cara buat-duit-affiliate-accesstrade
|

Cara Buat Duit dengan Affiliate Accesstrade dan Kelebihannya

Ingin tahu cara buat duit dengan affiliate accesstrade?

Pasti anda pernah dengar tentang affiliate marketing seperti shopee, lazada dan zalora. Biasanya program ini kita boleh buat duit dengan mempromasikan produk yang ada di shopee atau zalora.

Kebanyakkan blogger suka join program affiliates ini kerana kita tidak perlukan modal untuk jual produk. Hanya perlu rajin mempromosikan produk di laman sosial anda sahaja. Setiap pembelian produk melalui link affiliates, anda akan mendapat komisen.

Terdapat pelbagai jenis program affiliates yang anda boleh sertai dan semestinya ia adalah PERCUMA. Salah satu program yang mungkin anda kurang tahu ialah ACCESSTRADE.

Hari ni aku akan berikan sedikit perkongsian macam mana nak register Affiliate Accesstrade. Aku pun baru sahaja tahu tentang affiliate ni.

Affiliate ni senang. Korang hanya perlu buat akaun, promosikan barang menggunakan link, dan korang akan dapat komisen dari orang yang beli dari link tersebut.

Affiliate Accesstrade

ACCESSTRADE merupakan program affiliate yang paling sesuai buat penulis blog dan social media influencer untuk menjana pendapatan. Kenapa? Sebab anda boleh mempromosikan produk melalui link atau banner iklan yang mengandungi ID ACCESSTRADE.

Sekiranya anda telah mempunyai ada blog dan media sosial ia sudah cukup untuk dijadikan tempat untuk post tentang produk-produk.

Kalau dah daftar Accestrade, anda boleh pilih mana satu platform seperti shopee, zalora dan lain-lain. Dan setiap pembelian mempunyai komisen yang berbeza-beza mengikut platform yang anda pilih.

cara buat duit dengan affiliate accesstrade

Register Akaun Affiliate Accesstrade

Seperti mana-mana akaun, benda pertama yang perlu dlakukan ialah mendaftar. Anda boleh masuk ke laman ini untuk mendaftar di SINI

  1. Pilih antara Individual ataupun Corporation/ Syarikat.
  2. Masukkan url laman web ataupun akaun media sosial pun boleh. Kalau nak senang, copy dan paste url media sosial sahaja.
  3. Lepas tu isi emel dan juga kata laluan.
  4. Tekan butang Agree dan Sign Up. Jangan lupa untuk baca dulu ya term & condition tu.
  5. Lepas dah masuk, anda akan nampak dashboard Accestrade tu. Tekan Get Started untuk teruskan.

Mulakan dengan menjawab bahagian β€œAnswer 4 quick questions” dahulu ya.

Kat sini ada 4 soalan yang anda kena jawab iaitu:

  1. How can we contact you? (Cara untuk menghubungi anda)
  2. What is your website type? (Jenis laman wen anda)
  3. How do you get traffic? (Cara anda dapatkan trafik/ view)
  4. How do you generate leads? (Cara anda promosikan affiliate yang anda join)

Jawapan telah disediakan hanya perlu pilih sahaja. Sebelum masuk ke β€œApply a campaign”, anda hendaklah melengkapkan bahagian Account Setting dulu ya.

Kat sana anda hanya perlu isi :

  • Profile
  • Change password (kalau nak)
  • Bank account
  • Sites

Di bahagian Sites tu, pastikan korang isi lengkap ya. Isi Site name, Url, Type, Traffic, Category dan juga Description.

  1. Category – Pilihan sudah disediakan. Pilih kategori yang anda nak.
  2. Description – Anda boleeh masukkan media sosial yang digunakan. Sebaiknya isi dalam bahasa Inggeris.
  3. Setiap kali nak apply campaign baru, anda juga boleh juga ubah suai description.
  4. Lepas dah siap isi bahagian profile, bank dan lain-lain, anda dah boleh mula Apply Campaign.

Cara Buat Duit dengan Affiliate Accesstrade dan Kelebihannya

Antara kelebihan join affiliate accesstrade ini sangat menguntungkan dan mudah. Pelajar dan suri rumah pun boleh join program ini yang penting ada handphone atau laptop, data internet dan akaun media sosial.

Anda juga boleh mempromosikan produk pada bila-bila masa sahaja.Β Kelebihan affiliate Accesstrade ni termasuklah :

  1. Tiada yuran – Kalau nak daftar, percuma sahaja. Tak perlu bayar apa-apa. Masuk ke link pendaftaran, dan sign up sahaja!
  2. Tiada kos – Walaupun anda baru sahaja nak mula join affiliate Accesstrade ni, anda tak perlu risau pasal kos. Langsung tidak ada apa-apa yang perlu dbayar ya. Jangan risau.
  3. Tiada risiko – Tidak akan ada risiko pun kalau stok atau produk tu tak terjual. Tidak jual maka tiadalah komisen yang anda dapat.
  4. Tiada stok – Sekiranya anda buat bisnes sendiri, mesti perlukan produk dan stok kan? Tapi kalau join Affiliate ni, tidak ada stok yang diperlukan. Pilih mana-mana platform yang anda nak dan jangan risau kalau stok tu tak terjual.
  5. Mudah dan cepat – Memang sangat senang nak mulakan affiliate ni. Hanya perlu daftar, isi butir-butir penting, dan apply mana-mana campaign yang anda suka. Senang kan?

Senang kan Affiliate ni? Jadi apa tunggu lagi? Sekiranya berminat untuk mencari side income anda boleh cuba join Affiliate Accesstrade ni. Sangat mudah dan tak ada yuran yang perlu dibayar!

Diharapkan artikel tentang cara buat duit dengan affiliate accesstrade ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Baca Juga:

Cara Buat Duit dengan Affiliate

Senarai Affiliate Program Malaysia

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *