Cara Memaksimakan Potensi Blog
Cara Memaksimakan Potensi Blog | Kita telah lihat sekilas bagaimana kuasa blogging boleh digunakan untuk membuat urusniaga wang yang amat luas di Internet. Mari kita lihat sekarang aspek-aspek ini secara terperinci.
Mengapa blogging sangat-sangat popular?
Blog mudah dibina dan anda tidak perlu cari jauh-jauh bagaimana untuk membina blog. Semua sumber yang anda perlukan telah sedia ada di Internet sendiri. Jika anda ada akaun Google, anda dengan mudahnya boleh membuat blog melalui http://blogger.com dan walaupun anda tiada akaun Google, anda boleh buat akaun dalam sejurus waktu sahaja.
Sebaik sahaja anda berada di blogger.com, semua yang anda perlu buat untuk membina blog anda telah dipamerkan dengan baik di depan anda. Anda cuma perlu ikut sedikit arahan dan blog anda akan berfungsi.
Jadi ia mudah sahaja untuk dibina. Blogger memang hebat, dan jika anda mencari kepelbagaian, anda boleh guna http://wordpress.com. Blog WordPress lebih sukar dibina dan diuruskan berbanding blog Blogger, tetapi ia pasti bukannya sesuatu yang anda tidak mampu tangani.
Untuk membuat duit melalui blog yang bersubjekkan minat anda, inilah lima tip yang anda mesti betul-betul ikuti:-
- Ikut naluri anda tentang apa yang hendak diblogkan. Jangan gunakan kata basi. Tulis topik yang anda rasa berpengaruh dan anda pasti akan mendapat respon yang menggalakkan.
- Sentiasa pilih topik yang agak dipersoalkan atau juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang komen tentang apa yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog anda dapat dan ia akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti anda dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian juga.
- Terus kemaskini blog anda. Anda mesti buat sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu.
- Gunakan kaedah seperti RSS feed supaya orang tahu setiap kali ada kemasukan artikel baru di blog anda dan mereka akan datang secara automatik.
- Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah.
Baca Juga:
Disclaimer: ini adalah PLR artikel yang telah diolah oleh saya