cara menaikkan views dan subsribers youtube
|

Cara Menaikkan Views dan Subscribers Youtube Walaupun Masih Newbie

Views dan Subscribers sangat penting bagi seorang Youtuber yang berharap sangat channel-nya membuahkan keuntungan. Ramai sebenarnya yang mengeluh view tak naik-naik, subscribers sikit dan hasilnya duit pun tak masuk. oleh itu, saya akan kongsikan cara menaikkan views dan subscribers youtube.

Ada juga dalam kalangan Youtubers yang menggunakan jalan singkat dengan membeli subscribers dan views. Actually, bukan setakat youtube. Instagram pun ada tau yang beli followers.

Kita tidak sarankan inisiatif ini sebab lama-kelamaan subscribers akan berkurang sebab mereka bukanlah subscribers yang genuinely tengok video anda. Sebaik-baiknya anda laburkan saja duit itu dalam Youtube Ads dan Google Ads.

Cuma dalam artikel ini tak nak cakap pasal Youtube Ads yang berbayar. Nak share tips free saja tak perlu bayar. Anda hanya perlu rajin dan bijak saja.

Cara Menaikkan Views dan Subscribers Youtube Walaupun Masih Newbie

Jadi disini saya kongsikan beberapa tips dan langkah-langkah teknikal yang perlu anda lakukan dahulu. Sekiranya anda mahukan setiap video supaya views dan subscribers naik dengan cepat, boleh lihat cara di bawah.

Tips 1: Betulkan Setting di PC/Laptop dan Browser.

Langkah 1: Taip ke Youtube Desktop melalui carian di Google Search.

Langkah 2: Pilih Youtube Dashboard. Hanya akan keluar pada mana-mana yang sudah ada channel di Youtube.

Langkah 3: Pastikan anda berada di Creator Studio.

Langkah 4: Dalam paparan Creator Studio, di bawahnya ada Video Manager. Klik di situ.

Langkah 5: Bila anda dah klik Video Manager, akan keluarlah video-video yang anda telah upload dalam channel anda. Pilih salah satu video kemudian klik edit.

Langkah 6: Dah tekan edit, akan keluar paparan di bawah video tiga benda iaitu Basic Info, Translation dan Advanced Setting.

Langkah 7: Dalam Basic Info, letak tajuk yang menarik. Bahagian deskripsi pula letak penerangan video yang menarik dan pastikan include sekali tags. Ini penting supaya video anda keluar paling atas dalam carian.

Langkah 8: Kemudian pergi ke Advanced Setting, akan keluar paparan comments, category dan banyak lagi. Part ini paling penting dan rahsia untuk dapatkan viewers yang banyak.

  1. Bahagian Comments: Klik saja semua yang bahagian bawah comments.
  2. Bahagian Chat: Klik semua box kecuali box Enable Slow Mode
  3. Bahagian Captions: Ada banyak pilihan. Just pilih saja mana-mana yang berkaitan dengan video.
  4. Bahagian Distribution Option: Klik saja box Allow Embedding
  5. Bahagian Age Restrictions: Kalau video anda ada unsur-unsur untuk 18 tahun, klik box Enable Age Restrictions. Kalau tiada biar saja Untick.
  6. Bahagian Category: Pilih kategori video yang berkaitan supaya Youtube boleh recommend pada yang mencari video content seperti anda. Ada banyak pilihan juga. Pilih yang berkait dengan video anda okay?
  7. Bahagian Video Language: Pilih apa bahasa video yang anda gunakan. Contoh video melayu, pilihlah bahasa melayu.
  8. Bahagian Community Contributions: Klik saja semua box.
  9. Bahagian Recording Date: Ini pun anda kena isi juga. Jangan biar kosong. Isi saja mana-mana tarikh. Paling senang klik saja Today.
  10. Bahagian Video Statistics: Klik saja box Make video statistics. 1 je box ada di situ.
  11. Bahagian Content Declarations: Klix box yang ada apabila video ada Paid promotion. Kalau tiada, just biar Untick.

Langkah 9: Bila dah siap setting, jangan lupa tekan Save Changes.

Tips 2: Upload dan Public video pada masa yang betul!

Pemilihan masa yang betul untuk upload video di youtube sangat penting. Hal ini demikian kerana Algorithm Youtube akan nilai prestasi 48 jam pertama video kita.

Jadi penting sangat-sangat video kita mempunyaiΒ engagement yang baik. Apabila video dalam youtube mempunyai engagement bagus senanglah Youtube nak recommend video kita.

Oleh itu, saya sarankan untuk anda public kan video pada waktu puncak. Β Waktu puncak inilah yang orang-orang banyak pegang handphone dan scrolling media sosial.

Untuk lebih mudah dan faham saya telah bahagikan kepada beberapa period of time:

  1. Waktu Pagi: Waktu orang-orang on the way pergi kerja sekitar jam 7 atau 8 pagi.
  2. Waktu tengah hari: Waktu lunch sekitar jam 12pm hingga 1pm. Masa-masa orang nak berehat dan santai sebelum start kerja balik.
  3. Waktu Petang: Waktu orang minum petang, coffee break, tea time dalam sekitar jam 4pm.
  4. Waktu Malam: The best time to public video kita dalam jam 7pm sampai 9pm. Pada waktu inilah ramai yang online sebab sudah habis solat, supper dan get ready to sleep.

Cuma, itu secara umum sahaja. Sekiranya dah ada subscribers, Youtube ada sediakan feature analytics yang mana anda boleh tengok sendiri video kat mana viewers paling aktif dan kurang aktif pada waktu tertentu.

Dari situ anda boleh buat decision the best time to public your video. Sebab itu saya kata awal-awal cara free ini anda hanya perlu rajin dan bijak. Okay?

Tips 3: Kongsikan video anda di sosial media yang ada.

Cara ini jangan malu. Kongsikan saja video di media sosial yang anda ada. Contohnya Facebook, Instagram, Tiktok dan Twitter. Biar orang tahu kita ni wujud dan mereka kenal kita. Tak kenal maka tak cinta kan?

Anda juga boleh minta kawan-kawan, keluarga dan saudara mara untuk like, share dan subscribed youtube channel untuk minta sokongan. Dari sini boleh tambah views dan subscriber kita.

Awalnya, cara ini mungkin leceh tapi percayalah sedikit demi sedikit bila orang kenal dan suka dengan video kita. Dari situ video kita akan makin banyak views dan subscribers. Don’t give up. Keep trying until you reach your goal!

Kesimpulan

Ada banyak sebenarnya cara menaikkan views dan subscribers Youtube. Dalam artikel ini, saya hanya kongsikan cara paling mudah dan percuma.

Saya sarankan kalau anda nak start yang berbayar macam Youtube Adsense,Β  kena capai dulu syarat minimum iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan.

Kemudian baru pergi langkah yang lebih drastik. Bak kata pepatah melayu, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit! Semoga berjaya!

 

Baca Juga:

Cara Mudah Buat Duit dengan Youtube

Anda juga boleh layari website youtube untuk sebarang Masalah

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *