|

Peluang Jana Pendapatan dengan Canva

Anda pernah terfikir untuk jana pendapatan dengan Canva?

Bagi yang tertanya-tanya Canva tu apa?

 

Jana pendapatan dengan canva

Canva adalah aplikasi untuk menghasilkan karya-karya digital seperti poster, flyers, kad nama, penanda buku, edit video, edit gambar malah slide presentation juga boleh disiapkan menggunakan platform Canva.

 

Canva menjadi sangat popular di Malaysia kerana ianya mudah digunakan. Di Canva terdapat banyak sangat template yang sudah siap yang boleh anda gunakan mengikut kesesuaian projek anda. Walaupon anda tiada pengalaman dalam bidang design, anda tetap boleh menghasilkan karya-karya digital secara profesional.

 

Jadi, bolehkah anda menjana pendapatan dengan Canva?

 

Ya! Anda boleh jana pendapatan dengan Canva dan terdapat beberapa cara untuk anda jana pendapatan dengan Canva. Saya akan kongsikan apakah cara yang boleh anda buat untuk menjana pendapatan menggunakan Canva.

 

 

Daftar sebagai Canva creator

Seperti yang anda tahu, di Canva anda boleh menggunakan pelbagai pilihan template sedia ada samada yang percuma atau berbayar.

Adakah anda tahu, anda juga boleh mencipta templates anda sendiri dan boleh digunakan oleh pelanggan Canva?

Ya, anda hanya perlu mendaftar sebagai creator di sini dan sekiranya template anda digunakan oleh pengguna Canva, anda akan mendapat komisyen.

 

Jana pendapatan dengan canva

Menjual karya digital di marketplace

Sekiranya anda mempunyai karya-karya digital yang cantik dan kreatif, anda boleh menjual karya digital anda di marketplace seperti Shopee atau Lazada. Anda juga boleh mempromosikan karya digital anda di media sosial. 

 

Ada pelbagai karya digital yang anda boleh tawarkan seperti poster, flyer, brochure, namecard dan lain-lain lagi. Anda ada dua pilihan samada menjual template sedia ada atau menyediakan perkhidmatan design karya digital mengikut permintaan pelanggan. 

 

Biasanya anda boleh tawarkan harga yang lebih tinggi sekiranya anda memilih pilihan kedua. Namun begitu saya tidak katakan pilihan pertama itu tidak bagus. Jika anda faham ragam rakyat Malaysia, anda pasti akan menggunakan pilihan pertama iaitu menjual template sedia ada. Namun sebelum itu anda juga perlu fahami target audience anda.

 

Sekiranya target audience anda adalah usahawan online yang baru menapak di dalam dunia bisnes online ini, anda perlu faham bahawa mereka mempunyai modal yang kecil. Bajet mereka untuk bahan pemasaran mungkin sedikit sahaja jadi mereka akan lebih tertarik dengan tawaran yang lebih murah tetapi berbaloi. 

 

Sebaliknya sekiranya target audience anda adalah syarikat yang lebih stabil, biasanya mereka mempunya dana yang lebih besar tetapi mempunyai kekangan masa. Jadi anda boleh selesaikan masalah mereka dengan menawarkan servis design mengikut citarasa mereka. 

 

 

Menjadi freelancer

Anda juga boleh menjadikan Canva sebagai aplikasi utama untuk anda menghasilkan karya-karya digital anda. Anda boleh menjadi freelancer dan menawarkan perkhidmatan seperti mereka cipta logo, mereka cipta poster untuk FB dan IG, mereka kad nama dan banyak lagi perkhidmatan berkaitan karya digital yang anda tawarkan. Walaupon semua orang boleh menghasilkan karya di Canva namun yang membezakan setiap karya adalah daya kreativiti seseorang. Bukan semua orang dikurniakan bakat kreatif. Oleh itu, pasti ramai yang memerlukan perkhidmatan anda. Lebih-lebih lagi di Malaysia semakin ramai usahawan online yang muncul. Karya digital memang sangat diperlukan oleh usahawan online untuk lebih menonjol di pasaran.

 

Untuk menjadi freelancer adalah boleh tawarkan perkhidmatan anda melalui media sosial atau daftar dengan platform freelancer seperti Fiverr atau Upwork. Melalui platform seperti ini, anda tidak perlu mencari pelanggan, tetapi pelanggan yang akan datang mencari anda.

 

 

Affiliate Canva

Jika anda tidak tahu, Canva juga mempunyai program affiliate. Anda boleh mendaftar dengan program affiliate Canva dan menjana pendapatan dari situ.

 

Jika anda tidak biasa dengan program affiliate, program affiliate merupakan salah satu cabang bisnes online yang popular di serata dunia. 

 

Syarikat-syarikat seperti Canva menawarkan program affiliate bagi membantu mereka memperkenalkan produk mereka kepada lebih ramai pelanggan.

 

Caranya mudah, selepas mendaftar anda akan diberikan satu link affiliate anda. Anda perlu mempromosikan link affiliate anda. Sekiranya ada sesiapa yang mendaftar di Canva dan melanggan pakej Canva pro menggunakan link affiliate anda, anda akan menerima komisyen dari pihak Canva.

 

Modul bisnes affiliate ini membolehkan anda menjalankan bisnes online anda sendiri tanpa modal dan hanya menggunakan produk digital.

 

Semakin ramai yang melanggan Canva Pro menggunakan link affiliate anda, semakin banyak komisyen yang akan anda perolehi. Dan yang paling seronok, komisyen anda dikira menggunakan matawang USD!

 

 

Mengadakan kelas cara menggunakan Canva

Sekiranya anda minat untuk mengajar, anda boleh mengadakan kelas berbayar cara kreatif menghasilkan karya-karya digital menggunakan Canva. Ramai yang berminat dengan bidang design tetapi ramai yang tidak yakin dan memerlukan bimbingan. Anda boleh membuat kelas online atau fizikal, mengikut kemampuan anda. Sekiranya kelas online, ada boleh buat kelas live atau kelas rakaman. Semuanya terpulang kepada anda.  Seperti yang saya terangkan di atas, anda perlu mengkaji target audience anda sebelum membuat keputusan.

 

Di dalam artikel kali ini telah saya kongsikan 5 cara yang anda boleh gunakan untuk menjana pendapatan menggunakan Canva. Anda nak cuba satu cara sahaja dahulu pon boleh, nak cuba kesemua empat cara secara serentak juga boleh. Bergantung kepada kemampuan anda. Akhir kata, anda boleh menjana pendapatan dengan Canva menggunakan pelbagai cara. Semoga berjaya!

Baca Juga:

1. Siapa Sultan Pemurah

2. Cara Buat Duit di Fiverr

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *