|

Resepi Pasta Lemon yang Sangat Mudah dan Simple

Resepi Pasta Lemon yang Sangat Mudah dan Simple

Pasta adalah salah satu pilihan karbohidrat menarik untuk menggantikan nasi dan roti. Kali ini saya ingin berkongsi resepi pasta lemon yang sangat mudah dan sesuai untuk diet.

Resepi pasta lemonnyang saya olah dari resepi Nigella Lawson ini menjadi antara resepi kegemaran saya kerana cara peyediaannya yang sangat mudah dan cepat namun tetap mengenyangkan.

Sumber: https://www.nigella.com/

Resepi Pasta Lemon

Cadangan hidangan untuk 4 ke 6 orang.

BAHAN-BAHAN

  1. 500 gram linguine (Untuk resepi kali ini saya menggunakan pasta jenis linguine namun anda boleh menukar jenis pasta lain mengikut citarasa anda)
  2. 225 gram Cendawan butang
  3. 80ml Minyak zaitun extra virgin
  4. 1 sudu teh garam
  5. 1 ulas bawang putih kecil yang dipotong halus
  6. 1 biji lemon (perah untuk jus)
  7. Thyme
  8. Daun parsley
  9. 2 – 3 sudu besar keju Parmesan yang telah diparutΒ 
  10. Sedikit serbuk lada hitam (ikut citarasa)

CARA-CARA

  • Potong cendawan halus-halus, dan masukkan ke dalam mangkuk bersama minyak zaitun, garam, bawang putih, jus lemon dan thyme.
  • Rebus pasta/linguine sehingga masak dan toskan.
  • Masukkan pasta yang telah dikeringkan ke dalam mangkuk campuran cendawan tadi, kemudian gaulkan semuanya sehingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan pasli cincang, parmesan dan lada hitam secukup rasa, dan gaul sekali lagi. Pasta anda sudah siap untuk dihidangkan.

INFO: Bagi yang tidak gemar makan sayur mentah anda bolehlah goreng pasta bersama cendawan, minyak zaitun, garam, bawang putih, jus lemon dan thyme sebelum mengaul pasta dengan pasli, parmesan dan lada hitam.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi anda idea untuk memasak.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *