Cara Rekrut Agen Dropship
|

Cara Rekrut Agen Dropship Sebagai Panduan

Cara Rekrut Agen Dropship Sebagai Panduan | Anda dah ada bisnes, tapi jualan agak slow kerana anda bertindak sendirian. Hari ni nak kongsi sedikit cara yang anda boleh gunakan untuk kembangkan bisnes. Salah satu cara untuk membantu kembangkan bisnes anda ialah dengan merekrut agen dan dropship. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk anda mencari agen / dropship , selain mereka ini membantu mengembangkan bisnes anda, dalam masa yang sama anda juga membantu mereka dari segi kewangan juga.

Pendek kata, kita satu team, kita gerak sama-sama. Jadi, di sini saya kongsikan lima idea atau cara rekrut agen dropship untuk bisnes, semoga membantu anda semua dalam mengembangkan bisnes masing-masing.

Cara Rekrut Agen Dropship
Cara Rekrut Agen Dropship

5 Cara Rekrut Agen Dropship Sebagai Panduan

1. Buka tawaran pencarian agen / dropship

Anda nak cari agen / dropship, buka saja tawaran. Boleh diwar-warkan di media sosial anda, di whatsapp status, dan hebahkan kepada kenalan , sahabat, ahli keluarga serta mereka yang setia menggunakan produk anda. Berilah tawaran yang menarik untuk mereka yang mahu menjadi agen / dropship, seperti tiada caj keahlian, potongan harga khas, dan insentif lain. Jaga agen / dropship anda dengan baik. Beri mereka kumpulan sokongan, sediakan bahan-bahan untuk periklanan berkaitan bisnes anda dan jangan jemu berikan kata-kata semangat untuk mereka.

2. Buatlah iklan secara online

Sekiranya anda bajet untuk membuat iklan, maka iklankan sahaja pencarian agen / dropship. Boleh buat iklan online dan offline, terpulang kepada anda. Namun sekarang ini, pengguna media sosial yang aktif di Malaysia pun semakin meningkat, dan membuat iklan secara online lebih mudah untuk terkena sasaran. Tak tahu bagaimana nak buat iklan online seperti FB Ads, anda boleh mengupah mereka yang tahu selok belok membuat iklan FB Ads supaya iklan anda berjaya.

3. Bagi sampel percuma produk

Tak semua jenis bisnes ni, anda boleh bagi sampel percuma. Tapi katalah bisnes anda tu boleh sediakan sampel percuma, ini akan membantu menarik orang ramai untuk menjadi agen / dropship anda. Contohnya bisnes anda menjual pes perapan ayam / daging. Bolehlah buat dalam pek kecil dan bagi sampel percuma kepada mereka yang berminat nak mencuba menjadi agen / dropship anda.

Atau win-win situation, selepas mereka mencuba sampel percuma tu, mintalah budi baik mereka membuat review ringkas di media sosial masing-masing dan minta mereka bagitau followers mereka yang bisnes anda sedang mencari agen / dropship. Cara ini juga membantu lebih ramai yang tahu tentang bisnes anda. Dan secara tidak langsung akan memudahkan anda untuk mendapatkan agen / dropship.

4. Cari jalan untuk β€˜branding’kan produk anda

Bisnes anda dah bertahun-tahun di pasaran. Dah ada pengguna setia. Selalu dapat testimoni daripada pembeli anda. Jadi, ambil peluang untuk brandingkan produk anda. Kenalkan produk anda dengan lebih kerap. Kongsikan gambar-gambar pengguna produk anda di laman web bisnes / media sosial anda. Jangan lupa juga untuk kongsikan testimonial pengguna.

Sebarkan manfaat atau kelebihan produk anda dan dalam masa yang sama, jangan lupa membuat pemberitahuan yang anda sedang mencari agen / dropship untuk produk anda. Branding yang baik akan membuat orang lebih yakin untuk menjual produk tersebut.

Cara Rekrut Agen Dropship
Cara Rekrut Agen Dropship

5. Tanya pelanggan setia anda

Ini juga salah satu cara untuk anda rekrut agen / dropship dengan berkomunikasi kepada pelanggan setia anda. Jangan segan untuk bertanya kalau-kalau mereka berminat untuk menjadi agen / dropship kepada bisnes anda. Nyatakan tawaran menarik untuk mereka sekiranya mereka menjadi agen / dropship.Β 

Lagi satu, mereka adalah pelanggan setia anda. Mereka rajin berkongsi tentang produk anda dengan orang lain di media sosial mereka misalnya, jadi memberi peluang untuk mereka menjadi agen / dropship secara percuma dengan tawaran menarik adalah sebagai tanda penghargaan anda buat mereka.

Cara Rekrut Agen Dropship Boleh Jadi Mudah Jika Kena Caranya

Setiap bisnes pasti ada cabarannya dan untuk bisnes semakin berkembang, sudah tentu perlukan agen dan dropship. Anggaplah peluang cari agen dan dropship ini dengan tujuan untuk berkongsi rezeki. Jangan ambil kesempatan dan hargailah agen dengan baik. Andai pernah gagal jangan mengalah. Tidak semua orang layak jadi agen dan teruskan mencari sehingga jumpa dropshipper yang layak dan sesuai.

Paling penting, sebagai seorang pemilik bisnes pastikan,

  • ketahui dulu siapakah bakal agen anda itu
  • kenali personaliti agen anda
  • selidik serba sedikit kisah hidupnya
  • layan agen dengan baik
  • berikan kata semangat untuk saling berjaya

Untuk artikel kali ini, setakat ini dulu perkongsian saya. Semoga bermanfaat untuk semua. Jemput baca artikel lain yang berkaitan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *