senarai affliate di malaysia
|

Senarai Affiliate di Malaysia Yang Bagus Untuk Jana Income

Senarai Affiliate di Malaysia Yang Bagus Untuk Jana Income | Mahu jana income pendapatan secara online tapi masih belum jumpa cara yang sesuai? Jom jana income dengan kaedah ‘AFFLIATE’. Tidak tahu apa itu affliate? Mungkin sudah selalu dengar perkataan ini tapi tidak tahu apakah program affliate yang terbaik? Di sini akan saya kongsikan senarai affliate di Malaysia yang bagus untuk kita sama-sama jana pendapatan secara online. Β 

Teruskan pembacaan supaya Anda dapat manfaat darinya.Β 

senarai affliate di malaysia
senarai affliate di malaysia

Apa Itu Affliate?

Buat duit online dengan sistem affiliate sudah lama wujud. Affiliate Marketing adalah suatu jenis program pemasaran atau bisnis di mana seseorang akan mendapat sejumlah komisen. Komisen diperolehi hasil membuat iklan sehingga berlakunya sesuatu transaksi pembelian dari mana-mana pembeli. Dalam erti kata lain, affliate merupakan seorang marketer (pengiklan) yang akan mebuat pengiklanan bagi mendapatkan komisen dari setiap penjualan yang berlaku.

Affiliate sangat unik kerana ia berkait dengan ‘link url’ yang anda sediakan dan di link tersebut terdapat nama akaun anda sendiri. Dari link itulah, syarikat yang menawarkan program affliate ini dapat mengumpul maklumat jualan yang berlaku hasil dari pengiklanan yang anda buat menggunakan link tersebut.

Selalunya produk untuk affliate ini adalah untuk produk kegunaan harian. Akan tetapi ada juga produk-produk untuk affiliate ini adalah dalam bentuk digital seperti ebook, video panduan, software dan seminar.

ssenarai affliate di malaysia
ssenarai affliate di malaysia

Kelebihan Affiliate :Β  Antara Sebab Kenapa Bagus Untuk Dilakukan

1. Pulangan Lumayan

Bagi pendapat peribadi saya sendiri, kalau kita buat affiliate ini dengan cara yang betul dan melakukannya dengan serius, ianya sangat berbaloi kerana dapat membantu memberikan income yang agak lumayan. Boleh cecah ribu ringgit sebulan malah lebih dari itu jika benar-benar dibuat secara konsisten!

2. Modal Rendah / Pendaftaran Percuma

Salah satu kebaikan affiliate ialah kebiasaannya ia tidak memerlukan sebarang modal untuk menyertai program affiliate tersebut.

3. Masa Bekerja Adalah Bebas (Partime)

Untuk program affliate ini, tidak perlu ikut masa bekerja tertentu sebaliknya anda boleh tentukan sendiri masa bekerja masing-masing. Surirumah turut dialukan dan tak perlu terkejar waktu malah boleh dilakukan secara sambilan sambil menjaga anak-anak di rumah juga.

4. Sangat Mudah

Selalunya untuk program affliate ini, latihan dan arahan akan diberikan untuk memudahkan lagi urusan anda untuk melakukannya dengan berkesan. Kalau korang tengah cari platform affiliate di Malaysia yang boleh dipercayai, baca artikel ini sehingga habis.

 

senarai affliate di malaysia
senarai affliate di malaysia

 

Senarai Affiliate di Malaysia Yang Bagus Ada Banyak

Berminat dengan program affiliate dan tidak sabar nak mencubanya? Anda nak mula beraffiliate? Ketahui senarai program affiliate di Malaysia yang terbaik.

Di bawah ini ada senarai program affilaite terbaik di MalaysiaProgram affiliate terbaik di Malaysia. Ada banyak. Pasti ada yang bersesuaian dengan minat anda. Dan pastikan apabila anda menyertai mana-mana program affiliate, sila baca terma dan syarat yang diberikan supaya anda tidak melanggar peraturan yang sedia ada.Β 

  1. Shopee AffiliateΒ 

Saya yakin hampir sebahagian besar rakyat Malaysia sangat familiar dengan Shopee. Ianya platform membeli belah atas talian dan selalu menjalankan kempen-kempen jualan murah dengan memberikan diskaun menarik , pulangan wang (cashback), penghantaran percuma dan banyak lagi.Β 

Anda tahu tak, yang Shopee juga membuka peluang kepada mereka yang layak untuk menyertai program affiliate mereka. Cara nak buat affliate Shopee tidaklah terlalu rumit. Syarat yang dikenakan ialah setiap ahli affiliate perlu mempunyai sekurangt-kurangnya 1000 followers di akaun Instagram masing-masing. Program affliate Shopee antara yang sering mendapat sambutan.Β 

Melalui sistem Shopee Affiliate, setiap pemegang akaun akan diberikan unique link untuk setiap produk di Shopee dan hanya perlukan membuat promosi link tersebut di mana-mana media sosial anda dan setiap pembelian yang berjaya, anda akan menerima komisyen antara 0.50% – 3.50% bagi sesuatu produk.

Nak mendaftar Shopee Affilate, klik link: https://affiliate.shopee.com.my/

 

  1. Involve Asia Publisher

Involve Asia merupakan antara platform affiliate terbesar di Asia. Bayangkan di dalam Involve Asia ni, ada banyak syarikat bernaung di bawahnya yang membolehkan anda memilih produk atau jenama apa yang anda nak promosikan.

Kalau anda tidak berjaya dengan Shopee Affiliate, anda jangan risau sangat kerana kalau anda mendaftar affiliate di Involve Asia, anda boleh membuat affiliate untuk Shopee juga.

Untuk bacaan yang lebih luas, boleh klik Involve Asia Top Affiliate : https://involve.asia/top-affiliate-programs/

Dan untuk mendaftar Involve Asia affiliate , klik : https://app.involve.asia/

 

  1. Lazada Affiliate

Kalau Shopee ada sistem affiliate, Lazada juga tidak ketinggalan dengan sistem affiliatenya. Cara affliate Lazada hampir sama dengan cara nak buat affliate Shopee.Β 

Anda boleh mendaftar Lazada Affiliate di laman web Lazada sendiri, namun kalau anda dah daftar di Involve Asia dan malas nak buka banyak sangat akaun affiliate, memadai dengan Involve Asia sahaja. Saya nak kongsikan juga, bayaran komisyen Lazada affiliate adalah diberikan sedikit tinggi komisyen sehingga 10% berbanding jika anda menggunakan link affiliate Lazada melalui Involve Asia.

Jadi, saya sarankan anda untuk daftar dan promosikan link Lazada affiliate secara direct menggunakan akaun Lazada Affiliate.

Β Boleh klik di sini : Lazada AffiliateΒ Β 

 

  1. Zalora Affiliate

Kalau anda penggemar fesyen, dan selalu membeli belah di Zalora, saya sarankan anda daftar terus program Zalora Affiliate.

Bayangkan anda beli jam atau beg, lepas tu anda kongsi di media sosial anda, dan mungkin ada rakan-rakan yang bertanya tentang produk tersebut, dengan mendaftar sebagai ahli affiliate di Zalora, anda berilah link affiliate produk tersebut dengan mereka.

Untung-untung kalau mereka membeli menggunakan link yang anda berikan, kaching! Duit komisyen masuk ke poket anda. Seronokkan?

Untuk Zalora, komisyen telah ditetapkan sebanyak 6% untuk pelanggan yang baru mendaftar dan 4% untuk pelanggan sedia ada yang membeli produk di Zalora menggunakan link affiliate anda.

Klik Link Daftar Zalora Affiliate : https://www.zalora.com.my/partner/

 


  1. HotelsCombined AffiliateΒ 

Satu lagi program affiliate yang saya rasa menarik ialah HotelsCombined. Kalau kaki travel, atau anda mempunyai blog berkaitan panduan melancong, dan suka membuat review penginapan / hotel , makaΒ  anda perlu ambil peluang untuk menggunakan link HotelsCombined affiliate dalam menjana pendapatan blog anda.

Ianya tidak semestinya melalui blog, boleh saja meletakkan link affiliate di media sosial anda yang lain.

Berminat untuk mengikuti program HotelsCombined Affiliate, klik : Β https://affiliates.kayak.com/

 

  1. Book Cafe (Bconline) Affiliate

Kalau anda pula sukakan buku dan berminat untuk membuat affiliate berkaitan buku, ada beberapa laman web yang menyediakan affiliate untuk anda membuat promosi buku.

Salah satunya ialah program Book Cafe affiliate. Cara pendaftaran sangat mudah, hanya perlu ke link yang disediakan: https://bookcafe.com.my/affiliate-dropship/

 

  1. Tudung Si Comel Affiliate

Tudung Si Comel merupakan laman web yang memfokuskan penjual tudung untuk anak-anak, namun ianya sudah berkembang menjual beberapa produk lain seiring dengan keperluan pasaran.

Setiap penjualan sehelai tudung, komisyen sehingga 20%. Agak lumayan juga kalau anda rajin mempromosikan link tudung si comel affiliate kan.

Nak terjah laman web ? klik laman web Tudung Si Comel

Nak join affiliate? Klik Tudung Si Comel affiliate

 

  1. Klikjer Affiliate

Klikjer adalah antara affiliate di Malaysia yang terkenal dan memberikan pulangan pendapatan yang tinggi iaitu sehingga 50% daripada jumlah pembelian.

Tidak seperti affiliate yang lain lebih kepada mempromosikan barangan nyata, klikjer merupakan lubuk untuk mempromosikan e-buku (ebook) terbitan Klikjer. Dan satu lagi, anda boleh cashout duit anda apabila mencecah serendah RM30.

Banyak pilihan e-buku yang boleh anda promosikan, dan yang pasti ada beberapa e-buku sangat terkenal seperti e-buku RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH. Kebaikan Klikjer affiliate ialah mempunyai sistem tracking yang canggih. Cookies yang mengandungi id anda akan ditanamkan di dalam komputer pembeli apabila mereka klik pada link affiliate anda.

Cookies ini tidak akan luput buat selama-lamanya (kecuali dipadamkan oleh pemilik komputer). Apabila pembeli membuat belian (mungkin seminggu, sebulan atau setahun selepas itu), sistem Klikjer akan mengesan semula id affiliate anda yang terdapat pada cookies tersebut dan seterusnya, mengkreditkan jualan itu sebagai jualan anda.

Nak daftar Klikjer affiliate? Daftar sini: https://klikjer.com/affiliate.html

 

Tips Untuk Mempromosikan Link Affiliate Dengan BerkesanΒ 

Baiklah, anda semua dah tahu 8 senarai affiliate di Malaysia, dan sudah mendaftar dengan beberapa affiliate pilihan anda.Β 

Sekarang masanya untuk anda mempromosikan link affiliate anda agar anda boleh menjana pendapatan.

Ada beberapa cara untuk mempromosikan link affiliate , iaitu :

 

  1. Promosi link affiliate di blog

Kalau anda ada blog, dan contohnya anda menulis berkaitan hal harijadi anak anda, maka selitlah link affiliate anda pada produk-produk yang anda beli dan guna untuk menyambut hari jadi anak anda seperti hiasan kek harijadi yang anda beli online, belon harijadi yang anda tempah, baju baru anak yang dibeli khas sempena meraikan harijadinya, dan banyak lagi.

 

  1. Promosi link affiliate di media sosial seperti Facebook dan Twitter

Link-link affiliate juga boleh dikongsi di media sosial seperti di Facebook dan Twitter. Bila anda kongsikan live link affiliate anda, pembaca media sosial anda boleh tekan link affiliate dan akan dibawa ke pautan produk berkenaan.

Kalau di Instagram pula, kalau anda mempunyai 10,000 followers dan ke atas, maka anda boleh buat swipe up link di IG Story anda.Β 

Boleh juga mempromosikan link affiliate di akaun Youtube dan TikTok anda.

 

  1. Promosi link affiliate di status dan group WhatsappΒ 

Promosi link affiliate di status dan group Whatsapp ini pun boleh digunakan juga, namun untuk group Whatsapp, silalah ikut peraturan group tersebut. Ada group yang tidak membenarkan sesiapa untuk membuat iklan di dalamnya.

Untuk status Whatsapp pula, rajin-rajinlah meng-update status dengan link-link affiliate, lagi bagus letak link yang ada promosi jualan murah atau diskaun gempak kerana ramai yang suka bila part diskaun hebat kan!

 

  1. Promosi link affiliate di Telegram

Bagi yang rajin, boleh membina channel Telegram sendiri dan meletakkan gambar yang bersesuaikan dengan link affiliate anda.

Kemudian anda kenalah rajin untuk mempromosikan channel Telegram anda untuk mendapatkan subscriber.

Ramai subscriber, maka keberangkalian pendapatan affiliate anda pun boleh meningkat. Ini semua adalah terpulang kepada kreativiti anda bagaimana untuk menyebarkan akaun Telegram anda.

 

Tips Daftar Untuk Senarai Affiliate di Malaysia Bagi Menjana PendapatanΒ 

Cari affiliate yang memberikan pendaftaran percuma. Kalau pendaftaran kena bayar, lupakanlah saja untuk mendaftar melainkan anda yakin dengan laman web tersebut. Medium lain mudah lulus pendaftaran affiliate ialah anda mempunyai blog yang aktif, atau memilik akaun media sosial aktif dengan pengikut yang ramai.

Ada sesetengah affiliate meletakkan syarat bagi pendaftar untuk memiliki sekurang-kurangnya sejumlah follower seperti Shopee Affiliate dengan minimum 1,000 followers di Instagram

Daftar affiliate yang membolehkan anda cashout pendapatan pada sejumlah amaun yang rendah seperti Klikjer serendah RM30, Shopee tiada minimum amaun ditetapkan, Involve Asia (kalau tidak silap) serendah RM80.

Banyakkan mencari maklumat melalui perkongsian mereka yang pernah mengikuti sistem affiliate tersebut, dan ambil tahu jangka masa pembayaran yang ditetapkan, contohnya Shopee affiliate meletakkan sekitar 60 hari untuk membuat pembayaran kepada ahli affiliate mereka.

 

Jangan Jadi Orang Tengah, Itu Tidak Baik! Tapi Bukan Untuk Ejen Affliate

Walaupun affiliate ini bermaksud seperti menjadi seorang ‘Agen pemasaran atau selaku orang tengah yang membantu untuk memperomosikan produk pihak lain’ tetapi ia bukannya dengan niat yang tidak baik.

Menjadi seorang agen affliate secara tidak langsung dapat membantu orang lain untuk mengetahui info tentang sesuatu produk yang sedang dijual murah atau sebagainya juga. Dengan program affliate ini juga, orang ramai dapat membuat pembelian untuk produk yang mereka sukai bersama info sebelum membuat apa-apa keputusan pembelian. Jika masih kurang arif, boleh cari info tambahan bersama contoh iklan Affliate dari Google Search.

 

Senarai Affiliate di Malaysia Sedang Menanti, Jom Daftar, Jom Niaga Affliate!Β 

Baiklah, saya harap perkongsian berkenaan dengan 8 senarai affiliate di Malaysia yang boleh menjana pendapatan secara online memberikan manfaat untuk anda semua.

Ketika ini di waktu Covid-19 menyerang dan kita berada dalam keadaan PKP, sangat sesuai untuk menyertai program affiliate yang berkaitan dengan pembelian atas talian kerana saat ini orang ramai lebih memilih membeli secara atas talian berbanding keluar membeli di pasaraya.Β 

Ambillah peluang menambah pendapatan sampingan dengan program-program affiliate di Malaysia. Dengan mengetahui senarai program affiliate di Malaysia ini untuk tahun 2021/2022 ini, anda sudah boleh menjana pendapatan dari rumah dan secara online dengan jayanya.

InshaAllah.Β 

 

Artikel menarik lain :

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *