CARA BUAT DUIT SEBAGAI CONTENT CREATOR
| |

Cara Buat Duit sebagai Content Creator

Ingin tahu cara buat duit sebagai content creator? Jom saya kongsikan apa itu content creator dan cara jana pendapatan sebagai content creator.

Apa itu Content Creator?

Content creator adalah seseorang yang berkongsi maklumat, informasi atau konten lain di media sosial seperti Instagram, YouTube Dan TikTok mengikut niche yang tertentu.

Antara content creator yang popular di YouTube adalah Che Nom dan notanadia di Instagram.

Content creator berbeza dengan influencer kerana influencer lebih sering berkongsi tentang kehidupan dan tips berdasarkan pengalaman mereka. Kebiasaanya influencer tidak berkongsi informasi berkenaan satu niche sahaja.

 

Kelebihan Menjadi Content Creator

  • Waktu kerja yang fleksibel; anda boleh bekerja dari mana sahaja mengikut masa anda sendiri.
  • Sesuai juga bagi mereka yang introvert kerana anda tidak perlu sentiasa menunjukkan muka anda, ini bermakna anda boleh bekerja di belakang tabir.
  • Menjana pendapatan sambil Memberi manfaat kepada orang lain. pastinya satu perbuatan yang sangat mulia.

 

Niche

Untuk menjadi content creator anda dinasihatkan memilih niche yang sesuai dengan minat anda supaya anda tidak akan merasa bosan berkongsi ilmu berkenaan topik tersebut di masa akan datang. Namun pastikan juga niche tersebut mempunyai audiens/penggemar yang mencukupi.

cara buat duit

Antara Niche yang Sesuai sebagai Content Creator:

  • Masakan
  • Ilmu agama
  • Motivasi
  • Ilmu perniagaan
  • Dekorasi rumah
  • Berkebun
  • Keibubapaan
  • Teknologi
  • Sosial media

 

Tips Cari Idea untuk Content

 

  • Follow public figure, content creator yang popular bagi niche anda dan anda boleh tiruvasi content mereka tapi pastikan juga ada originality dan kelainan pada content anda.
  • Buat konten yang memberi penyelesaian kepada masalah orang.
  • Banyakkan membaca buku dan artikel tentang niche anda dan olah isi penting buku dan artikel sebagai content anda.
  • Sentiasa mengikut perkembangan dan isu semasa tentang niche anda dengan menyertai komuniti yang berkaitan
  • Bertanya kepada follower anda apa topik yang mereka ingin anda kupas melalui engagement post seperti survey dan poll.
  • Lihat post anda yang mempunyai likes dan engagement paling banyak kemudian perbanyakkan lagi konten tentang topik itu.

 

Cara Buat Duit sebagai Content Creator

 

Affiliate

Mempromosikan program affiliate yang berkenaan dengan niche anda. Pastikan anda memilih program affiliate yang bagus supaya tidak memjejaskan imej anda sebagai content follower.

Reviu produk

Anda boleh reviu produk di sosial media anda dan mendapat pembayaran melalui wang ringgit atau hadiah mengikut persetujuan anda dengan syarikat terbabit.

Kolaborasi

Membuat kempen kolaborasi bersama syarikat yang berkaitan niche anda. Kebiasaannya kolaborasi akan dibuat dalam bentuk video untuk tujuan pemasaran atau anda juga boleh berkolaborasi dalam menghasilkan produk untuk dijual pada followers anda dan umum. Contohnya seperti penghasilan produk masakan bersama syarikat mengikut resepi anda.

Pengiklanan & Duta Produk

Mengiklankan produk mengikut niche anda atau menjadi duta untuk produk tersebut dengan selalu menggunakan produk tersebut semasa anda menghasilkan content. Contoh seperti menggunakan produk jenama Maggi ketika membuat video masakan.

Menjual produk sendiri

Jika anda sudah mempunyai ramai pengikut Dan mereka sudah mempercayai kebolehan anda. Anda boleh menghasilkan produk dan menjualnya pasti ramai pengikut anda tertarik untuk membeli produk tersebut. Anda boleh menghasilkan ebook, kursus pembelajaran, produk masakan, biji benih, barang hiasan rumah dan macam-macam lagi mengikut niche anda.

 

Cara Naikkan Traffic, Follower dan Subscriber

cara buat duit content creator

  • Membina hubungan yang baik dengan tergeted audiences dan follower anda. Anda boleh berinteraksi melalui survey, quiz dan membalas komen dan DM dari mereka.
  • Ambil tahu isu semasa berkaitan niche anda dan berikan pandangan jujur anda yang disokong dengan fakta yang boleh dipercayai.
  • Konsisten dan kerap dalam menghasilkan konten yang bermanfaat serta mampu menarik minat audience anda. Dengan menarik ramai audience yang setia, ia dapat membuka peluang untuk diri anda dikenali oleh syarikat – syarikat dari niche anda. Seterusnya ia membuka peluang untuk anda menjana pendapatan dengan mereka.
  • Gunakan hashtags dan keyword yang sesuai dan popular untuk memudahkan konten anda ditemui oleh targeted audience anda.
  • Berkenalan dan berhubung dengan content creator yang lain. Melalui hubungan ini anda boleh saling mempromosikan platform masing-masing samada di instagran, TikTok dan sebagainya. Cara ini dapat membantu mempromosikan konten anda kepada follower content creator yang lain.

Kesimpulan

Menjana pendapatan sebagai content creator adalah sangat menarik dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun ia tidaklah semudah yang disangka, ia memerlukan kesabaran kerana ia mengambil masa yang agak lama sebelum anda mula dikenali. Jika anda tidak berputus asa insyALLAH akan berjaya dan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Baca juga:

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *