|

Resepi Blackberry Crisp ala Nigella Lawson

Resepi Blackberry Crisp

Resepi pencuci mulut yang enak dan mudah disediakan ini sesuai dihidangkan bersama keluarga di hujung minggu dan juga sebagai aktiviti bersama anak-anak anda.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 4 ke 6 orang.

BAHAN-BAHAN:

  1. 125 gram mentega
  2. 60 gram rolled oat
  3. 40 gram kepingan badam
  4. 30 gram biji bunga matahari
  5. 70 gram tepung gandum
  6. 1 sudu teh serbuk kayu manis
  7. 75 gram gula perang jenis soft light
  8. 500 gram blackberry
  9. 2 sudu teh tepung jagung
  10. 50 gram gula vanila atau gula kastor

CARA-CARA

  • Panaskan ketuhar hingga 200 ° C / 180 ° C 
  • Cairkan mentega dalam periuk kecil (atau dalam ketuhar gelombang mikro) 
  • Satukan oat, tepung gandum, kacang almond, biji bunga matahari, tepung, kayu manis dan gula merah dalam mangkuk sebagai campuran oat.
  • Masukkan blackberry ke dalam manguk pembakar (oven dish bowl) (saya menggunakan ,amgku berkapasiti 750ml / 3 cawan).
  • Taburkan tepung jagung dan gula ke atas blackberry, dan gaul sehingga sebati.
  • Masukkan mentega yang telah cair ke dalam campuran oat dan gaulkan hingga sebati, kemudian letak di atas blackberry yang telah digaul dengan gula tadi. 
  • Bakar dalam ketuhar selama 25 minit dan siap untuk dihidangkan bersama ais krim atau krim pekat.

Selamat mencuba resepi blackberry crisp ini dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *