| |

9 Tips Jana Pendapatan Sebagai Ghostwriter atau Freelance Writer

Sekiranya anda seorang penulis yang berbakat dan berminat untuk menjadikan bidang penulisan sebagai sumber pendapatan anda, anda boleh menceburkan diri sebagai freelance write atau ghostwriter.

 

Walaubagaimanapon, bidang penulisan merupakan bidang yang sangat mencabar dan banyak persaingan. Anda memerlukan strategi yang berkesan bagi memasarkan dan menonjolkan diri anda sebagai freelance writerΒ  atau ghostwriter diluar sana.

Jana Pendapatan Sebagai Ghostwriter atau Freelance Writer

Saya akan kongsikan 9 tips yang anda boleh guna sebagai permulaan kerjaya untukanda menjadi freelance writer atau ghostwriter.

 

Bagaimana untuk menjadi ghostwriter atau freelance writer?

Jana pendapatan sebagai ghostwriter

Saya akan kongsikan beberapa tips untuk anda menjadi ghostwriter/freelance writer.

 

  1. Sediakan portfolio yang menarik

Anda perlu menyediakan portfolia penulisan yang terbaik dari anda. Portfolio yang menarik sangat penting kerana ini akan menjadi first impression bakal pelanggan terhadap kerja anda. Anda perlu pastikan bahawa anda menyediakan penulisan dengan pelbagai gaya dan genre supaya bakal pelanggan anda dapat melihat bahawa anda seorang penulis yang serba boleh.

 

  1. Bina profil media sosial

Antara cara untuk anda memperkenalkan diri anda sebagai freelance writer atau ghostwriter adalah melalui media sosial. Hal ini kerana rakyat Malaysia menghabiskan sebahagian besar masa mereka melayari media sosial. Dengan menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram atau TikTok dapat membuatkan anda lebih dikenali dan mudah untuk dihubungi.

 

  1. Sentiasa peka dengan perkembangan terkini

Anda perlulah sentiasa peka dengan perkembangan terkini, lebih-lebih lagi dalam bidang penulisan. Anda perlu pastikan hasil penulisan anda sentiasa up to date. Pelanggan anda akan lebih teruja sekiranya anda peka dengan perkembangan semasa. Hal ini menunjukkan anda benar-benar komited dan sangat serius dengan kerja anda.

 

  1. Meletakkan Harga yang Berpatutan

Meletakkan harga mungkin menjadi masalah besar bagi seorang penulis. Hal ini kerana bahagian penulisan tiada modal atau bahan mentah untuk dijadikan kayu ukur. Anda tidak boleh terlalu memandang rendah terhadap kerja andadan dalam masa yang sama anda juga tidak boleh over caj perkhidmatan anda. Anda boleh buat sedikit kajian berkaitan harga yang dicaj oleh freelance writer yang lain bagi megelakkan anda terkurang atau terlebih caj perkhidmatan anda.

 

  1. Respon Dengan Pantas dan Proffesional

Sebaagai freelance writer anda perlu menjadi sangat responsif apabila ada bakal pelanggan yang menghubungi anda. Peluang untuk anda mendapat tempahan apabila ada respon dengan cepat adalah sangat tinggi. Seperti yang saya katakan sebelum ini, bidang penulisan merupakan bidang yang sangat kompetitif. Anda pasti tidak mahu hilang pelanggan hanya kerana lambat respon, kan?

 

  1. Website atau blog

Untuk menjadi freelance writer atau ghostwriter yang berjaya anda perlu membina sebuah laman web atau blog bagi memperkenalkan diri anda dan hasil kerja anda. Melalui laman web atau blog anda boleh berkongsi tentang perkhidmatan anda dan memudahkan bakal pelanggan untuk mencari anda melalui carian Google.Ini membolehkan anda bukan sahaja bakal mendapat pelanggan dari dalam Malaysia, tetapi anda juga berpeluang untuk mendapat pelanggan dari luar negara.

 

  1. Mendaftar di Freelancer platform

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa platform yang menawarkan perkhidmatan freelancer. Freelancer dari pelbagai bidang dan di seluruh dunia berkumpul di platform tersebut. Ini memudahkan bakal pelanggan yang memerlukan perkhidmatan freelancer boleh terus ke platform tersebut.

 

Antara platform yang terkenal adalah Fiverr, Upwork dan Freelancer. Anda wajib mendaftar di platform-platform ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan. Namun suka untuk saya ingatkan bahawa persaingan di platform-platform tersebut sangat tinggi. Anda perlu sediakan portfolio yang terbaik untuk menarik minat pelanggan anda.

Baca Juga: Senarai Platform untuk Freelancer

 

  1. Bermotivasi tinggi dan bersabar

Anda perlu sedar bahaya kerjaya sebagai freelance writer juga bermakna anda sedang melakukan bisnes. Kerjaya anda kini adalah bisnes. Dalam bisnes pastinya ada fasa turun dan naik. Anda perlu sentiasa bersedia dan bermotivasi tinggi untuk menghadapi segala kemungkinan. Bukan saya nak takut-takutkan anda, tapi ini adalah kenyataannya.

Ada masa mungkin anda mendapat banyak tempahan, tetapi ada masa mungkin anda tiada tempahan. Anda perlu sentiasa bersabar dan mencari cara untuk memasarkan diri anda. Jangan sesekali berputus asa!

 

  1. Join group komuniti freelance writer

Semua bidang memerlukan networking. Begitu juga dalam bidang penulisan. Anda boleh join group komuniti freelance writer untuk bertukar-tukar idea dan mungkin juga ada peluang untuk berkolaborasi dan bekerjasama. Group komuniti ini juga membolehkan anda sentiasa update dengan perkembangan terkini.

 

Kesimpulan

Jana pendapatan sebagai freelance writer

Akhir kata, sekiranya anda betul-betul berminat untuk menjadi freelance writer, anda harus mulakan sekarang. Gunakan semua tips yang telah saya kongsikan diatas. Asalkan anda betul-betul minat dan berdedikasi tinggi pastinya anda boleh Jana Pendapatan Sebagai Ghostwriter atau Freelance Writer yang berjaya.

 

Baca Juga:

1. Siapa Sultan Pemurah

2. Cara Menulis Copywriting yang Bagus

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *