|

Resepi Mexican Scrambled Eggs ala Nigella Lawson

Resepi Mexican Scrambled Eggs ala Nigella Lawson

Hidangan telur scramble di waktu pagi memang mengembirakan dan mengenyangkan. Namun resepi dan cara masakan yang sama boleh menyebabkan anda berasa bosan. Oleh itu, mari kita cuba sesuatu yang agak berbeza dengan mencuba resepi Mexican Scrambled Eggs ala Nigella Lawson seperti dibawah.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 2-3 orang.

BAHAN-BAHAN

  1. 2 sudu minyak masak
  2. 2 keping roti tortilla jagung yang lembut (potong dalam bentuk memanjang (strip))
  3. 1 biji tomato (dicincang kasar)
  4. 1 daun bawang (cincang kasar)
  5. 1 cili hijau (potong kasar)
  6. 4 biji telur besar (dipukul)
  7. 1 sudu teh garam 

CARA-CARA

  • Panaskan minyak dalam kuali, setelah minyak panas masukkan tortilla dan goreng beberapa minit sehingga garing dan warna keemasan. Kemudian angkat tortilla ke dalam manguk.
  • Masukkan tomato dan cli cincang serta daun bawang ke dalam kuali berminyak panas tadi dan gaul selama satu minit atau lebih dengan sudip.
  • Setelah itu masukkan semula tortilla jagung yang telah digoreng tadi ke dalam kuali, di ikuti dengan telur yang telah dipukul dan garam.
  • Kemudian kacau telur dan bahan-bahan lain sehingga ia sesuai dengan citarasa anda.
  • Angkat telur dari kuali dan telur scrambled anda telah pun siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi Scrambled egg yang unik dan sedap ini.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *