Buat Duit dengan Saham IPO
Apa itu IPO?
Berdasarkan Wikipedia, Initial Public Offering (IPO) ialah proses penawaran saham kepada masyarakat untuk kali pertama yang kemudiannya diikuti melalui proses jual beli di bursa saham Malaysia.
Sebab Syarikat Menawarkan IPO
Mendapatkan modal untuk untuk syarikat mengembangkan perniagaan, membeli aset, menambah cawangan, meningkatkan pengeluaran dan pemasaran & lain-lain.
Statistik Peluang Buat Duit dengan Saham IPO
Berdasarkan statistik di bawah hanya 6 syarikat yang mencatatkan kerugian dari 25 syarikat yang menawarkan IPO pada tahun 2022. Ini bermakna 76% daripada IPO yang ditawarkan mencatatkan keuntungan. Daripada ini dapatlah kita simpulkan yang peluang buat duit dengan saham IPO mempunyai risiko 7:3 bagi setiap pembelian.
Kredit Gambar: http://www.shareinvestor.com/
Tarikh-Tarikh Penting IPO
- Permohonan dibuka (Opening of application): Ini adalah tarikh anda boleh mula beli IPO. Boleh beli melalui bank secara online.
- Permohonan ditutup (Closing of application): Selepas tarikh dan waktu ini anda sudah tak dapat beli IPO yang diumumkan.
- Cabutan saham (Balloting of application): Disebabkan ramai yang beli IPO, ia diagihkan mengikut cabutan undi. Ini adalah tarikh cabutan dibuat.
- Agihan saham kepada yang berjaya (Allotment of IPO shares to successful applicants): Tarikh saham masuk dalam akaun CDS anda.
- Tentatif penyenaraian (Tentative listing date): Tarikh saham disenaraikan di Bursa dan boleh didagangkan.
Sumber Rujukan: iSaham
Status Syariah saham IPO
Bagi mengetahui status syariah sesuatu IPO anda hendaklah mengkaji jenis perniagaan yang dijalankan oleh syarikat melalui Propektus mereka atau anda boleh mendapatkan maklumat dan pandangan dari remisier anda.
Cara Membuat Analisis IPO
Sebelum membeli sesuatu saham kita akan membuat analisi dari segi fundamental dan teknikal. Namu bagi saham IPO kita hanya boleh membuat analisis dari segi fundamental kerana tiada lagi carta untuk analisis teknikal. Analisis fundamental boleh dibuat dengan merujuk kepada prospektus syarikat.
Kebanyakan propektus yang disediakan oleh syarikat adalah sangat tebal oleh itu anda boleh fokus kepada maklumat perkenaan perniagaan, kewangan, risiko pelaburan dan rancangan di masa hadapan syarikat dan jangan lupa juga untuk melihat senarai ahli lembaga pengarah dan pengurusan. Kesimpulannya maklumat dan analisis yang anda perlu buat adalah sama seperti fundamental analisis yang anda lakukan sebelum membeli saham.
Cara Beli Saham IPO
Sebelum anda membeli saham IPO pastikan anda sudah ada akaun Central Depository System (CDS) dengan broker pilihan anda. Antara broker yan popular adalah seperti Mplus, Maybank, UOB, CIMB, Kenanga dan banyak lagi. Mempunyai akaun CDS adalah wajib bagi mereka yang ingin melabur dalam saham. Dengan adanya CDS, IPO yang berjaya anda beli akan dikreditkan / dimasukkan ke dalam akaun CDS anda. Proses jual dan beli saham hanya boleh dilakukan di dalam akaun CDS anda.
1.Mohon IPO melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry)
Anda boleh memohon untuk membeli saham IPO dengan MITI secara online di website mereka iaitu http://sahamonline.miti.gov.
Syarat-syarat untuk layak memohon IPO melalui MITI adalah:
- Warganegara Malaysia
- Bumiputera
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi
Dokumen-dokumen yang dikehendaki adalah:
- Borang IND/SP-QP07-L05 yang telah diisi melalui online
- Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri
- Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI (transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank
- Salinan penyata Amanah Saham atau Tabung Haji atau Fixed Deposit TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
- Salinan Kad Pengenalan (berpalang) dan/atau Surat Pengesahan Status Bumiputera (Sabah/ Sarawak) yang jelas.
- Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
Untuk maklumat lanjut, sila layari website MITI di http://sahamonline.miti.gov.
2.Mohon IPO melalui Maybank
Anda boleh memohon untuk membeli saham IPO dengan Maybank secara online di website mereka. Proses permohonan saham IPO adalah lebih mudah berbanding MITI.
Syarat-syarat untuk layak memohon IPO melalui Maybank adalah:
- Penduduk dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Pemegang akaun simpanan Maybank (akaun persendirian/akaun bersama)
- Pemegang akaun CDS yang didaftarkan atas nama sendiri
3.Mohon IPO melalui CIMB
Memohon untuk membeli saham IPO dengan CIMB secara online di website mereka. Seperti Maybank, proses permohonan saham IPO melalui CIMB juga adalah lebih mudah berbanding MITI kerana syarat dan dokumen yang ditetapkan adalah lebih mudah untuk dipenuhi.
Syarat-syarat untuk layak memohon IPO melalui CIMB adalah:
- Penduduk dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Ahli berdaftar CGS-CIMB iTrade – perkhidmatan dagangan saham atas talian yang disediakan oleh CGS-CIMB Securities Sdn Bhd; dan
- Pemegang akaun CDS yang didaftarkan atas nama sendiri dan dibuka dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd.
Kesimpulan
Kebarangkalian untuk rugi dalam pelaburan saham IPO tetap ada namun berdasarkan statistik peluang untuk menjana keuntungan adalah lebih tinggi. Dengan analisis dan trading plan yang betul ia dapat membantu dalam mengurangkan risiko kerugian yang tinggi dalam pelaburan saham IPO ini.
Diharapkan perkongsian artikel buat duit dengan saham IPO ini dapat membantu anda dalam memulakan pelaburan dalam saham IPO. Semoga Berjaya!