Resepi Pasta Tuna yang Enak

Resepi ini diolah dari resepi asal chef Jamie Oliver. Hidangan ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Sumber: https://www.jamieoliver.com/
Resepi Pasta Tuna

Bahan-Bahan:

  1. 1 batang daun bawang
  2. 1 cili segar (boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan)
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 1 x 400 g tin tomato puree
  5. 1 x 80 g tin tuna dalam air
  6. 130 g sphagetti (atau pasta pilihan anda)
  7. 2 tangkai selasih segar
  8. Keju Parmesan
  9. Garam
  10. Lada Hitam

Cara-Cara:

  • Masak pasta bersama air yang diletak sedikit garam mengikut arahan di belakang paket,setelah masak toskan pasta dan simpan secawan air rebusan pasta.
  • Basuh dan potong halus bahagian putih daun bawang, cili (jika menggunakan), dan bawang putih yang telah dikupas kulitnya. Letakkan kuali besar yang tidak melekat pada api sederhana dengan ½ sudu minyak zaitun.
  • Masukkan bahan-bahan tadi ke dalam periuk dan masak selama 5 minit, atau hingga lembut, kacau secara berkala.
  • Tuangkan tomato dalam tin ke dalam kuali dan lenyek tomato dengan sudip anda. Toskan tuna dan masukkan kedalam kuali. Perasakan dengan garam dan lada hitam dan gaul sekata. Kemudian perlahankan api dan biarkan mendidih.
  • Masukkan pasta dan tuangkan sedikit air rebusan pasta kemudian kacau di atas api.
  • Hidangkan pasta di dalam mangkuk dan potong halus daun selasih, kemudian taburkankan di atas sphagetti tuna, dan sajikan dengan parutan keju Parmesan.

Selamat mencuba resepi pasta tuna yang enak dan mudah ini dan kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.