Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator
|

Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator

Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator | Dulu tiada siapa yang akan anggap kerjaya sebagai seorang influencer atau content creator sebagai satu bentuk kerjaya yang boleh dibanggakan.

 

Ialah pada akal fikiran kita kerjaya merupakan kerja yang kita kerja-kerja macam jurutera, doktor, dan peguam merupakan kerjaya idaman bagi semua.

 

Tapi zaman dah berubah dan struktur pemikiran masyarakat juga telah berubah sejajar dengan peredaran zaman. Mana tidaknya, ada banyak kisah tentang mereka yang bekerja sebagai jurutera dan juruterbang tukar impian mereka untuk menjayakan aspirasi mereka sebagai influencer atapun content creator.

 

Terkejut ke anda kalau saya katakan yang seorang social media influencers atau content creators boleh mendapat anggaran RM7,000-RM10,000 hanya daripada satu video YouTube? Baca lagi sekali ya. Satu video ya bukan pendapatan sebulan.

 

Ditambah pula dengan marketing strategi dan pengkomersialan produk, mudah-mudah sahaja influencer boleh jana pendapatan hingga RM15,000 per video. Sini saya ada letakkan beberapa kisah influencer yang terkenal hasil dari content mereka di TikTok, YouTube, dan Instagram.

 

Ryan Fahmi Bakery (TikTok)

Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator

Kalau cerita tentang influencer atau content creator nama Ryan Bakery ini sememangnya akan buat kita tersenyum sinis sendiri teringatkan lawak-lawak jenaka 90-an yang Ryan buat di akaun TikTok beliau.

 

Sebelum namanya memuncak naik Ryan ini sebenarnya bekerja di bahagian kargo di bahagian lapangan terbang, namun apakan daya, berikutan pemotongan bajet kerana pandemik Covid-19 beliau antara mereka yang kehilangan.

 

Pulang ke rumah beliau di Perak, Ryan mula melakukan perniagaan kecil seperti jual ikan laga dan kuih muih untuk teruskan kehidupannya.

 

Ryan berjinak-jinak dengan content creation asalnya hanyalah daripada pengalaman peribadi yang dia ingin kongsikan bersama pengikut-pengikutnya. Sedar tak sedar ramai sangat orang yang boleh relate dengan apa yang Ryan cuba sampaikan.

 

Kini Ryan Bakery baru sahaja dinamakan sebagai ikon Bubblebee yang diusahakan oleh seorang lagi pelawak terkemuka di Malaysia Shuib Sepahtu. Kejayaan Ryan Bakery dalam raih populariti jadi inspirasi kepada ramai content creator yang lain.

 

Seperti yang kita ketahui banyak income boleh didapati daripada live di TikTok dengan hadiah pemberian sticker. Netizen menganggarkan Ryan Bakery mendapat sebanyak lebih kurang RM10,000 untuk satu sesi live.Β 

 

Anggaran sebanyak satu live video yang dibuat setiap minggu dan ditambah pula dengan pelantikan Ryan sebagai ikon Bubblebee dan tawaran sebagai artis jemputan serta lakonan, pendapatan bulanan Ryan Bakery tidak lari di antara RM50,000-RM60,000.

 

Che Nom (YouTube)

Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator

Hai semua harini Che Nom nak masak ayam butter milk dihidang dengan nasi putih panas. Familiar tak bunyi. Kalau tidak maksudnya anda tidak memasak.

 

Gurau je. Jangan marah. Influencer kedua adalah YouTuber masakan terkenal di Malaysia Che Nom atau nama sebenarnya Normah Bakar. Che Nom sebenarnya merupakan seorang jurutera yang pernah bekerja di syarikat telekomunikasi.

 

Sejak dulu lagi beliau memang minat dalam bidang masakan, ialah sejak zaman belajar lagi Che Nom dah mula giat berkongsi resepi di blognya.Β 

 

Keputusan Che Nom untuk berhenti kerja dan meneroka minat memasaknya nyata berbaloi apabila video-video dari Che Nom mula mendapat perhatian ramai orang pada tahun 2019 dengan video chicken butternya.

 

Kalau diikutkan video Che Nom ini mula terkenal sebelum pandemik, dan menjadi lebih terkenal semasa pandemik, mana tidaknya orang perlu mula belajar masak kan semasa PKP. Kira right timing lah kata orang.

 

Walaupun kita tidak tahu jumlah rasmi pendapatan bulanan Che Nom dengan video-video memasaknya, yang pasti dengan jumlah subscriber sebanyak 1.73 juta dan jumlah tontonan video sebanyak 229,000,000 penonton.

 

Anggaran pendapatan Che Nom sejak tahun 2013, menerusi tontonan video di YouTube sahaja telah mencecah sebanyak RM6.4 juta tidak termasuk bayaran iklan dan bayaran komersial.

 

Ebit Lew (Instagram)

Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator

Kalau influencer pertama buat kita tergelak-gelak, dan influencer kedua pula buat kita lapar, influencer ketiga ini buat kita menangis. Meskipun tidak termasuk dalam drama pukul 7, instagram influencers Ustaz Ebit Lew merupakan orang yang sering kali membuat kita tersentuh dan menangis.

 

Boleh dikatakan hampir semua video yang Ustaz Ebit buat, kita akan tersentuh dan menangis. Ustaz Ebit Lew atau Ebit Irawan bin Ibrahim Lew berasal dari Muadzam Pahang. Beliau merupakan pendakwah bebas berbangsa cina yang terkenal dengan kerja-kerja amalnya.

 

Ebit Lew mula dikenali seawal tahun 2017 lagi walaupun masih itu masih lagi suam-suam sahaja, beliau mula menjadi lebih terkenal pada tahun 2018 dengan menjadi hos rancangan door to door yang nyatanya menunjukkan kecekalan Ustaz Ebit membantu golongan-golongan yang unik itu.

 

Pada tahun 2020, Ustaz Ebit menjadi lebih terkenal dengan video-video kerja amalnya yang dibuat dan disiarkan di YouTube yang menjadikan nama Ustaz Ebit dikenali oleh semua rakyat Malaysia. Ekoran dari pandemik kerja amal Ustaz Ebit mendapat lebih banyak perhatian dalam dan luar negara.

 

Kini Ustaz Ebit merupakan seorang usahawan, penceramah bebas, dan penulis. Beliau masih lagi giat aktif dalam aktiviti-aktiviti amalnya membantu mereka yang memerlukan. Anggaran pendapatan Ustaz Ebit adalah sebanyak RM700,000 dalam masa sehari sahaja.

 

Dari sini kita dapat lihat yang seseorang itu boleh menjadikan influencer sebagai karier mereka. Banyak peluang yang kita boleh teroka dan kita dapat lihat dari perbezaan genre yang dibawa oleh influencer-influencer di atas mereka semua bawa genre yang berbeza.

 

Kesimpulan

Kita juga perlu ingat walaupun kita dapat lihat influencer-influencer ini berjaya ramai juga influencer β€˜wannabe’ yang gagal untuk memasarkan diri mereka. Adat kerjaya mesti ada mereka yang lebih berjaya dari setengah yang lain.

 

Yang pasti usaha dan tawakal itu penting dalam apa-apa jua kerjaya yang ingin diceburi. Banyak lagi influencer-influencer lain di luar sana yang terkenal kerana membawa perkongsian yang lebih spesifik kepada kelebihan mereka.Β 

 

Sebagai contoh, Akif Basri dengan perkongsian psikologinya di Twitter yang kini telah berjaya menerbitkan buku β€˜Kekok’ yang mengungguli pasaran buku tempatan. Peluang itu ada dan cara anda gunakan kesempatan itu yang akan beri perbezaan antara anda dan orang lain.

 

Diharapkan artikel Kisah Kejayaan Influencer dan Content Creator ini dapat memberi inspirasi kepada anda.

 

Baca Juga:

Apa itu influencer

Cara menjadi content creator

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *