|

Kenapa Anda Gagal Sebagai Affiliate

Kenapa anda gagal sebagai affiliate dan kenapa mereka berjaya?

 

Ya, affiliate adalah cara termudah untuk jana pendapatan. Namun, ia juga antara bidang yang membunuh newbie dari meneruskan perniagaan internet. Newbie terlalu mengambil mudah kerjaya mereka sebagai affiliate dan akhirnya mereka kecundang. Walaupun mudah untuk jana pendapatan melalui affiliate, ia tidaklah semudah ABC. Mudah yang di maksudkan adalah jika anda berusaha, anda pasti berjaya.

 

Ada tiga sebab utama kenapa anda gagal sebagai affiliate.

 

1. Senang untuk sertai sesuatu program affiliate

 

Di sebabkan untuk menyertai sesuatu program affiliate itu mudah, ramai di antara para newbie terlalu mengambil mudah akan potensi perniagaan affiliate. Mereka menganggap untuk jana pendapatan melalui affiliate itu cukup mudah seperti mana mudahnya mereka mendaftar sesuatu program affiliate. Malangnya ia tidak semudah itu. 

 

Jangan biarkan diri anda leka dengan situasi ini. Sebenarnya, mereka yang gagal menjana pendapatan melalui affiliate adalah di sebabkan mereka tidak menjadi affiliate. Affiliate adalah agen jualan dan anda perlu bekerja untuk memperoleh komisyen. Jika anda tidak bekerja, anda akan gagal.

 

2. Malas

Kenapa anda gagal sebagai affiliate

Sebab kedua kenapa anda gagal sebagai affiliate adalah di sebabkan anda malas untuk bekerja. Anda bukan sahaja malas dari segi belajar, tetapi anda juga malas dari bertindak. Di sebabkan malas, anda jadi hilang fokus atas sebab apa ada menyertai sesuatu program affiliate. Malas adalah masalah utama yang anda perlu atasi untuk menjadikan diri anda seorang affiliate.

 

Ada orang selesa dengan situasi pekerjaan sebagai makan gaji di mana setiap bulan mereka sudah pasti akan menerima wang. Jika anda berada dalam golongan ini, anda perlu buangkan sifat malas kerana jika anda tidak bekerja keras, anda tidak akan kemana – mana. Lainlah kerja makan gaji di mana anda tetap akan di bayar gaji walaupun anda bekerja cukup-cukup makan sahaja.

 

Untuk membuang sifat malas, anda perlu buang sifat jaminan. Dalam perniagaan internet, tiada jaminan anda akan berjaya. Anda perlu berusaha untuk membentuk jaminan anda sendiri dengan berusaha sebanyak mungkin.

 

3. Tidak tahu bagaimana

 

Masalah ketiga bagi newbie yang gagal dalam affiliate adalah mereka tidak pernah ingin belajar bagaimana hendak memahirkan kemahiran melakukan promosi melalu internet. Internet penuh dengan dunia programming, jika anda ingin berjaya, anda perlu pelajarinya. Anda juga perlu pandai mempelbagaikan teknik promosi.

 

Ia hanya boleh di capai menerusi pembelajaran. Ada di kalangan newbie tidak tahu bagaimana hendak install wordpress di blog masing-masing. Kemahiran seperti ini anda perlu mahir dan kuasai. Memang anda boleh upah orang lain tetapi anda juga perlu faham kaedahnya supaya anda tidak tertipu nanti. 

 

Sekarang, dua sebab kenapa mereka berjaya dalam bidang affiliate.

 

1. Masa yang konsisten

Kenapa anda gagal sebagai affiliate

Mereka yang berjaya dalam dunia affiliate adalah mereka meletakkan affiliate ini sebagai karier mereka. Ini bermakna mereka meletakkan affiliate sebagai satu pekerjaan di mana ia wajib di lakukan. Setiap hari mereka memperuntukkan masa tertentu seperti 2 jam bagi mereka yang part time dan 8 jam bagi mereka yang full time IM bagi melakukan promosi secara affiliate.

 

2. Mereka fokus pada satu-satu produk pada setiap masa

 

Mereka berjaya sebab mereka fokus pada kerja mereka. Mereka tidak langsung membebankan otak mereka dengan melakukan pekerjaan yang banyak dalam satu-satu masa. Mereka yang berjaya selalunya mempunyai jadual dan sistem tersendiri untuk melakukan pekerjaan. Mereka ikut apa yang mereka rancang tanpa putus asa melainkan ada hal-hal kecemasan.

 

Belajar secara berterusan.

 

Mereka yang berjaya adalah golongan yang tidak jemu-jemu belajar dan seterusnya mempertajamkan kemahiran promosi mereka. Mereka tidak kedekut untuk membeli ilmu dan tidak malu untuk bertanya. Mereka akan sentiasa dahagakan ilmu walaupun dari seorang newbie.

 

Diharapkan perkongsian tentang Kenapa anda gagal sebagai affiliate ini bermanfaat untuk anda.

 

 

Baca Juga:

Panduan lengkap jana pendapatan sebagai affiliate

Cara jana pendapatan sebagai influencer

 

 

Disclaimer: Ini adalah plr artikel yang telah diolah oleh saya

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *