|

Resepi Telur Bersama Kentang dan Sosej untuk Sarapan Pagi

Resepi Telur Bersama Kentang dan Sosej untuk Sarapan Pagi

Resepi ini diolah berdasarkan resepi asal chef Jamie Oliver

Sumber: https://www.jamieoliver.com/
Resepi Telur bersama Kentang dan Sosej

Bahan-Bahan:

  1. 1 biji bawang besar atau holland
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 120 g sosej (2-3 batang sosej saiz normal)
  4. 2-3 biji kentang
  5. Segenggam daun pasli (optional)
  6. minyak zaitun
  7. 2 biji telur
  8. Garam
  9. Lada hitam

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar hingga 180ºC.
  • Kupas dan cincang bawang besar dan bawang putih, potong sosej, kentang (potong saiz kecil supaya kentang cepat masak) dan pasli.
  • Goreng atau rebus kentang sehingga separuh masak dan asingkan.
  • Kemudian tumis bawang dan bawang putih dengan sedikit minyak di dalam kuali kemudian masukkan sosej ​​dan goreng selama 2 hingga 3 minit.
  • Masukkan kentang dan masak selama 5 minit lagi, kemudian pecahkan telur di atas bahan-bahan tadi. Angkat dan pindahkan ke ketuhar yang telah dipanaskan dan bakar selama 8 minit, atau sehingga putih telur masak tetapi kuning telur masih berair.

Taburkan dengan garam laut, lada hitam dan pasli, untuk dihidangkan.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *