Cara Register Affiliate Lazada & Kelebihan (Panduan Lengkap)
Cara Register Affiliate Lazada & Kelebihan (Panduan Lengkap) | Mesti ramai yang suka beli barang online kat sini kan? Kadang kalau beli online, lebih banyak pilihan dan tak perlu susah-susah nak keluar rumah.
Hari ni saya nak kongsi macam mana nak register Affiliate Lazada dan kelebihan yang anda boleh dapat.
Apa itu Affiliate Lazada?
Untuk pengetahuan anda, ia adalah program dari Lazada, di mana anda akan mendapat pendapatan melalui pautan, post, atau link yang dikongsikan. Dalam kata lain, sekiranya anda mempromosikan barang dalam Lazada, dan barangan tersebut berjaya dijual, anda akan mendapat komisennya.
Cara Register Affiliate Lazada
1. Daftar akaun pembeli di Lazada
Sebelum register Affiliate Lazada ni, anda hendaklah mendaftar dahulu sebagai pembeli. Boleh mendaftar di Lazada Affiliate Program
Kalau dah daftar, boleh terus tekan “Login” tapi kalau belum, anda boleh “Sign Up” dulu ya.
Seterusnya, anda hendaklah mengisi butiran maklumat seperti No Fon atau Email beserta password dan tarikh lahir anda. SMS Code juga akan dihantar. Anda juga boleh guna akaun Facebook atau Google untuk Sign Up kalau tak nak guna email.
2. Register akaun Affiliate Lazada
Kemudian anda akan dibawa terus ke paparan untuk pendaftaran program affiliate Lazada. Pada bahagian ini pula, anda hendaklah lengkapkan butiran seperti email, basic infomation, account tye infomation dan juga bank info.
Untuk Emel, guna emel yang sama dan tekan “Send Verification Code”. Cek emel untuk dapatkan code tersebut dan isi di ruangan yang disediakan dan “Submit”.
Untuk Sign-Up Form, isi semua ruangan kosong yang wajib diisi. Untuk “Verification Documents”, upload gambar IC anda. Depan dan belakang ya. Lepas tu, tekan “Next”.
Pada bahagian Bank Info, hanya isi butiran bank anda. Pastikan bahagian “Swift Number” tu adalah nombor yang betul. Kalau tak pasti, cuba cari di Google ataupun telefon cawangan bank yang anda gunakan dan minta dengan mereka.
Seterusnya, pada bahgian “Verification Documents”, muat naik bank statement anda.
Untuk More Info, anda boleh tekan untuk tahu lebih lanjut tentang Affiliate Lazada ni.
Selepas itu, korang akan dapat soalan “From whom or where did you hear about us?”. Jangan lupa jawab itu dan tandakan Tick pada kotak “agree to Lazada term and conditions”.
Lepas tu, tekan “Submit”. Tunggu kelulusan dari Lazada. Mereka akan hantar emel dengan anda jadi make sure to be alert ya!
Cara Login ke Affiliate Lazada
Kalau dah dapat kelulusan, anda dah boleh log masuk ke dalam akaun Affiliate Lazada. Guna link yang sama untuk login ya http://adsense.lazada.com.my/
Anda dapat lihat beberapa paparan di sana. Ada 7 bahagian termasuklah :
- Offer
- Product Linking
- Report
- Payment
- Account
- Commission Rate
- Integration
Dapatkan Link Affiliate anda melalui Offer dan juga Product Linking.
Kelebihan Affiliate Lazada
1. Sangat Menguntungkan
Mungkin kalau anda ni baru sahaja bermula, belum lagi dapat dilihat dengan jelas. Tapi, Affiliate ni sebenarnya dapat memberikan keuntungan yang sangat banyak. Lebih-lebih lagi untuk Lazada yang sudah cukup terkenal ni. Puluhan juta orang yang tengok dan masuk ke Lazada. anda yang mengikuti program Affiliate ni boleh tumpang dapatkan keuntungan melalui post-post yang dbuat.
2. Kos Yang Rendah
Tak ada modal langsung? Tak perlu risau! Ini baiknya kalau register dengan Affiliate. Cukup dengan akaun Facebook, Twitter, Whatsapp dan lain-lain, sudah cukup untuk anda mulakan kerja mempromosikan barang. Hanya perlukan data internet sahaja untuk tujuan pemasaran secara online!
3. Pendapatan Tambahan
Affiliate ni tak tertumpu pada satu bahagian sahaja. Setiap tahun, pemasaran secara Affiliate ini akan berkembang. Bukan Lazada sahaja yang tawarkan program Affiliate ni tau! Contohnya Agoda, Shopee, Superdeal My dan banyak lagi. Hanya perlu register akaun dan boleh mula buat pemasaran secara online.
4. Teknik Pemasaran Yang Pelbagai
Sekiranya anda seorang yang kreatif, mahir dalam pembikinan video, edit gambar dan iklan, inilah peluang anda untuk ceburi marketing secara Affiliate! Gunakan sosial media untuk post iklan dan barang-barang yang korang nak jual. Selain tu boleh juga guna Youtube untuk post video.
5. Mulakan Bisnes Di Sini
Daftar akaun Affiliate, pilih produk yang ingin dipromosikan dan buat pemasaran secara dalam talian. Senang kan? Banyak lagi cara lain untuk buat pemasaran. Guna Blog, sosial media, ataupun video tentang produk dan post ke mana-mana laman yang berkaitan. Kalau nak cepat, boleh boost posting kat sosial media.
Senang jer kalau nak register akaun Affiliate ni. Cuma pastikan anda dah ada akaun untuk log in dan boleh teruskan join affiliate. Contohnya macam Lazada ni. Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Artikel Menarik yang Lain:
Cara Register Affiliate accesstrade