Resepi Sardin Simple

Resepi Sardin Simple yang Sedap

Bahan-Bahan:

  1. 1 tin sardin size kecil (jenama kegemaran anda)
  2. 1/2 Bawang besar
  3. 1/4 Bawang Holland
  4. 2 ulas Bawang putih
  5. 2 sudu besar cili giling
  6. 1 sudu besar sos tiram
  7. Minyak masak
  8. 1/2 – 1 cawan air masak
  9. Sedikit garam
  10. Sedikit gula
  11. Sedikit bahan perasa (optional)

Cara-Cara:

  1. Bersihkan dan kupas kulit bawang besar, holland dan putih kemudian potong halus.
  2. Letakkan sedikit minyak dan panaskan kuali, setelah itu tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak kemudian tambahkan sos tiram dan gaul rata.
  4. Seterusnya, masukkan sardin ke dalam kuali dan gaul rata, kemudian tambahkan 1/2 – 1 cawan air mengikut citarasa anda samada sukakan kuah yang pekat atau cair.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Angkat sardin setelah kuah sedikit mendidih dan hidangkan bersama nasi panas dan kicap pasti rasa sedap menjilat jari

Selamat mencuba resepi sardin simple yang sedap ini.