Cara Buat Duit dengan Youtube – Sangat Mudah
Mengapa kita harus tahu cara buat duit dengan youtube?
Wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sejak akhir 2019 lalu telah menyebabkan ekonomi negara khususnya Malaysia menurun ke tahap yang teruk. Syarikat-syarikat kecil mahupun syarikat besar terpaksa membuang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji pekerja.
Pada awal berlakunya pandemik, syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia mengumumkan seramai ribuan pekerja terpaksa diberhentikan kerja.
Keadaan ekonomi yang merudum telah menjadikan kita semua lebih kreatif untuk “mencipta pekerjaan”. Tidak hanya bergantung pada kekosongan jawatan yang tentunya ramai pesaing.
Ramai dalam kalangan kita yang mula belajar untuk menjual secara online atau kita sebut sebagai bisnes e-commerce. Contohnya seperti Shopee, Lazada, Facebook, Instagram, Amazon, LinkedIn. Ada banyak lagi platform untuk menjual pada zaman yang serba canggih ini. Semuanya di hujung jari!
Malah ada yang mula belajar menjana pendapatan daripada Youtube! Apa tidaknya kita banyak dikhabarkan dengan kisah-kisah Youtuber yang boleh menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit!
Cara Buat Duit Dengan Youtube
Dalam artikel ini, saya kongsikan kepada anda cara mudah untuk anda jana pendapatan dari Youtube! Memang sudah menjadi sifir setiap bisnes tidak akan mendapat hasil dalam satu malam.
Ada satu rule yang perlu anda pegang jika anda memilih untuk menjadi usahawan khususnya Youtuber iaitu konsisten!
Melalui perkongsian daripada salah seorang Youtuber Malaysia iaitu Jafar Darma 27 tahun pemilik channel Brojep Share yang telah membuktikan kejayaannya menjana pendapatan dari Youtube.
Ada tiga syarat bagi mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai Youtuber, iaitu:
- Memiliki 1000 subscribers
- Mencapai view atau tontonan lebih dari 4000 jam
- Menjadi Youtube Partner Program atau Program Rakan Kongsi Youtube.
Setelah anda melepasi tiga syarat tersebut barulah anda boleh mula menjana pendapatan dari Youtube. Yang penting anda sentiasa konsisten dalam menghasilkan konten yang berkualiti dan bermanfaat.
Dalam kita mahu untuk mencapai tiga syarat tersebut perlulah ada langkah demi langkah yang perlu diikuti. Di sini saya kongsikan empat langkah yang wajib anda ikut sekiranya ingin menjana pendapatan dari Youtube.
1. Daftar Akaun Youtube dan Buat Channel
Ini merupakan tapak bagi sesuatu bangunan jika ingin berdiri kukuh. Kalau tiada tapak bagaimana ingin menjadi bangunan pencakar langit kan? Apa yang penting adalah kita mulakan langkah.
Kadang ada yang azamnya tinggi menjadi Youtuber tapi tidak pernah melangkah ke langkah pertama. Kalau macam itu gayanya macam mana mahu mula berjalan kan?
Daftar akaun Youtube mudah saja. Kalau sudah ada akaun Gmail boleh linked kan saja dengan akaun tersebut. Nak buat akaun baru pun boleh. Selesai daftar akaun buatlah channel, namakan dan letak deskripsi. Mudah kan?
Start now okay?
2. Pilih dan Tentukan Niche Youtube Anda!
Sebelum anda ingin menjadikan video-video anda sebagai produk untuk menjana pendapatan, anda harus memilih dan menentukan niche youtube anda.
Dalam dunia bisnes khususnya bisnes online anda perlu ketahui jenis video macam mana yang orang lain suka tengok? Video mana yang selalu ada permintaan yang tinggi? Video jenis macam mana yang boleh tarik viewers dan subscribers lagi banyak?
Anda perlu kaji dan buat analisis untuk anda cari niche youtube anda dan padankannya dengan minat dan kepakaran anda. Memadankan niche dengan minat dan kepakaran adalah sangat penting bagi mewujudkan consistency.
Bila anda konsisten dalam menghasilkan video-video yang berkualiti, InshaaAllah akan ada hasil di mana anda akan mula menjana pendapatan ribuan sehingga jutaan ringgit dengan hanya menjadi Youtuber!
3. Buat video yang berkualiti dan bermanfaat.
Video-video kita ini adalah produk kita. Video yang baik, ada manfaat, menarik dan unik pastinya akan mendapat tempat di hati penonton sehingga mereka willingly menekan tombol like, subscribe, share and ring notification!
Bila anda sudah pun pilih dan tentukan niche market anda, anda sudah boleh mulakan untuk memuaskan niche anda itu!
4. Daftar Youtube Partner Program
Seperti yang saya mention di atas, untuk mula menjana pendapatan dari Youtube anda kena memenuhi syarat 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan barulah anda boleh mendaftar sebagai Youtube Partner Program.
Kenapa penting kena mendaftar menjadi Youtube Partner Program? Sebab dari sinilah video anda akan dibayar berdasarkan viewers dan subscribers anda. Kalau anda tidak mendaftar, video anda yang berjuta-juta viewers itu pun tidak akan dibayar. Kan rugi tu.
Menjadi sebahagian dari Youtube Partner Program bermakna anda telah menjadi rakan kongsi Youtube. Yang mana anda menghasilkan video yang boleh bantu Youtube meluaskan lagi penggunanya. Pengguna-pengguna Youtube inilah aset bagi Youtube yang boleh menentukan turun naik saham Youtube! It is like a win-win situation. Youtube untung, anda pun untung.
Kesimpulan
Menjadi Youtuber bukanlah mudah. Perlu ada kerajinan, keazaman, kreatif dan paling penting konsisten. Jika anda ingin kaya namun tidak sanggup melalui jalan-jalan sukar maka selamanya anda tidak akan menjadi kaya.
Ingat setiap perkara perlu usaha untuk menghasilkan output. Semoga kalian terus sukses dan menjadi Youtuber tidak hanya memandang keuntungan tapi ingin memberi manfaat kepada orang lain. Fighting!
Diharapkan perkongsian tentang cara buat duit dengan youtube ini dapat membantu anda dalam memulakan perjalanan anda sebagai youtuber.
Tonton video cara buat duit dengan youtube di bawah:
Baca Juga: