idea jana pemdapatan sampingan tanpa modal
| |

5 Idea Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar kini serta kesan pandemic COVID-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan membuatkan kita terpaksa untuk jana pendapatan sampingan untuk membantu ekonomi keluarga.

Kesibukan dalam menguruskan hal keluarga serta tanggungjawab terhadap pekerjaan sebenar membataskan kita untuk mencari pendapatan sampingan. Namun kini, dengan teknologi yang semakin canggih dan kemudahan internet anda dapat menjana pendapatan sampingan dengan lebih mudah mengikut kesesuaian masa anda. oleh itu, mari saya kongsikan idea jana pendapatan yang menarik.

Tonton video untuk mula jana pendapatan sampingan

5 Idea Jana Pendapatan Sampingan Tanpa Modal

1. Freelancer

jana pendapatan sampingan sebagai freelancer

Kini dengan internet anda boleh berhubung ke serata dunia tanpa perlu keluar dari rumah anda. Di tambah lagi, dengan kes COVID-19 yang menyebabkan perniagaan terpaksa dijalankan dari rumah membuatkan kita sudah terbiasa bekerja dan berinteraksi dari alam maya sahaja.

Sebagai freelancer anda boleh menawarkan perkhidmatan anda kepada mereka yang memerlukan dengan upah yang dipersetujui kedua-dua pihak. Antara perkhidmatan yang anda boleh tawarkan adalah seperti:

  1. Virtual assistant
  2. Data entry
  3. Social media management
  4. Web design
  5. Software programming

Terdapat banyak lagi perkhidmatan yang anda boleh tawarkan selain yang saya senaraikan di atas. Anda boleh mempromosikan perkhidmatan anda melalui Facebook dan Instagram personal anda atau daftar di website freelancer seperti Fiverr, Upwork dan freelancer.com. Ramai yang sudah berjaya sebagai freelancer dan tak mustahil anda juga akan berjaya.

2. Dropship

supplier-dropship-malaysia

Jana pendapatan sampingandengan dropship adalah antara pilihan yang popular di Malaysia kerana anda hanya perlu mempromosikan produk sahaja. Stok dan penghantaran produk akan diuruskan oleh syarikat. Anda hanya perlu fokus dalam aktiviti promosi produk. Sebagai contoh, andaboleh mempromosikan produk melalui akaun sosial media anda seperti Facebook dan Instagram atau melalui mulut ke mulut kepada rakan-rakan sekerja serta jiran tetangga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dropship boleh klik link.

Baca juga: Senarai supplier dropship yang boleh dipercayai

3. Guru Tuisyen

jana pendapatan sebagai guru tuisyen

Menjadi guru tuisyen di hujung minggu atau waktu malam selepas waktu bekerja adalah salah satu cara terbaik untuk anda jana pendapatan tambahan. Anda hanya perlu mengeluarkan sedikit modal untuk pengangkutan atau anda boleh memilih untuk menjadi guru tuisyen melalui online sahaja. Biasanya anda akan dibayar sebanyak RM25-RM40 untuk satu jam mengikut mata pelajaran yang anda ajar.

Baca juga: Buat duit lumayan sebagai guru tuisyen

4. Youtuber

Cara Mudah Jana Pendapatan dari Youtube

Kerjaya sebagai Youtuber semakin popular pada masa kini lebih-lebih lagi bagi generasi muda. Namun, sebenarnya bukanlah mudah untuk menjana pendapatan sampingan dari Youtube kerana anda perlu menghasilkan video yang berkualiti bagi menarik jumlah tontonan yang tinggi. Tetapi jangan risau, ia bukanlah sesuatu yang mustahil, apa yang penting adalah minat dan sifat tidak berputus asa. Anggaran pendapatan Youtuber untuk 1 juta tontonan adalah antara RM1000 ke RM16000 mengikut niche Youtube video anda. Antara Youtuber yang berjaya mendapat jutaan tontonan adalah seperti Che Nom dan Syahmi Sazli

Baca juga: Cara Mudah Buit Duit dengan Youtube

5. Blogger

cara jana pendapatan sampingan dengan blog

Blogger juga mampu menjana pendapatan sampingan namun ia memerlukan sedikit masa bagi menaikkan nama blog anda. Apabila ia sudah mula dikenali anda boleh menjana pendapatan dari pengiklanan google adsense dan juga menyewakan ruang iklan kepada syarikat yang berminat. Anggaran pendapatan adsense bagi 1000 page view adalah antara USD1 ke USD4 mengikut niche dan lokasi blo anda. Selain itu, anda juga boleh mempromosikan produk affiliate dan menjana pendapatan jika ada yang membeli dari link anda.

Baca juga: Senarai affiliate terbaik

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi anda idea untuk anda menjana pendapatan sampingan tanpa memerlukan Modal malah ada juga idea yang boleh dilakukan dari rumah anda sendiri

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *