Resepi Steak Goreng

Resepi Steak Goreng Mudah dan Pantas

Resepi in ditulis berdasarkan resepi asal chef Gordon Ramsay

Bahan-Bahan:

  1. 4 ulas bawang putih
  2. Sekeping halia dalam anggaran 4cm
  3. 350g asparagus
  4. 2 x 125g steak fillet
  5. 2 sudu besar sos kacang hitam
  6. Minyak Zaitun
  7. Garam
  8. Lada Hitam
  9. 1 sudu besar jus anggur

Cara-Cara:

Kupas bawang putih dan halia kemudian potong halus. Setelah itu, letakkan sedikit minyak zaitun di dalam kuali dan panaskan, masukkan bawang putih dan halia dan goreng sehingga naik bau dan berwana keemasan. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan bawang putih dan halia.

Bersihkan dan potong asparagus dan goreng sebentar di dalam kuali menggoreng bawang putih tadi.

Perasakan steak dengan garam dan lada hitam kemudian masukkan kedalam kuali dan masak bersama asparagus. Kuatkan api dan masak selama 3 minit.

Tambahkan sos kacang hitam dan jus anggur dan gaul rata, masak selama 1 minit untuk medium -rare steak atau masak daging mengikut citarasa anda.

Setelah itu angkat steak dan asparagus ke dalam pinggan, potong steak dan taburkan bawang putih dan halia rangup di atasnya.

Selamat mencuba resepi steak goreng yang mudah dan pantas ini.