Belajar Main Saham
|

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Belajar Main Saham

Belajar Main Saham

Kita biasa dengar tentang saham. Saham sudah lama menjadi salah satu ‘ pelaburan ‘ yang mampu membina kekayaan tanpa perlu kita memiliki syarikat sendiri. Adakah perlu untuk kita Belajar Bermain Saham memandangkan sudah ramai yang berjaya membina kekayaan dengan Bermain Saham ? Sebelum apa -apa keputusan kita buat kenali dahulu apa itu saham dan selok belok saham yang penting sebelum kita nak memulakan Pelaburan Saham

Belajar Main Saham

Apa Itu Saham

Walaupun saham adalah sejenis pelaburan tetapi ia tidak sama dengan pelaburan seperti forex, crypto dan lain-lain. Saham adalah pelaburan yang mendapat keuntungan dari transaksi atau keuntungan sesuatu syarikat. Bermain Saham menjadikan kita sebagai salah seorang pemilik syraikat iaitu sebagai pelabur kepada sesuaitu syarikat. Kita boleh memiliki syarikat dan perniagaan tanpa perlu menyewa kedai atau bermula dari bawah.

Saham adalah sebahagian modal dalam sesuatu perniagaan. Jadi anda boleh memiliki perniagaan tanpa perlu bermula dari bawah atau menyewa kedai fizikal dan sebagainya. Pemegang saham adalah sebahagian dari pemilik perniagaan dan berkongsi keuntungan serta kejayaan sesuatu perniagaan tersebut. Prestasi perniagaanΒ  boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham.

 

Jenis PelaburanΒ  Saham

Sebelum anda nak mula Belajar Cara Melabur Saham kenali dahulu Jenis Pelaburan Saham. Ada 2 bentuk saham yang didaggangkan di Bursa Saham

Β  Β  Β A. Saham Biasa

Saham biasa adalah saham ekuiti iaitu modal risiko syarikat . Pemengang Saham mempunyai hak pemilikan seperti berkongsi keuntungan, mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah.Β  Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya. Saham biasa lazimnya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain. Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa adalah selepas semua liabiliti lain dalam syarikat.

Β  Β  Β B. Saham keutamaan

Saham ini memberi hak bagi dividen (biasanya tetap) yang berada pada kedudukan pembayaran sebelum pemegang saham. Saham keutamaan lebih digemari juga apabila berkaitan dengan pembahagian aset setelah pembubaran syarikat. Saham keutamaan umumnya tidak memberi hak mengundi,tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertetu

Kelebihan Saham

Kelebihan Pelaburan Saham

Apa manfaat yang anda boleh dapat dari Pelaburan Saham :

  1. Memiliki Syarikat tanpa perlu membina dari bawah , Anda boleh jadi bos pada diri anda sendiri dan atur pelaburan anda dengan bijak.
  2. Mudah dicairkan. Anda boleh menjual saham anda pada bila-bila masa.
  3. Keuntungan yang tiada had mengikut jumlah pelaburan anda dan jenis pelaburan yang anda buat
  4. Patuh Syariah dan tiada penindasan pada mana-mana pihak
  5. Boleh dibuat secara sambilan atau sepenuh masa.

 

Anda boleh lihat bagaimana Pelaburan Saham ini sebenarnya menjadikan anda memiliki syarikat dan perniagaan tanpa perlu memiliki permis, simpan stock atau peneyelidikan produk dan pemasaran. Anda boleh jadi seorang peniaga tanpa perlu bermula seperti orang lain dan memiliki syarikat yang sudah stabil iaitu yang ada di bursa Saham. Walaupun tidak memerlukan modal yang besar untuk membina sesuatu syarikat besar tetapi anda masih perlukan modal untuk pelaburan dan paling penting untuk Belajar Kemahiran Bermain Saham.

Belajar Main Saham

Lengkapkan diri anda dengan ilmu saham supaya anda bijak Melabur dan mengurangkan risiko. Mengetahui selok belok saham , ilmu asas dan parktikal saham amat penting untuk anda tahu bagaimana untuk memilih Pelaburan saham dan juga strategi untuk mendapat keuntungan besar.

Apa sahaja yang kita buat dengan ilmu, insyallah akan lebih baik hasilnya berbanding dengan hanya dilakukan secara redah sahaja. Dalam perniagaan atau yang berkaitan dengan mengeluarkan modal kita perlukan jalan yang boleh mengurangkan risiko kita. Belajar adalah 1 cara untuk kita dapatkan ilmu terutama jika belajar dari mereka yang telah berjaya dan berpengalaman. Pengalaman juga 1 benda yang berharga kerana tidak semua orang dapat pengalaman yang telah dilalui orang lain dapat. Tapi dalam Pelaburan Saham jika kita nak cari pengalaman sendiri pasti banyak masa yang terkorban dan modal yang hangus.

 

Smart Sham ada menyediakan Panduan Belajar Bermain Saham dan anda boleh bermula mengikut level anda. Anda boleh dapat Kemahiran Pelaburan Saham dari yang telah berjaya dan berpengalaman tanpa perlu anda try n error dan membuat banyak kesilapan dalam mencuba. Maklumat lanjut boleh Lihat Panduan Melabur Saham

Selamat Maju Jaya.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *