Cara Membuka Youtube Channel & Kelebihan (Panduan Lengkap)
Mengapa anda perlu tahu cara membuka youtube channel?
Youtube ni adalah salah satu aplikasi yang wajib ada kat telefon. Kebanyakkan pengguna setiap hari pasti akan buka youtube samada untuk mendengar lagu, menonton drama kesukaan, mencari infomasi terkini.
Malah nak lihat berita pun sekarang pun mudah. Jadi, sekiranya terlepas siaran, bolehlah mengulangnya di youtube. Bukan itu sahaja, ada juga yang kongsikan video harian untuk tontonan umum.
Bagi individu yang berminat untuk menjadi konten creator melalui youtube, ia boleh dijadikan sumber side income juga. Yang penting, anda mestilah mempunyai youtube channel sendiri. Pendapatan youtube diperoleh melalui Google Adsense (pengiklanan).
Anda hanya perlu mengumpul subscribers dan watchtime yang mencukupi sebagai syarat untuk memohon Google Adsense.
Semakin banyak Subscribers dan Views, maka akan lebih mudah untuk dapatkan pendapatan dari Youtube.
Cara Membuka Youtube Channel?
1. Daftar akaun G-mail.
Ini benda wajib yang anda perlu buat sekiranya ingin memiliki Youtube Channel sendiri, anda hendaklah mendafftar Gmail terlebih dahulu.
Hal Ini adalah kerana anda perlu buat Akaun Google dahulu untuk masuk ke G-mail, Youtube, dan lain-lain. Klik link ini untuk daftar akaun G-mail https://www.google.com/gmail/
2. Login ke Youtube
Setelah anda telah mempunyai akaun gmail. Hanya perlu login dan masukkan alamat emel beserta password yang telah digunakan semasa mula mendaftar. Klik Link Youtube https://www.youtube.com/
3. Tekan pada “Create a channel”
Setelah login ke akaun Youtube, tekan pada ikon yang ada gambar, di bahagian atas penjuru kanan. Pilih dan tekan “Create a channel” lepas keluar paparan.
4. Tekan “GET STARTED”
Lepas tu, hanya perlu tekan “Get Started”. Anda dah boleh muat naik video untuk masukkan ke dalam Youtube.
5. Pilih medium
Di sini, anda mempunyai dua pilihan untuk buka Youtube Channel. Boleh gunakan akaun Gmail ataupun Custom name. Custom name ni boleh jadi nama page ataupun brand yang anda nak guna dan promosikan.
6. Muat naik video
Lepas dah pilih medium, anda dah boleh mula muat naik video yang nak dikongsikan. Bagi pengguna yang dah lama gunakan Youtube tapi tak pernah buka bahagian Create a channel ni, mungkin paparan akan terlihat berbeza sikit.
Paparan anda akan tunjukkan “Your Channel” dan bukannya “Create a channel”. Prosesnya sama sahaja.
Kelebihan mempunyai Youtube Channel
- Side-Income – Antara kelebihan menjadi youtuber ialah anda dapat menjana pendapatan melalui Google Adsense. Setiap iklan yang terpapar pada video dan mendapat klik, anda akan mendapat komisen dalam USD. Walaupun begitu, ada cara untuk menjana pendapatan melalui youtube adsense. Boleh baca di artikel CARA MUDAH BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE
- Paid Review / Advertising – Selain itu, anda juga boleh membuat free marketing dengan hanya mempromosikan produk atau servis anda di youtube. Ini merupakan satu kelebihan buat anda yang mempunyai bisnes. Anda juga berpeluang untuk dapat paid review daripada brand besar seiranya anda mempunyai subscribers yang ramai. Mudah saja buat bisnes melalui youtube, anda hanya perlu muatnaik video ke Youtube sahaja. Jangan lupa masukkan link media sosial kat description.
- Perkongsian ramai – Sekiranya anda memang gemar membuat video pendek, maka youtube adalah medium terbaik untuk mengasa kreativiti anda. Sekarang youtube ibarat tiktok juga dah boleh upload short videos.
- Kurangkan space dalam telefon – Sekurang-kurangnya anda telah kurangkan storage dalam telefon dengan hanya muat naik video ke youtube. Dapat simpan dan jana income lagi. Kan berbaloi.
- Cuba benda baru – Sejak PKP pada tahun lalu, dah ramai yang buka channel youtube sendiri untuk menghilangkan kebosanan. Malah ada yang mula berkongsi hobi baru dengan youtube. Cuba cipta video yang ada kandungan yang sesuai untuk tontonan ramai.
Kesimpulannya
Cara membuka channel Youtube ni agak senang. Yang penting anda dah ada Akaun Google ataupun Gmail, dah boleh Log In ke Youtube. Lepas tu dah boleh create channel dan muat naik video!
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Baca Juga: Cara Naikkan Subscriber Youtube