syarikat emas di malaysia
|

Syarikat Emas di Malaysia, Senarai Terbaik Untuk Pelabur

Syarikat Emas di Malaysia, Senarai Terbaik Untuk Pelabur l Pelaburan emas semakin menjadi trend di zaman pandemik wabak Covid-19 ni. Ramai yang mengambil peluang untuk ‘bekukan’ wang dalam bentuk emas untuk persediaan jangkamasa panjang memandangkan krisis ekonomi juga naik turun dan matawang sendiri tidak menjamin masa depan. Tetapi perlu diingatkan langkah pertama untuk terlibat dalam pelaburan emas bukan semudah ABC.

Sebelum bertindak terburu-buru nak beli emas hanya disebabkan tengok orang lain sibuk beli emas, anda kena tahu beberapa perkara penting terlebih dahulu. Anda kena pastikan persiapan minda dan ilmu pengetahuan mengenai emas itu ada di dada. Contohnya anda kena kenal jenis-jenis emas, buat perbandingan syarikat emas terbaik serta teknik atau strategi dalam pelaburan emas fizikal. Terdapat banyak syarikat pelaburan emas di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas, gold bar, syiling dinar, dirham atau barangan kemas.

5 Perkara Kena Tahu Sebelum Melabur Dengan Syarikat Emas di Malaysia

1. Persiapan ilmu pengetahuan! Ni paling penting. Kena tahu ilmu-ilmu tentang emas, kena kenal jenis-jenis emas, macam mana nak tahu tentang ketulenan emas dan sebagainya. Semakin banyak ilmu yang anda belajar, semakin mudah laluan anda dalam pelaburan emas. Ilmu yang terbaik adalah dari pengalaman kita sendiri, jadi mulai secara sederhana dahulu dan selepas itu ilmu akan datang sendiri melalui pengalaman, pembacaan, bertanya dan sebagainya.

2. Di Malaysia, banyak syarikat emas yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, jadi anda kena bijak memilih syarikat pelaburan emas yang terbaik. Yang utama syarikat tu mestilah ada kelulusan Bank Negara Malaysia. Selain tu, syarikat tu juga dapat memberikan harga emas termurah serta spread harga emas terendah agar pelaburan akan beroleh keuntungan.

3. Harga emas adalah tidak tetap dan sentiasa naik atau turun. Memilih pelaburan yang tepat adalah penting. Contohnya pelaburan dalam jongkong emas atau syiling dinar emas akan memberi pulangan keuntungan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Namun , ada juga pelabur yang memilih untuk melabur dalam jangka masa pendek seperti membeli emas kad limited edition dan mampu mengaut keuntungan yang baik. Jadi sentiasa lah  semak graf sejarah harga emas di www.kitco.com

4. Pelaburan emas sebenar adalah selamat. Pelaburan emas fizikal tidak akan merugikan walaupun harga emas turun. Sejarah membuktikan harga emas akan naik dalam jangkamasa panjang sebab itu nenek moyang kita dahulu menyimpan emas dari muda.

5. Berhati-hati jika ada syarikat pelaburan emas yang berjanji akan memberikan pulangan yang lebih dari pelaburan kita, tidak dapat menjaminkan emas fizikal atau harga emas terlalu murah. Mungkin ia adalam scam.

Senarai Syarikat Emas di Malaysia Yang Boleh Anda Join

1. Public Gold

Public Gold adalah sebuah syarikat jual beli emas fizikal pertama di Malaysia yang mempunyai kilang pengeluaran emas sendiri beserta dengan sijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer”. Emas yang dijual mengikut harga pasaran emas antarabangsa yang terkini. Public Gold Marketing Sdn Bhd sebuah syarikat jual beli emas dan perak terbesar di Malaysia telah membuka cawangan public gold luar negara.

HQ Public Gold di Bayan Baru, Pulau Pinang
HQ Public Gold di Bayan Baru, Pulau Pinang

 

Ia antara syarikat jual beli emas yang terbaik di Malaysia disebabkan pengalaman urusan jual beli yang mudah, online 24 jam sehari 7 hari seminggu, harga emas yang lebih murah, spread yang rendah, boleh beli dengan harga serendah RM100, tiada kos tersembunyi, cawangan yang banyak dan urusan dengan kakitangan yang cepat.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2008. Sehingga Januari 2021, lebih daripada 380,000 orang telah membuka akaun, membeli dan menyimpan emas dengan Public Gold. Jika anda plan nak menyimpan emas sedikit demi sedikit, Public Gold adalah pilihan yang tepat. Selain itu ia juga sesuai untuk pelabur emas yang mahu membeli emas dengan banyak pada harga yang rendah dan jual pada harga yang tinggi. Ini kerana tiada had belian atau jualan gram emas di Public Gold. Ia bukan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan dividen tetap kepada pelanggan.

Hingga kini ia mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia. Sekurang-kurangnya satu cawangan untuk setiap negeri yang akan memudahkan urusan jual beli emas. Kebanyakan urusan di Public Gold adalah online terutamanya urusan jual beli. Kita cuma perlu ke cawangan untuk urusan tertentu seperti mengambil dan menjual emas fizikal.

Ohya, menurut pembacaan di Google, Public Gold ini adalah satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST oleh Kastam Diraja Malaysia disebabkan memiliki emas.

Produk-produk Public Gold

Produk utama yang ditawarkan oleh Public Gold adalah emas 999.9 (24k) dan perak 999 dengan pelbagai design, bentuk, saiz dan berat dari sekecil 1 gram sehingga seberat 1 kilogram. Jadi ia sesuai untuk semua orang mengikut bajet masing-masing.

Emas 999.9 Public Gold adalah tanpa upah. Berbeza dengan barangan kemas 916 di kedai-kedai emas yang melibatkan upah yang mahal sehingga boleh mencecah ratusan ringgit untuk satu item.

Emas dan Perak Public Gold
Emas dan Perak Public Gold

 

Disahkan Patuh Syariah Oleh Panel Yang Dilantik

Dalam Islam, emas adalah salah satu barang yang boleh membawa kepada riba ketika proses jual dan beli. Namun di Public Gold, jual beli emas telah disahkan patuh Syariah oleh panel syariah yang telah dilantik. So anda tidak perlu ragu- ragu untuk jual beli emas di Public Gold.

Sijil Patuh Syariah GAP
Sijil Patuh Syariah GAP

 

Sijil Patuh Syariah GAP
Sijil Patuh Syariah GAP

2. KAB

Mungkin nama KAB Gold belum sebesar nama beberapa syarikat industri emas di Malaysia. Namun sejak pelancarannya pada 3 Februari 2021 yang lepas oleh Ustaz Khairul Anuar Basri dan Datuk Mohd Daud Bakar, sambutan yang diterima sangat-sangat menggalakkan dari peminat-peminat emas.

KAB Gold telah didaftarkan di bawah syarikat KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) yang ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan menggunakan motto ‘Knowledge, Asset, Bullion’. KAB Gold menyediakan platform jual beli emas dan juga perak yang lengkap dan interaktif agar manfaat yang bakal diperolehi oleh para pelanggan meliputi segenap aspek kehidupan pada masa kini dan masa hadapan.

Pengasas KAB Goldynamics Sdn. Bhd
Pengasas KAB Goldynamics Sdn. Bhd

 

Salah satu produk yang mendapat perhatian ramai adalah Uncang Emas KAB Gold yang baru dilancarkan pada 1 Mac 2021 lepas. Apakah kelebihan uncang emas KAB Gold yang menjadi bualan tu?

Kelebihan Uncang Emas KAB Gold

1. Pembelian serendah 0.25gram – boleh buat pembelian emas 999 hanya serendah 0.25g mengikut harga semasa dengan cara bayaran yang sangat mudah.

Harga Emas – Uncang Emas KAB Gold
Harga Emas – Uncang Emas KAB Gold

 

2. Pembelian & Bayaran Secara Atas Talian – Dengan kemudahan internet, pelabur boleh membuat simpanan Uncang Emas pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan sistem bayaran atas talian FPX.

Cara Bayaran – Uncang Emas KAB Gold
Cara Bayaran – Uncang Emas KAB Gold

 

3. Tiada Cas Simpanan – Konsep uncang emas dari KAB ialah mengumpul gram emas semasa dalam simpanan KAB Gold, tiada sebarang cas yang dikenakan.

4. 100% Bersandarkan Emas Fizikal – simpanan yang dibuat adalah bersandarkan emas fizikal dan secara tidak langsung cara penyimpanan Uncang Emas adalah patuh syariah.

5. Pengeluaran Emas Sepenuhnya – tiada syarat untuk membuat pengeluaran untuk Uncang Emas dan anda sebagai pelanggan boleh mengeluarkan semua baki emas yang ada dalam bentuk dinar atau jongkong emas tanap perlu meninggalkan baki dalam akaun.

6. Penjualan Semula (Buyback) – Anda boleh membuat transaksi jualan semula ‘buyback’ secara dalam talian (di web) tanpa perlu ke pejabat jualan.

 

3. Makmur Gold

Siapa tak kenal dengan Makmur Gold kan? Makmur Gold terkenal dengan Wafer Emas 1 Gram, 5 Gram Dan 10 Gram. Dan semua Wafer Emas ni boleh dibeli secara dalam talian melalui Sistem Usahawan Emas Makmur Gold.

Makmur Gold merupakan salah satu bidang perniagaan yang diusahakan oleh Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur) yang ditubuhkan pada 26 Januari 2018 oleh sekumpulan anak muda yang berwawasan tinggi. Mereka bercita-cita ingin menerajui koperasi belia bagi menceburi bidang bidang perniagaan yang berpotensi di negeri Pahang dan Malaysia.

syarikat emas di malaysia
syarikat emas di malaysia

 

Apakah jenis emas terbaik untuk pelaburan? Soal ini anda perlu mencari maklumat lanjut kerana terdapat banyak jenis emas di luar sana. Makmur Gold sendiri mempunyai banyak jenis produk emas di bawah jenama syarikat mereka. Antara produk yang dijual di Makmur Gold ialah :

  • Barangan perhiasan seperti cincin, gelang dan rantai emas.
  • Wafer emas 1 gram, 5 gram dan 10 gram.
  • Wafer tempahan khas 0.25 gram, 1 gram, 5 gram dan 10 gram.
  • Emas bar 50 gram dan 100 gram.

 

Makmur Gold Price (24 Hours Live)

syarikat emas di malaysia
Makmur Gold Price (24 Hours Live)

Kelebihan Join Syarikat Emas di Malaysia Makmur Gold

  1. PERCUMA Upah

Barangan emas di Makmur Gold tidak dikenakan upah dan harga emas jauh lebih murah dari syarikat atau kedai emas yang lain.

 

  1. Patuh Syariah

Makmur Gold mempunyai Sijil Pematuhan Syariah. Segala operasi syarikat dan aktiviti perniagaan selaras dengan peraturan tadbir urus Syariah yang telah ditetapkan.

 

  1. Diskaun Tambahan

Jika anda daftar sebagai customer di website Makmur Gold, anda layak dapat diskaun tambahan seumur hidup.

 

  1. Belian Mudah

Paling menarik, pembelian emas boleh dibuat secara walk-in di cawangan Makmur Gold, Marketplace (online) dan juga aplikasi Whatsapp.

 

  1. Pembayaran

Proses pembayaan sangat mudah iaitu secara tunai, online dan ansuran bulanan turut disediakan.

 

Syarikat Pelaburan Emas Terbaik dan Selamat di Malaysia Ada Banyak, Tambahkan Ilmu Sebelum Melabur

Sebenarnya ada banyak lagi syarikat emas yang ada dekat Malaysia ni yang anda boleh join cuma kena selidik terlebih dahulu latar belakang mereka. Senarai syarikat emas berdaftar di Malaysia hendaklah diteliti supaya tidak salah membuat keputusan. Tengok sejarah penubuhan dan testimoni dari pelabur-pelabur mereka. Maklumlah nak melabur emas bukan seringgit dua ringgit nilai dia kan. Dan mungkin terdapat sedikit perbezaan harga emas antara syarikat emas yang terdapat di Malaysia. Kena pastikan setiap sen yang kita labor mendapat pulangan yang setimpal.

Pihak Bank Negara Malaysia juga sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak selamat maka rajinkan diri untuk membuat semakan. Pemilihan emas yang ingin di beli juga mestilah mempunyai ciri-ciri yang di percayai dan dikenali ramai.

Adakah pelaburan emas terbaik di Malaysia 2021 atau terus lagi mendapat sambutan? Nampaknya pelaburan emas ini dari dulu, sekarang dan masa depan terus rancak mendapat perhatian dari banyak pihak. Semoga perkongsian berkaitan syarikat jual emas di Malaysia ini dapat membantu anda yang berminat dalam dunia pelaburan emas ini.

Semoga anda dapat menemui syarikat pelaburan emas terbaik di Malaysia yang sesuai dengan diri masing-masing.

Artikel Menarik Lain :

 

 

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *