|

7 Platform Untuk Jana Pendapatan Sebagai Freelancer

7 Platform Untuk Jana Pendapatan Sebagai Freelancer | Terdapat banyak tempat di mana freelancer boleh mencari kerja. Terdapat banyak laman web khusus untuk freelancer menawarkan perkhidmatan mereka kepada yang berminat.

 

Terdapat beberapa (seperti yang dibincangkan di bawah) website yang anda boleh mempromosikan semua jenis perkhidmatan freelance anda atau terdapat website yang fokus kepada satu industri sahaja.

 

Buat kajian dan tentukan jenis platform yang terbaik untuk perkhidmatan anda dan mendapat pelanggan yang berkualiti.

 

Pastikan anda memilih platform yang mempunyai ramai sasaran pelanggan anda berkumpul.

 

Anda perlu ingat bahawa masa yang dihabiskan untuk mencari kerja adalah masa yang lebih baik dihabiskan untuk bekerja.

 

Sebaik sahaja anda sudah mempunyai strategi yang baik untuk mencari kerja; anda harus meneruskannya. Tetapi, jika ia terlalu memakan masa dan tidak menghasilkan hasil yang optimum, cuba kaedah lain.

 

Profil

 

Sebelum saya menyenaraikan beberapa lokasi untuk mencari kerja freelance, adalah penting untuk menyiapkan profil anda.

 

Semua platform ini mewajibkan anda untuk menyediakan profil. Profil seperti resume mengandungi nama, kemahiran, kelayakan, dan lain-lain. Adalah penting untuk anda mengisi profil ini dengan sebaik mungkin kerana orofil yang tidak lengkap kelihatan tidak profesional dan berkemungkinan akan kehilangan peluang untuk mendapat kerja freelance.

7 Platform Untuk Jana Pendapatan Sebagai Freelancer

 

 

1. Upwork

Platform untuk freelancer

Pada platform Upwork, pelanggan akan menyiarkan senarai kerja, yang mengandungi butiran projek yang ingin mereka tawarkan pada freelancer.

 

Freelancer kemudian akan membida dan mengemukakan cadangan dan memperincikan tugasan tersebut kerana mereka ingin menjadi calon yang terbaik untuk tugasan itu.

 

Pelanggan kemudiannya akan memilih freelancer terbaik bagi mereka untuk menyiapkan tugasan tersebut.

 

Platform seperti ini adalah cara yang paling kerap digunakan untuk mencari kerja freelance kerana ia lebih mudah diakses, sistematik dan boleh dipercayai.

 

Faedah platform seperti Upwork adalah

kedua-dua pelanggan dan freelance terikat pada syarat yang ditetapkan oleh platform. Platform yang menguruskan pembayaran daripada pelanggan kepada freelancer setelah kedua-dua pengguna mengesahkan yang tugasan telah siap.

Platform memastikan yang tugasan sudah dihantar, dan pembayaran sudah diterima.

 

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan pada platform ini. Yang pertama ialah itu , platform sering mengambil peratusan pembayaran untuk pengurusan website dan peratusan ini mungkin boleh bertambah dari masa ke semasa. Ini bermakna anda mendapat bayaran kurang daripada yang sepatutnya.

 

Isu lain ialah laman web sedemikian menggalakkan persaingan harga. Ini membuatkan freelancer sering menurunkan harga mereka bagi mendapatkan kerja freelance tersebut dan ini sekaligus memaksa orang lain untuk menurunkan harga mereka juga. Pada platform seperti Upwork, kebanyakan pelanggan, lebih berminat untuk memilih freelancer yang murah.

 

Terdapat kelemahan dan kebaikan pada website seperti Upwork maka terpulang keoada anda untuk menggunakannya namun ia memang tempat yang bagus untuk mancari kerja freelance jika anda baru ingin bermula.

 

2. Freelancer

Platform Jana pendapatan sebagai freelancer

Freelancer ialah website seperti Upwork. Platform ini juga tersedia untuk freelancer dan pelanggan untuk semua jenis perkhidmatan.

Melalui website Freelancer, pelanggan boleh melihat portfolio anda sebelum menerima anda sebagai freelancer mereka.

 

Platform jenis ini juga menampilkan ciri build in chat untuk memudahkan berinteraksi dengan pihak lain di platform. Ini membolehkan pelanggan Dan freelancer berbual serta mengemaskini projek di platform tanpa menggunakan platform lain

 

Namun kelemahan website seperti ini adalah persaingan antara freelancer yang menyebabkan persaingan harga sekaligus mengurangkan bayaran anda kerana terpaksa menurunkan harga juga.

 

3. Fiverr

Platform untuk freelancer

Fiverr ialah pilihan lain untuk platform bagi freelancer. Namun kebiasaanya menjurus kepada perkhidmatan yang lebih kecil. Tetapi Fiverr membenarkan freelancer untuk menyiarkan perkhidmatan mereka.

 

Pelanggan yang akan mencari mencari perkhidmatan yang mereka inginkan dan memilih freelancer yang mereka berminat untuk bekerjasama.

 

Ini adalah perkara yang bagus, terutamanya jika perkhidmatan yang anda tawarkan adalah unik.

 

Di Fiverr anda yang menetapkan harga untuk perkhidmatan anda dan pelanggan sudah mengetahui harga anda sebelum menghubungi anda.

 

Sudah tentu masih ada persaingan, tetapi anda mempunyai kawalan yang lebih terhadap bayaran bagi perkhidmatan anda.

 

4. Guru

 

Guru ialah website freelance yang memfokuskan kepada freelancer yang lebih pakar dan pelanggan yang lebih besar (seperti syarikat korporat) dalam industri mereka.

 

Ia juga mempunyai sistem pembayaran yang berbeza. Kebanyakan website mengambil bayaran daripada pelanggan dan menahannya sehingga tugasan disahkan selesai sebelum membayarnya kepada freelancer. Namun, Guru berbeza kerana bukan sahaja cara bayaran seperti website lain malah ia juga menawarkan sistem pembayaran yang lain seperti kadar setiap jam (menggunakan perisian penjejakan masa) serta progress payment untuk projek jangka panjang.

 

5. Toptal

 

Toptal dinamakan untuk frasa “top talent” bertujuan untuk mengumpul freelancer yang yang pakar dalam bidang masing-masing di satu platform.

 

Sebelum anda mula menggunakan platform Toptal terdapat proses tapisan yang merangkumi pengesahan pengalaman, serta temu duga.

 

Berada di platform yang bereputasi seperti Toptal adalah cara terbaik untuk menarik yang pelanggan yang boleh dipercayai Dan mampu menawarkan bayaran yang lebih tinggi. Ini akan mengukuhkan imej anda sebagai freelancer yang berkualiti tinggi.

 

6. iFreelance

 

Sebagai alternatif, iFreelance ialah website untuk freelancer berdasarkan keahlian (subscription).

 

Website ini tidak mengambil sebahagian bayaran anda namun anda harus membayar yuran bulanan jika ingin menggunakan website ini. Ia berbaloi jika anda mendapatkan tugasan yang banyak atau bayaran yang tinggi.

 

Namun jika anda tidak mendapat sebarang kerja freelance atau hanya kuantiti yang sangat sedikit, platform ini adalah tidak berbaloi untuk anda kerana tetap harus membayar yuran keahlian.

 

7. LinkedIn

 

LinkedIn ialah website yang menjadi pengumpulan golongan profesional. Ramai orang menawarkan Dan mencari perkerjaan melalui website in.

 

LinkedIn menawarkan banyak peluang bagi anda sebagai freelancer. Isikan profil anda dan pamerkan perkerjaan anda serta kemas kini tentang projek Dan perniagaan freelance anda supaya diketahui ramai.

 

Oleh itu orang yang mencari freelancer untuk perkhidmatan yang anda tawarkan akan menghubungi anda.

 

Pada asasnya, jangan abaikan LinkedIn (atau platform media sosial lain seperti Facebook dan Instagram).

 

Walaupun ia mengambil masa untuk mempunyai imej yang kukuh di sosial media namun anda harus teruskan kerana anda tidak pernah tahu apa peluang yang bakal anda perolehi daripadanya.

 

Ia adalah pelaburan masa untuk menarik ramai pelanggan dan menambah nilai dalam perniagaan freelance anda.

 

 

Pitching

Jana pendapatan sebagai freelancer

Kaedah lain untuk mencari kerja freelance adalah dengan cara menghubungi seseorang atau organisasi dan menawarkan perkhidmatan anda kepada mereka.

 

Apabila melakukan pitching, anda harus memperibadikan e-mel khas untuk orang yang anda hubungi, dan apa yang lebih penting, pastikan anda menghubungi orang yang betul.

 

Anda harus memastikan bahawa anda melakukan penyelidikan terhadap syarikat atau individu yang anda ingin hubungi dan memastikan bahawa anda menawarkan mereka sesuatu yang tidak dapat ditolak.

 

Bahagian yang paling penting dalam pitching adalah untuk memastikan bahawa pitch anda bagus.

 

Selalunya, syarikat menerima banyak email promosi dan tawaran dari freelancer jadi anda perlu menonjol daripada yang lain dengan menawarkan perkhidmatan yang baik serta penambahbaikan untuk kerja freelance itu.

 

Kesimpulan

Terdapat pelbagai platform untuk anda mempromosikan perkhidmatan freelance anda. Cuba ke semuanya terlebih dahulu sebelum anda menjumpai platform terbaik untuk anda.

 

Selamat Mencuba

 

 

Baca Juga:

 

Perkara asas anda perlu tahu sebelum menjadi freelancer

 

Jana pendapatan sebagai guru tuisyen

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *