Resepi Salad Buah Paling Mudah dan Sedap
Resepi Salad Buah
Salad buah adalah hidangan pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai kerana cara penyediaanya yang mudah dan dijamin sedap. Bukan itu sahaja malah ia amat sesuai dimakan bagi mereka yang sedang berdiet. Salad buah sangat sesuai bagi mengantikan kudapan yang kurang berkhasiat.
Mari saya kongsikan resepi salad buah yang mudah. Resepi salah buah yang enak ini adalah dari Chef Nigella Lawson. Selamat Mencuba!!
Cadangan Hidang untuk 2 Orang
BAHAN-BAHAN
- 250 gram strawberi cincang halus
- 1 sudu teh jus delima
- 100 gram mangga potong dadu
- ½ sudu teh jus limau
- Blueberry 125 gram
- 100 gram yoghurt vanila (organik) bagi yang sedangberdiet boleh gantikan dengan yoghurt low fat yoghurt asli
- 2 sudu teh biji campuran pilia anda seperti biji labu, bunga matahari, bijan dan chia seed.
CARA-CARA
- Campurkan strawberi cincang dengan jus delima.
- Taburkan potongan buah mangga yang dipotong kiub
- Tuangkan air limau nipis.
- Kemudian lapiskan bahan-bahan di dalam gelas atau mangkuk pilihan anda dengan urutan berikut: strawberi, mangga, blueberry, yogurt dan akhir sekali bijian pilihan anda.
Mudah bukan cara penyediaan salad buah ini. Diharapkan perkongsian resepi ini dapat memberi idea untuk pencuci mulut ataupun snack untuk diet anda.