|

Resepi Salad Kobis Bunga Sedap ala Mediterinian

Resepi Salad Kobis Bunga Sedap ala Mediterinian

Mari saya kongsikan resepi salad Kobis bunga yang unik dari Nigella Lawson. Resepi ini unik, sedap dan sangat sesuai untuk diet anda.

Sumber: https://www.nigella.com/

Cadangan hidangan untuk 2 orang.

BAHAN-BAHAN:

  1. 1 biji kubis bunga bersaiz kecil
  2. 3 sudu besar minyak zaitun
  3. ½ sudu teh serbuk kayu manis
  4. 2 sudu teh jintan putih
  5. 250 gram kacang kuda yang telah dimasak/rebus
  6. 2 sudu besar pes harissa (mengikut citarasa anda)
  7. 4 biji cherry tomato yang masak ranum (kira-kira 150g / 6oz)
  8. 1 sudu teh serpihan garam laut (atau secukup rasa)
  9. 4 sudu besar biji delima besar
  10. 100 gram daun pasli segar (mengikut citarasa anda)

CARA-CARA:

Panaskan ketuhar pada suhu 220ºC / 200 ° C. 

Potong bunga kubis kepada bahagian yang lebih kecil. Tuangkan minyak ke dalam mangkuk besar, tambahkan serbuk kayu manis dan jintan putih, dan kacau hingga sebati. Kemudian masukkan kedalam loyang/mangkuk untuk ketuhar dan masak di dalam ketuhar selama 15 minit.

Kisar tomato hingga halus kemudian masukkan kacang kuda, harissa dan jintan putih sedikit demi sedikit mengikut citarasa anda. Gaul hingga sebati.

Apabila kubis bunga sudah di bakar selama 15 minit, letakkan campur kubis bunga diatas bersama kubis bunga dan gaul hingga sebati. Kemudian bakar semula selama 15 minit.

Setelah siap dibakar, taburkan garam mengikut citarasa kemudian campurkan biji delima dan daun pasli.

Salad kubis bunga ala mediterinian anda yang sedap sudah siap untuk dihidangkan.

INFO: Salad ini boleh disimpan sehingga 2 hari di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba dan semoga resepi salad Salad kubis bunga ala mediterinian dapat membantu anda berdiet dan mendapat berat badan impian anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *