3 Jenis Pelaburan Popular & Selamat
3 Jenis Pelaburan Popular Dan Selamat
Ada banyak jenis pelaburan yang ada sekarang. Hari ini saya nak kongsikan Jenis Pelaburan Popular Dan Selamat untuk anda ceburi dan melabur. Pelaburan yang popular bermaksud ia adalah yang disukai kerana keuntungan yang diberikan. Pelaburan Yang Serlamat adalah yang rendah risiko dan kerugian pada anda.
Ramai orang sudah mampu membina kewangan yang stabil dengan pelaburan. Pelaburan adalah 1 ‘perniagaan’ baru yang lebih mudah dan boleh mendapat pulangan yang besar. Sesuai untuk golongan yang mempunyai modal tetapi tiada masa atau pengalaman untuk membina perniagaan dari bawah. Pelaburan membolehkan anda mendapat keuntungan lebih segera berbanding membina sesuatu perniagaan dari bawah. Ada juga di antara peniaga yang sudah memiliki perniagaan yang stabil tetapi melabur untuk mengembangkan lagi kewangan yang mereka ada. Pelaburan menjadi alternative lain selain perniagaan.
Ada beberapa Jenis Pelaburan yang ada sekarang, Tetapi ada jenis pelaburan yang tidak selamat dan boleh menyebabkan masalah kepada anda pada masa akan datang .
Pelaburan Yang Tak Selamat
1.Skim Cepat Kaya
Anda pasti biasa dengar tentang skim cepat kaya. skim ini telah berjaya memperdaya ramai orang . Ia akan wujud seperti suatu pelaburan atau produk yang memerlukan modal yang besar serta peluang mendapat pulangan yang sangat lumayan. Skin ini beirisko tinggi untuk kehilangan apa yang telah anda laburkan. Skim cepat kaya biasanya mengaburi dan memperdaya orang ramai dengan hasil dan kejayaan orang yang telah melabur di dalam skim tersebut.
2.Perjudian
Ada Jenis pelaburan yang seakan atau terang-terang berbentuk perjudian yang harus anda elakkan.Perjudian bukan sahaja haram malah ia juga mempunyai risiko yang sangat tinggi dan menyebabkan ketagihan untuk berulangkali mempertaruhkan modal yang besar . Ia bergantung juga kepada nasib untuk menang dan mendapat kembali modal anda. Tiada jaminan pada setiap pertaruhan modal yang telah dikeluarkan.
Berhati-hati dengan sebarang Pelaburan yang disarankan kepada anda. pastikan anda semak terlebih dahulu dan bertanyakan kepada yang lebih arif. Usah terpedaya dengan janji manis atau apa yang dipamerkan sebagai ‘kejayaan’.
Mengapa anda perlu pelaburan yang selamat ?
Sangat Penting untuk anda melabur pada pelaburan yang Selamat & Popular. Pelaburan yang selamat dapat memberikan anda jaminan
- Rendah Risiko
- Keuntungan
- Cara melabur yang betul
- Patuh Syariah
- Dipercayai ramai
Ini antara Jenis Pelaburan Popular Dan Selamat yang anda boleh pertimbangkan sebagai pelaburan pilihan untuk anda gandakan dan selamatkan kewangan anda dari inflasi. dan yang penting ia patuh syariah.
1.Emas & Perak
Pelaburan emas dan perak mempunyai banyak kelebihan dan selamat. Ia menjadi pilihan kebanyakan orang dari berabad dahulu.Palaburan emas ini tidak lapuk zaman dan masih mempunyai nilai walau pada zaman mendatang. Kelebihan pelaburan emas atau perak ini, ai boleh menjadi asset pada anda selain sebagai pelaburan. Pelaburan emas dan perak ini mempunyai susut nilai yang rendah, mudah dicairkan, Boleh menjadi simpanan, Harga yang sentiasa meningkat.
Kelebihan Melabur & Menyimpan Emas
2.Tabung Haji
Pelaburan yang menjadi simpanan dan tidak pernah mengecewakan. Dividen yang sentiasa konsisten sejak kita kecil lagi. Tabung haji dikira antara pelaburan berbentuk simpanan yang selamat. Untungnya Pelaburan ini boleh dibuat dari kanak-kanak lagi. Ia juga sebagai simpanan haji untuk masa akan datang.
3.Saham
Saham antara Pelaburan yang selamat dan popular. Saham mempunyai kelebihan tersendiri iaitu boleh menjadi sebagai 1 perniagaan dan syarikat tanpa perlu anda mengusahakanya. Jika anda bijak bermain saham anda boleh dapat keuntungan yang sangat banyak . Pelaburan saham menjadikan anda seolah-olah memiliki sebuah syarikat besar dan dapat berkongsi keuntungan bersama. Menjadi usahawan tanpa mengusahakanya. Lihat maklumat tentang :
Panduan Pelaburan Saham
5 Sebab mengapa anda perlu belajar bermain saham
Memiliki sekurang-kurang satu pelaburan insyallah dapat membantu anda mengembangkan kewangan, membina kekayaan dan menyelamatkan anda dari inflasi. Ada ramai yang mula melabur secara sambilan dan kemudian menjadi sepenuh masa kerana pulangan yang lebih lumayaan berbanding pekerjaan yang ada.
Laburkan kewanga anda lebih baik dari anda hanya menyimpan. Kerana dengan pelaburan wang anda boleh digandakan dan anda boleh mendapat keuntungan dari simpanan anda.
Selamat Maju Jaya.