Kelebihan Melabur dan Menyimpan Emas
Emas adalah salah satu komoditi yang sangat popular dan mempunyai banyak kelebihan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan menyimpan dan melabur emas mari saya kongsikan informasi dari KAB Gold
Kelebihan Melabur dan Menyimpan Emas
Emas adalah aset atau komoditi yang sangat unik kerana ia memiliki fungsi yang pelbagai, sesuai dengan matlamat kewangan pemiliknya.
Mudah dilenturkan, tiada bau, dan tidak berkarat dan sentiasa diminati oleh masyarakat, tidak kira bangsa dan agama.
Emas digunakan sebagai matawang sebenar sejak dahulu sehingga kini oleh pelbagai negara yang menjadikannya sebagai simpanan (reserve).
Diiktiraf dalam Islam dan disebut secara khusus dalam Al-Quran sebagai harta yang disukai, haram menyimpannya kerana tidak mahu mengeluarkan zakat dan bakal menjadi barang perhiasan buat lelaki dan wanita di dalam syurga.
SALAH FAHAM TENTANG EMAS
Ada terlalu banyak salah faham masyarakat terhadap emas. Antaranya ialah :
Emas hanya untuk kaum wanita.
Ramai yang menyangka emas hanyalah dalam bentuk barang kemas sebagai perhiasan bagi kaum wanita.
Sejak dahulu lagi, emas boleh jadi datang dalam pelbagai bentuk seperti jongkong, syiling, serbuk dan ketulan.
Orang lelaki juga boleh membeli dan menyimpannya.
Emas hanya untuk orang kaya.
Emas sering dikaitkan dengan harganya yang mahal. So, kita ingat hanya orang kaya yang boleh beli dan simpan emas.
Sebenarnya emas boleh dibeli oleh sesiapa saja, termasuk orang yang kurang berada.
Jika kita hendak membeli tanah atau rumah, kita mesti menyediakan duit yang banyak. Deposit 10% untuk belian rumah dan bayaran penuh untuk belian tanah.
Tetapi emas boleh dibeli sedikit demi sedikit. Ada akaun emas yang boleh dibeli serendah 0.25 gram atau RM68 pun.
Jika kita target untuk memiliki 1 kg emas sekalipun, kita boleh kumpul sedikit demi sedikit sehingga cukup. Itu tidaklah mustahil.
Emas hanya untuk tujuan pelaburan.
Emas bukan sekadar beli harga rendah dan jual harga tinggi. Emas memiliki banyak fungsi dan matlamat.
Orang yang kurang kefahaman tentang kelebihan dan kehebatan emas akan bertanya soalan yang biasa ditanya oleh pelabur seperti; berapa keuntungan simpan emas, berapa lama perlu disimpan sebelum dijual dan sebagainya.
Orang yang ada banyak matlamat bila simpan emas akan sentiasa gembira. Harga naik mereka gembira, harga turun lagi mereka gembira.
Emas boleh menjana untung dengan sendiri.
Ini salah faham yang paling teruk kesannya. Pemahaman sebegini yang akhirnya boleh menyebabkan pembeli emas terlibat dengan skim cepat kaya.
Secara asasnya, emas boleh menjana keuntungan dengan kenaikan harga. Ia juga boleh menyebabkan kerugian apabila berlaku penurunan harga.
Tetapi itu semua hanyalah di atas kertas. Untung atau rugi sebenar emas hanya berlaku apabila adanya proses jual beli.
Selain daripada itu, tidak perlu risau kerana gram emas tidak akan bertambah bila harganya meningkat dan gram emas juga takkan berkurang kalau harganya turun.
PELBAGAI FUNGSI EMAS
Emas sebagai simpanan
Siapa selalu gagal menyimpan dalam bentuk wang, maka kena ubah cara simpan. Simpanlah dalam bentik emas.
Emas sebagai aset
Emas adalah aset yang paling bermutu tinggi. Ia senang dibeli, mudah diuruskan, boleh dicairkan dengan cara jualan atau gadaian.
Emas sebagai harta
Uniknya emas ialah, walaupun gram tidak bertambah, nilainya meningkat secara jangka panjang. Ia adalah harta yang sangat berbaloi untuk dikumpul dan dimiliki.
Emas sebagai pengikat nilai
Sebab nilai matawang sentiasa menjunam, baik kita ikat ia dengan gram emas. Bila gram sudah tetap, nilai pula akan menaik secara jangka panjang.
Emas sebagai insuran
Memang betul, bila kita dalam kesusahan, emas seakan-akan menjadi insuran bagi kita. Lihat saja musim pandemik covid-19 ini, berapa ramai yang kehilangan pekerjaan?
Tetapi jika mereka ada menyimpan emas, maka senang bagi mereka untuk mendapatkan tunai segera. Tambahan pula harga emas naik meroket sejak PKP tahun lepas lagi, maka dengan sendirinya duit pemilik emas akan menjadi bertambah banyak.
Emas sebagai alat pelaburan
Sejarah tidak pernah menipu. 20 tahun dahulu, harga emas hanya sekitar RM40 segram.
Tetapi 20 tahun kemudian yakni sekarang, ia sudah pun mencecah angka RM300 segram.
Emas sebagai pengekal kuasa beli
Kuasa beli emas sangat besar. Ia mampu membeli barang yang sama berkali ganda lebih banyak pada masa hadapan.
Berbeza dengan duit. Jika semakin disimpan, semakin sedikit pula barang yang mampu dibeli dengan jumlah duit yang sama.
Emas sebagai aset berkualiti tinggi mudah dicairkan
Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai High Quality Liquid Asset. Ia amat diperlukan oleh individu atau syarikat sebagai persiapan menghadapi risiko kecairan aliran tunai.
Emas sebagai modal pusingan
Orang berniaga atau bekerja sendiri memang perlu menyimpan emas. Manfaatkan emas dan arrahnu untuk mendapat modal pusingan segera.
Kemudian tebus semula emas tersebut apabila telah mendapat bayaran daripada apa saja perniagaan yang dimodalkan dengan duit pinjaman arrahnu itu tadi.
Emas sebagai alat perniagaan
Jangan ingat kita beli emas, kita tak boleh jual emas kita pada orang lain. Emas memang boleh dibuat jual beli atau kita panggil trading.
Beli, jual. Beli, jual. Beli, jual kepada sesiapa saja. Ini bergantung kepada demand and supply dan willing buyer willing seller.
Kena pulak design yang limited dan nombor siri yang menarik. Semua itu boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.
Emas sebagai pengubah tabiat buruk
Bila kenal emas, dengan sendirinya tabiat membazir dapat dielakkan. Kita mula berkira-kira setiap kali hendak membeli barang kemahuan dengan membandingkan harga barang tersebut dengan gram emas yang kita boleh dapati jika membeli emas.
Emas sebagai sumber zakat
Bila simpan emas, kita akan mudah ingat untuk membayar zakat. Bila simpan duit, tak ingat pun kita untuk bayar zakat.
Padahal keduanya pun sama, mesti dibayar zakat bila cukup haul dan nisabnya.
Nak kenal orang kaya dengan duit agak susah. Tetapi orang yang simpan 85 gram selama setahun, merekalah orang kaya sebenar kerana sudah tiba masanya mereka mengeluarkan zakat emas.
Emas sebagai hantaran atau maskahwin
Bagi duit, sehari saja sudah habis licin. Bagi emas, InsyaAllah akan tahan beberapa keturunan lamanya.
Emas sebagai sumber pelbagai kebaikan
Emas bertambah, harta turut bertambah. Selain daripada zakat, sedekah, wakaf, hadiah dan sebagainya boleh dilakukan oleh orang yang memiliki emas.
‘If you want an alternative currency, check out gold. It has stood the test of thousands of years as a store of value and medium of exchange’ – Paul Singer.
JENIS-JENIS EMAS SIMPANAN
- Emas fizikal dalam bentuk barang kemas dan perhiasan. Biasanya dijual secara meluas di kedai-kedai emas.
- Emas fizikal dalam bentuk gold bar, gold coin dan dinar. Antara jenama yang popular ialah KAB Gold, Public Gold, Palm Suisse, Perth Mint dan lain-lain.
- Emas fizikal yang bertujuan sebagai koleksi kerana design dan nombor siri. Harganya tidak lagi tertakluk kepada harga semasa pasaran emas dunia.
- Emas dalam akaun emas yang patuh Syariah seperti yang ditawarkan oleh bank-bank seperti KFH, Bank Muamalat, Maybank, Bank Ar-Rajhi dan sesetengah syarikat jual beli emas seperti KAB Gold, Public Gold, Hello Gold, Goldina dan sebagainya.
- Emas dalam bentuk Exchange Trade Fund (ETF). Produk sebegini dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Antara produk yang ada di pasaran ialah ETF Gold oleh Affin Bank.
- Emas dalam bentuk saham unit amanah atau precious metal unit trust.
- Emas crypto seperti OneGram.
- Emas dalam bentuk skim cepat kaya emas. Skim-skim ini akan sentiasa ada dan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Antara skim terkenal yang sudah lingkup termasuklah Geneva Gold, Pegasus Bullion, Darul Emas Perak dan sebagainya.
APA UNTUNGNYA SIMPAN EMAS?
Secara asasnya, emas tidak boleh memberi keuntungan yang tetap pada waktu yang tertentu.
Emas fizikal bukanlah seperti pelaburan-pelaburan bersandarkan wang ringgit. Jika harga naik, gram tidak bertambah dengan sendiri.
Jika harga turun, gram juga tidak berkurangan.
Tidak boleh kita nak bandingkan emas dengan apa saja alat kewangan kerana ialah bukanlah perbandingan yang tepat.
Jika kita masih lagi mahu mengira keuntungan dari sudut wang ringgit, emas yang naik harganya sejak sekian lama memang akan menghasilkan untung yang lumayan jika dijual.
Bayangkan harga emas sekarang sekitar RM260 segram. Jika kita pernah membelinya pada harga RM160 suatu ketika dahulu, ia telah menghasilkan keuntungan sebanyak RM100 segram jika dijual.
Untung dengan emas bukan hanya wang ringgit. Hanya orang yang pernah membeli, memiliki dan menyimpan emas saja tahu betapa bertuahnya mereka menyimpan emas.
Jika kita beli barang lain, duit kita akan habis. Tetapi jika kita beli emas, duit kita hanya berubah bentuk saja.
Orang yang biasa menyimpan emas, tabiat buruk suka berbelanja secara boros akan dapat dihilangkan. Dia akan mula membandingkan barang yang hendak dibeli dengan gram emas.
Simpanan emas boleh menolong pemiliknya yang dalam kesusahan. Tanpa emas, otak kita akan mula berfikir untuk berhutang jika siapa duit simpanan.
Harga emas naik dan turun jangka pendek. Tetapi jangka panjang ia tidak akan mengecewakan. Hanya masa saja yang akan menentukan.
Duit walaupun kelihatan banyak pada nombornya tetapi nilainya secara jangka panjang sentiasa menurun.
KELEBIHAN EMAS BERBANDING HARTANAH
Emas mudah dibeli secara sedikit-sedikit dengan gram yang kecil seperti 0.5 atau 1 gram.
Sedangkan rumah dan tanah tidak boleh dibeli secara sedikit demi sedikit.
Emas murah dibeli. Harga segram sekarang kurang dari RM300. Kita juga boleh beli setengah gram sekitar RM150 saja.
Sedangkan rumah, deposit 10% saja sudah berapa puluh ribu ringgit nilainya. Kalau nak beli tanah biasanya mesti secara lump sum.
Emas mudah urusan jual belinya. Prosesnya singkat dan tidak perlu pening dengan karenah dokumentasi dan sebagainya.
Sedangkan kalau kita nak beli rumah atau tanah, macam-macam benda kita nak kena buat. Apply financing, sign S&P, bayar cukai sana, cukai sini. Macam-macam.
Emas mudah dijual. Nak mudah, jual balik kat tempat yang kita beli. Kalau tak rushing, buka saja tawaran kat media sosial macam Facebook, berduyun yang datang nak beli.
Sedangkan hartanah taklah semudah itu kalau nak jual. Boleh jadi makan bulan, boleh jadi makan tahun.
Emas mudah diuruskan. Gold bar yang berat sekilogram tu nilainya sama macam sebuah rumah teres setingkat, tapi boleh letak dalam poket seluar je.
Sedangkan hartanah, dengan maintenance dan sebagainya pun dah cukup buat kita pening.
Emas boleh digadai. Kalau kita nak duit segera, bawa saja emas kita ke mana-mana arrahnu. Serah emas, bawak balik tunai.
Sedangkan hartanah tak boleh digadai di pajak gadai untuk tunai segera.
Emas senang dibawa. Nak pindah negeri lain, atau ke luar negara sekalipun, kita boleh bawa emas kita bersama-sama. Takde masalah.
Sedangkan rumah atau tanah, biasanya kita terpaksa lepaskan atau jual saja kalau kita nak pindah ke tempat baru.
Emas tidak mudah hancur kalau berlaku kebakaran.
Rumah mungkin hancur lebur dan kita rugi beratus ribu ringgit. Tapi emas tetap juga kekal macam tu tak rosak walau sedikit pun.
Emas nilainya di tangan kita. Kita boleh nak paksakan nilainya jadi berapa pun kalau kita nak jual. Tinggal lagi orang setuju atau tak sajalah.
Sedangkan hartanah mesti ikut kadar harga semasa. Tak boleh nak suka hati kita je. Lebih-lebih lagi time terdesak.
Emas senang untuk dipindahmilik. Bertukar tangan je, kira dah selesai.
Sedangkan hartanah nak kena isi borang tu, nak kena isi borang ni. Kalau berlaku kematian lagi haru biru. Haih…
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS BERBANDING TUNAI
Emas adalah wang antarabangsa yang laku di mana saja.
Nak pergi ke negara lain, kita mesti tukar duit kita dengan duit negara tersebut. Sebab duit kita tak laku di negara orang.
Tapi kalau bawa emas, emas diterima di mana-mana negara. Boleh dijual atau digadai di pajak gadai negara tersebut.
Emas tiada tempoh luput.
Belilah emas pada apa zaman sekalipun, jika disahkan tulen, maka ia laku untuk dijual beli.
Mungkin kita pernah membeli emas pada suatu masa dengan harga yang sangat rendah. Tetapi harganya tetap akan dikira harga semasa apabil mahu dijual atau dibeli.
Duit ada expiry date. Jika kerajaan menetapkan bahawa sesetengah wang kertas (sebagai contoh Malaysia pernah menggunakan wang kertas RM2) sudah tidak laku, maka sesiapa yang menyimpan duit tersebut sudah tidak boleh menggunakannnya.
Emas bernilai walaupun patah, bengkok, hancur dan sebagainya.
Emas dikira dengan berat. Jadilah bentuk apa pun – hatta debu sekalipun – jika masih boleh ditimbang maka ia tetap akan mempunyai harga.
Emas 100 gram jika dipotong 2 maka ia akan menjadi 50 gram setiap satu.
Duit usahkan hangus terbakar menjadi debu, terkoyak sedikit pun sudah tidak laku lagi.
Duit RM1 jika dikoyak 2, ia tidak jadi 50 sen setiap satu. Tetapi ia akan jadi 0 sen.
Emas akan menjadi penyelamat di kala berlaku pergolakan politik dan ekonomi.
Bila sesebuah negara tidak stabil, matawangnya sendiri pun tidak boleh digunakan.
Bila ada pergeseran politik, ketidakstabilan ekonomi dan masalah kesihatan global seperti covid, semua orang melepaskan pegangan terhadap aset dan pelaburan lain dan beralih kepada emas.
Sebab itu emas dikenali sebagai safe-heaven investment. Pelaburan yang akan menyelamatkan diri pelabur dari ketidakpastian.
Bila keadaan begitu berlalu, harga emas pasti akan melambung tinggi.
Emas menyimpan nilai.
Nilai emas meningkat jangka panjang. Manakala nilai duit menjunam turun.
Emas yang sama berat boleh membeli barang yang lebih banyak pada masa depan. Sedangkan duit yang sama banyak tidak boleh membeli barang yang sama pun.
Emas boleh menjadi pengimbang yang baik untuk berhadapan dengan kos sara hidup dan kadar inflasi yang makin meningkat.
Kredit: KAB Gold
Diharapkan perkongsian tentang kelebihan menyimpan dan melabur emas ini dapat memberi manfaat kepada anda.