Kepak Ayam Madu, Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Kepak Ayam Madu ala Jamie Oliver

Resepi ini diolah dari resepi asal chef Jamie Oliver.

Bahan-Bahan:

  1. 24 kepak ayam

Bahan untuk perapan:

  1. 5 batang daun bawang
  2. 1 cili merah segar
  3. 5 sudu besar madu
  4. 2 sudu besar kicap
  5. 2 cm kepingan halia
  6. 5 tangkai thyme segar

Cara-Cara:

  1. Untuk perapan, potong halus daun bawang, halia dan cili kemudian masukkan ke dalam mangkuk bersama daun thyme, madu dan kicap.
  2. Letakkan kepak ayam di dalam dulang dan tuangkan bahan perapan dan lumur/sapu pada kepak ayam. Tutup ayam dan perap selama 24 jam di dalam peti sejuk.
  3. Masak kepak ayam di atas kuali pemanggang selama 15 hingga 20 minit, atau sehingga gelap dan jus dari ayam sudah kering (sering terbalikkan ayam supaya kepak ayam masak dengan sekata).
  4. Kemudian bakar ayam di dalam ketuhar pada suhu 180ºC / 350ºF selama 10 hingga 15 minit untuk memastikan kepak ayam masak sepenuhnya.

Selamat mencuba resepi Kepak Ayam Madu ala Jamie Oliver yang mudah dan lazat ini.