Resepi Creamy Salmon Pasta
|

Resepi Creamy Salmon Pasta ala Jamie Oliver

Pasta adalah salah satu makanan kegemaran saya dan anak-anak. Hampir setiap minggu saya akan masak sekurang-kurangnya sekali resepi pasta. Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan resepi creamy salmon pasta yang saya olah dari resepi asal chef selebriti Jamie Oliver. Resepi pasta ini pastinya lazat dengan bahan-bahan yang mudah dan hanya memerlukan masa yang pendek iaitu antara 10minit ke 15 minit sahaja.

Resepi Creamy Salmon Pasta

Bahan-Bahan

  1. 350g asparagus
  2. 300g spagetti jenis angel hair atau apa sahaja pasta kegemaran anda
  3. 250g salmon
  4. 1 biji lemon
  5. 100 ml cooking cream atau whipped cream

Cara-Cara

Bersihkan asparagus dan hiris halus tangkainya and boleh juga potong nipis-nipis menggunakan ‘peeler’.

Rebus pasta dalam air mendidih bersama sedikit garam seperti arahan di paket, kemudian toskan dan simpan secawan air rebusan.

Sementara itu, potong dadu salmon atau mengikut kegemaran anda tetapi jangan terlalu kecil dan panaskan di atas kuali tidak melekat pada api yang sederhana tinggi.

Kemudian setelah salmon separuh masak, masukkan asparagus yang telah dihiris ke dalam kuali dan kacau sekali-sekala.

Perahkan separuh jus lemon ke dalam kuali, kemudian masukkan pasta yang telah ditoskan.

Masukkan cooking cream dan gaul sekata, tambahkan sedikit air jika terlampau pekat kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.

Salmon pasta anda sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba resepi creamy salmon pasta yg mudah ini.

Sumber rujukan website Jamie Oliver.

Baca juga resepi dibawah:

  1. Resepi Steak Goreng Mudah
  2. Resepi Pasta Tuna Mudah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *