cara daftar adsense untuk youtube
|

Cara Daftar Adsense dan Syarat Untuk Youtube

Apa itu Google AdSense?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan AdSense ini benda apa sebenarnya? Terutamanya bagi mereka yang baru dalam berjinak-jinak cari duit melalui website, Blog dan Youtube.

AdSense ni kita boleh analogikan sebagai orang tengah antara kita dengan klien. Klien yang berdaftar di google adsense hendak promosikan produk atau servis mereka.

Caranya adalah dengan meletakkan iklan mereka di website, Blog atau Youtube kita. Jadi AdSense inilah yang memudahkan kerja klien dengan memilih produk atau servis mereka di mana perlu diletakkan.

Kita pula hanya sediakan ruang di website, Blog atau Youtube untuk AdSense letak iklan tersebut. Tetapi dengan syarat anda hanya perlu daftar Google AdSense dahulu untuk anda layak dibayar oleh AdSense.

Setiap kali iklan yang dipaparkan pada website anda ditekan oleh pengunjung website, Blog atau Youtube, maka anda akan dapat menjana income melalui Youtube adsense.

Cara Daftar AdSense untuk Youtube

Dalam artikel ini, saya hanya kongsikan cara daftar AdSense untuk Youtube.

Kalau anda ada blog, anda perlu daftar adsense melalui Blog. Daftar AdSense melalui Youtube hanya layak pada mereka yang telah memenuhi syarat minimum Youtube iaitu 1000 Subscribers dan 4000 jam views atau tontonan.

Sekiranya anda belum layak, anda tidak dapat daftar AdSense untuk Youtube anda. Sebelum daftar AdSense untuk Youtube, pastikan anda join Youtube Partner Program(YPP) terlebih dahulu baru anda boleh buat duit.

Cara daftar mudah saja. Di bawah saya sudah simplify step by step untuk ada follow.

  • Step 1: Anda hanya perlu ke Youtube Studios.
  • Step 2: Pergi ke Monetization.
  • Step 3: Klik pada Review Youtube Partner Program (YPP). Pastikan anda baca terms and conditions sebelum agree to join YPP.
  • Step 4: Klik Set Up Google AdSense dan klik Proceed.
  • Step 5: Setelah anda klik proceed Youtube perlu verify account anda. Anda akan dibawa direct ke google account yang berdaftar dengan Youtube anda. Masukkan password dan re-authentic.
  • Step 6: Setelah verified, anda akan dibawah ke website AdSense. Sekiranya anda belum ada account AdSense pilih β€œI don’t have an existing account” kemudian tekan Continue.
  • Step 7: Akan keluar paparan Google AdSense Sign Up.
  • Step 8: Masukkan link youtube channel anda.
  • Step 9: Isikan emel berdaftar dengan Youtube.
  • Step 10: Tick Yes pada bahagian Get More out of AdSense.
  • Step 11: Pilih β€œCountry”. Kalau anda di Malaysia, pilih Malaysia.
  • Step 12: Tekan box Agree pada bahagian Terms and Conditions.
  • Steps 13: Selesai isi semua, kik Create Account.
  • Steps 14: Isikan segala butiran untuk pembayaran kemudian tekan Submit. Tunggu sehingga account AdSense anda diluluskan. Anda kemudian akan menerima emel untuk verify segala butiran.

Untuk daftar akaun selesai setakat tu saja. Pembayaran semua akan ada steps perlu anda ikuti. Sekiranya anda ingin lebih detail lagi, boleh tekan video ini untuk live tutorial.

Apa syarat layak AdSense untuk Youtube?

Syarat-syarat AdSense untuk Youtube telah saya jelaskan di awal artikel. Saya ringkaskan di sini anda perlu memenuhi syarat minimum YPP iaitu 1000 Subsribers dan 4000 jam views. Selagi anda tak lepas syarat minimum ni, selagi itu tidak layak untuk AdSense.

Diharap artikel ini dapat membantu serba sedikit tentang cara daftar adsense untuk youtube. Nasihat saya keep move forward and stay positive! Ingat tidak mudah menjadi kaya tapi tidak mustahil. Semoga berjaya!

 

Artikel Lain yang Menarik:

Cara Menaikkan View dan Subscriber Youtube

Cara Buat Duit dengan Youtube

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *