Google Adsense supaya anda boleh ikut langkah demi langkah.

Step #1 – Daftar Akaun Adsense

  • Layari laman web Google Adsense <<<https://www.google.com/adsense/start/>>>
  • Klik Get Started
  • Masukkan URL website / blog dan email address anda. Save and continue. Sila verifikasi email anda. Kemudian klik Create Account.
  • Dah berjaya create account, ini bermakna anda sudah memiliki akaun adsense. Tapi perlu diingat, memiliki akaun adsense sahaja tanpa menghubungkannya dengan website / blog anda, tidak akan membuatkan anda berjaya me-monetise-kan blog anda.

Step #2 – Pengaktifan Akaun Adsense

  • Sila masuk ke dalam dashboard Google Adsense dan isi details alamat anda dengan betul. Ini penting kerana Google Adsense akan menghantar nombor pin ke alamat anda untuk tujuan verifikasi.
  • Tekan butang Submit.
  • Kemudian masa untuk meletakkan kod adsense ke blog anda. Kalau anda biasa dengan coding HTML dan faham bagaimana untuk meng-edit theme html, maka ini tidaklah sesukar mana. Namun kalau anda risau untuk membuat editing kerana takut silap, anda boleh mengupah mereka yang memberikan perkhidmatan meng-edit blog.
  • Masukkan kod yang diberikan ke dalam blog anda. Caranya mudah. Bagi pengguna blogspot, pergi dashboard blog – theme – my theme custom (Modified) – klik Edit HTML – cari <Head> – masukkan code Adsense betul-betul di bawah Head.
  • Selepas itu, pastikan anda tick I’ve pasted the code into my site untuk memberitahu Adsense yang anda sudah meletakkan kod di dalam website anda dan Google Adsense akan memeriksa blog anda.
  • Klik Done.
  • Kalau anda berjaya menghubungkan akaun adsense anda dengan website anda, maka anda akan menerima notifikasi daripada Google Adsense.
  • Sekiranya Adsense menolak website anda, maka anda juga akan menerima notifikasi daripada Adsense dan memberi sebab kenapa website anda ditolak.

Step #3 – Cara Untuk Membuat Iklan Adsense di Website / Blog Anda

Katakan akaun adsense anda sudah aktif (di Step #2), jadi masa yang ditunggu-tunggu ialah meletakkan kod untuk membenarkan Google Adsense meletakkan iklan di website anda.

  • Ada beberapa jenis iklan yang anda boleh letakkan di dalam webiste anda, Display Ads, In-Feed Ads, In-Article Ads.
  • Penerangan dan contoh diberikan oleh Google Adsense, dan terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu. Malah, anda boleh meletakkan semua jenis iklan di dalam website anda, dan buatlah percubaan A/B mana satu kedudukan iklan yang anda rasa sesuai untuk website anda.
  • Anda sentiasa boleh mengubah dan bereksperimentasi dengan susunan iklan di website anda.
  • Selepas anda mencuba iklan yang anda suka, jangan lupa untuk Save and Get Code.
  • Kemudian pastekan kod adsense tersebut di dalam dalam dashboard – layout – add a gadget – klik HTML/Javascript – pastekan kod adsense dan save
  • Kalau anda tidak berjaya untuk meletakkan iklan anda, jangan risau. Ada ramai blogger yang membuat tutorial cara untuk meletakkan iklan adsense di dalam blog, anda hanya perlu ikut panduan yang telah disediakan oleh blogger-blogger tersebut.
  • Done.
cara daftar adsense
Dashboard Adsense

Sekarang anda hanya perlu tunggu iklan adsense keluar di blog anda. Dan jangan risau tentang resizing iklan kerana iklan akan bertukar mengikut kesesuaian website anda.

Tips Akaun Diterima Google Adsense

Sekiranya akaun anda ditolak adsense, di sini saya share sekali sedikit Tips Akaun Diterima Google Adsense , semoga ianya membantu anda.

 

1. Buat konten yang menarik dan hasil idea anda sendiri

Tulis konten yang menarik dan ianya hasil idea anda sendiri. Kalau pun anda mengambil idea orang lain, tapi pastikan susun atur ayat anda haruslah berlainan daripada karya pemilik yang asal.

Pilih konten yang boleh menarik pembaca berada di dalam laman web anda. Dan tulislah ayat sekurang-kurangnya sekitar 400-500 patah perkataan, atau lebih.

Google sangat suka mengindeks konten yang original, bukan diplagiat (copypaste) dan ini akan menaikkan ranking laman web anda.

 

2. Navigasi blog yang teratur

Pastikan navigasi blog mudah dicrawl oleh Google. Disarankan ada Home, About Me, Sitemap, Contact Me, Archive, Labels / Categories.

Memiliki navigasi akan memudahkan pengunjung untuk mencari informasi berkaitan blog anda. Dan ini akan mewujudkan interaksi antara pengunjung dan laman web anda.

 

3. Guna Google Adsense sahaja untuk monetization

Ini bukanlah satu kemestian tetapi anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan pengiklan dari syarikat lain selagi pendaftaran Google Adsense anda belum diterima.

Pastikan hanya Google Adsense sahaja, sehingga laman web anda berjaya mendapatkan iklan dari Google.

 

4. Ada pengunjung setiap hari

Apabila anda membina laman web, salah satu kriteria yang perlu diambil kira ialah pengunjung laman web.

Disarankan laman web anda mempunyai pengunjung sekurang-kurangnya 100 pengunjung setiap hari.

Kalau konten anda menarik, pasti ramai pengunjung yang datang melawat laman web anda. Dan jangan lupa untuk ping artikel anda ke media sosial seperti Twitter dan Pinterest.

Untuk Facebook (FB), aku sarankan anda buat page terlebih dahulu dan ping di page anda, kemudian barulah share ke personal FB anda.

Dan pastikan anda mengikut peraturan FB apa yang boleh dan tidak boleh dikongsi, kalau tidak url blog anda mungkin akan disekat.

 

5. Menulis artikel secara aktif

Ini sangat penting. Jangan berhenti menulis. Tulislah secara aktif, sekurang-kurangnya 20 artikel dan blog berusia sekitar 3 – 6 bulan sebelum memohon Google Adsense.

Penting untuk menulis artikel secara aktif untuk memastikan Google merasakan yang blog anda sememangnya wujud.

Walaupun aku mencadangkan 20 artikel, namun ianya hanyalah cadangan sahaja, terpulang anda kalau mahu mencuba mendaftar adsense walaupun akaun anda memiliki kurang daripada jumlah yangΒ  dicadangkan tadi.

cara daftar adsense di blog dan youtube

Bagi Youtube pula, syarat untuk memiliki Adsense ialah anda perlu mempunyai 1000 subscriber paling sedikit, dan 4000 views hours. Andai anda tidak memenuhi syarat ini, maka anda akan gagal untuk mendapatkan adsense pada akaun Youtube anda.

Kesimpulan

Baiklah, itu sahaja perkongsian tentang cara daftar adsense blog daripada saya. Semoga ianya membantu semua yang ingin mendaftar akaun Google Adsense.

Semoga berjaya.

Sumber rujukan: Google Support

Baca Juga:

Cara Tulis Artikel Blog

Cara Buka Youtube Channel

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *