Resepi Peha Ayam Bakar Teramat Mudah ala Jamie Oliver
Resepi Peha Ayam Bakar Teramat Mudah ala Jamie Oliver
Resepi ini diolah dari resepi asal Jamie Oliver

Resepi Ayam Bakar ala Jamie Oliver
Bahan-Bahan:
- 1 genggam daun basil
- 1 biji bawang putih
- 1 genggam buah zaitun hitam
- 1 keping roti ciabatta kecil
- 8 paha ayam
- 2 genggam tomato ceri
- Minyak zaitun
- 1 cili kering (boleh lebihkan jika suka pedas)
- 8 keping daging salai nipis (smoked beef)
- Garam laut
- Lada Hitam
Cara-Cara:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.
- Pilih daun selasih yang elok, ketuk bawang putih, kemudian buang biji buah zaitun.
- Koyakkan ciabatta pada ukuran sederhana dan masukkan ke dalam dulang bersama ayam, tomato, daun selasih, bawang putih dan zaitun di dalam dulang pada satu lapisan.
- Masukkan sedikit minyak, secubit garam laut, lada hitam dan cili seterusnya gaul bahan-bahan sehingga sekata. Kemudian letak semula ayam di bahagian atas.
- Bakar di dalam ketuhar, setelah 30 minit. Selepas 30 minit lagi, letakkan daging salai nipis di atas ayam dan bakar semula selama 15 minit, sehingga ayam masak.
- Ayam bakar anda siap dan boleh dihidangkan bersama daun salad kegemaran anda.
Selamat mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda.