Cara Mudah Buat Duit Dengan eBay
| | |

Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Mudah

Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Dengan eBay | Zaman sekarang, urusniaga tak terhad pada pelanggan tempatan sahaja. Dengan kemudahan teknologi yang makin maju saban hari, para penjual dan pembeli boleh berurusniaga sehingga ke peringkat antarabangsa dengan hanya di hujung jari. Banyak platform yang tersedia untuk digunakan oleh para penjual. Dan salah satunya ialah eBay.

Panduan Bisnes eBay , Cara Mudah Buat Duit Online Peringkat Antararbangsa

Jana pendapatan melalui eBay menjadi satu trend terkini para penjual yang berniaga secara atas talian. Konsep berniaga di eBay sama je dengan berniaga di FB, Instagram, Shopee dan Lazada. Bezanya, kita hanya menjadi penjual di eBay, senaraikan produk di eBay dan urusan berjual beli berlaku dalam platform eBay.

panduan bisnes ebay
panduan bisnes ebay

 

Siapa yang tak pernah dengar tentang eBay kan? Sebuah platform yang paling mudah untuk berniaga secara atas talian. Sebabnya korang tak perlu bersusah payah nak keluarkan kos untuk pemasaran atauiklan untuk mencari pembeli. Ciri secure automatik yang ada sistem eBay telah selesaikan masalah trafik (pelawat) untuk membeli barangan korang tu.

Trend berniaga online atas talian semakin hari semakin gah dan siapa yang ketinggalan pasti akan terasa bahangnya. Makin ketara saat PKP di mana, rata-rata peniaga beralih arah berniaga secara atas talian disebabkan premis yang terpaksa ditutup.

Panduan Bisnes eBay Untuk Pemula Melibatkan 3 Langkah Utama

Untuk berniaga di eBay ini, korang perlu tahu dulu apakah cara berniaga di eBay ini. Tanpa tahu cara berniaga di eBay bagaimana barang boleh laku. Maka di sini saya akan kongsikan beberapa panduan bisnes eBay sebagai panduan asas.

So macam mana nak buat duit dengan eBay ni? Haa secara asasnya hanya 3 langkah sahaja yang korang perlu buat iaitu membuat kajian produk, senaraikan produk kat eBay dan proses order kalau ada orang yang membeli dari korang. Jom kita tengok apa maksud 3 langkah ni. .

#1 Membuat Kajian Produk

Untuk kajian produk ni, korang boleh survey produk-produk yang tengah trending atau viral pada hari ini. Tak perlu ambil masa untuk cari banyak produk. Satu atau dua produk pun sudah mencukupi sebab confirm-confirm produk tersebut on demand. Silap hari bulan tak cukup stok korang dibuatnya.

#2 Senaraikan Iklan di eBay

Lepas dah ada produk yang nak dijual, sekarang korang boleh lah masukkan produk tersebut dalam kedai online korang di eBay. Macam saya bagitau tadi, bab iklan korang tak perlu risau. Sebabnya Market ebay sangat besar dan eBay sendiri akan bantu pasarkan barang korang tu. Senang kan? Dah jimat kos iklan dekat situ.

#3 Proses Order / Pos Barang

Bila dah ada order masuk, macam biasa korang kena lah proses order tersebut. Kena packing dan kemudian hantar pada syarikat kurier pilihan. Sebaiknya cari syarikat kurier yang ada buat perkhidmatan penghantaran luar negara sebab pengguna eBay dari seluruh dunia. Tak terhad pada pembeli tempatan.

Panduan Bisnes eBay Perlu Sentiasa Dipelajari Supaya Barang Laku Dijual

  1. Produk Yang Hendak Dijual

Ini paling penting! Korang kena ada produk. Kalau takde produk, macam mana nak berniaga kan? Sebenarnya nak berniaga dekat eBay, tak kisah apa pun jenis produk atau item yang korang nak jual. Nak jual barang-barang preloved pun boleh. Lagi best kalua item tu jenis rare dan vintage. Confirm orang cari.

Tapi berapa banyak je barang vintage yang kita ada. Betul kan? Sebab tu lah penting untuk kita decide produk apa yang terbaik untuk dijual di eBay, produk apa yang on demand sekarang ni di pasaran tempatan atau antarabangsa. Kena amik masa sikit untuk buat kajian kalua nak Berjaya dalam perniagaan di eBay. Tak susah nak cari produk viral sekarang ni. Korang hanya cari di Google Trends ataupun di Reddit.

panduan bisnes online
panduan bisnes online

 

  1. Pembekal Produk

Setiap produk perlu ada pembekal. Lepas korang dah dapat idea produk apa yang nak dijual, then korang dah boleh start cari pembekal untuk produk tersebut . Kalau korang ada modal yang besar, korang boleh lah buat produk sendiri. Tapi kalua tak, beli je dari pembekal yang dipercayai sama ada pembekal tempatan atau luar negara seperti dari China. Kalau yang takde modal, takde masalah. Korang boleh start dengan berniaga secara dropsip. Lagi mudah. Tak perlu modal, tak perlu simpan stok. In fact ramai yang berjaya berniaga di eBay secara dropship tau.

  1. Tempat Menjual (Platform)

Dah kata nak berniaga di eBay. So for sure platform yang kita akan gunakan diΒ marketplaceΒ eBay.com. Firstly korang kena lah daftar sebagai penjual sebelum boleh buat duit online di eBay. Jangan risau bab daftar sebab senang je langkah-langkah dia.

Sama seperti platform online yang lain, eBay juga ada polisi dan peraturan yang korang kena patuh. Contohnya korang tak dibenarkan menjual barang berjenama tiruan. Kalau korang boleh ikut peraturan ni, insyaAllah korang boleh bertahan lama dalam bisnes di eBay.

Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Mudah
Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Mudah

 

  1. Paypal (Medium Pembayaran Antarabangsa)

Peniaga menggunakan Paypal sebagai medan terima bayaran kerana ianya mudah dan selamat kerana korang hanya perlu kongsikan emel Paypal korang sahaja. Kemudian pembeli akan membuat bayaran ke akaun Paypal korang tu dan bila duit dah masuk, korang boleh lah transfer duit tersebut ke mana-mana akaun bank dalam Malaysia yang korang guna. Tak susah sebenarnya nak mulakanΒ bisnesΒ denganΒ eBay ni jika sudah selesai buat buat akaun eBay dan PayPal.

paypal platform bayaran antarabangsa
paypal platform bayaran antarabangsa
  1. Servis Penghantaran

Bab penghantaran sekarang dah tak jadi masalah seba ramai dah syarikat kurier yang menawarkan servis penghantaran antarabangsa. Antaranya Pos Laju melalui pakejΒ FlexiPack International. Syarikat kurier lain seperti JnT dan DHL juga menawarkan servis yang sama. So korang boleh bandingkan mana yang terbaik dan efisen.

Bolehkah berniaga barang biasa-biasa di eBay? Ya! Ia adalah salah satu cara mudah untuk jual barang dari pasar malam ke pasaran antarabangsa melalui pasaran ebay ini. Tak perlu pandai buat marketing. 100% ebay carikan pelanggan untuk kita.

Apakah Keburukan Berniaga di eBay Ini?

Β Tidak dinafikan, eBay juga turut mempunyai beberapa kekurangannya. Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu masalah besar jika si peniaga itu boleh bersiap sedia dari awal. Salah satu keburukan apabila barang tidak laku hingga peniaga mengalami lambakan stok di bawah katil. Inilah perkara yang patut cuba dielakkan apabila buat bisnes ebay. Peniaga perlu ingat yang eBay ini melibatkan pembeli di peringkat antarabangsa, tidak hanya tertumpu di dalam pasaran Malaysia sahaja.

Maka terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat supaya tidak mengalami kerugian akibat barangan yang tidak berjaya dijual hingga laku melalui eBay ini. Antara perkara tersebut adalah:

  • jual barang yang ada permintaan tinggi dari pelanggan
  • niagakan barang yang bersifat empat musim , yakni sesuai untuk digunakan dalam apa jua cuaca (musim sejuk, musim panas, musim bunga, musim luruh)
  • utamakan barang yang tahan lama dan tidak mudah rosak
  • barang yang tidak mudah pecah
  • barangan boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dunia
  • tidak pandai berkomunikasi dalam bahasa inggeris
  • tak tahu cara untuk uruskan penghantaran barang ke luar negara

Masalah paling utama apabila ramai usahawan eBbay merungut sebab cabaran nak buat bisnes diΒ  eBay sudah tidak sama macam waktu biasa terutama masalah penghantaran.

 

Panduan Bisnes eBay Boleh Bantu Perniagaan Berjaya

Ok itu lah antara komponen asas yang korang perlu amik kira dalam merancang untuk buat duit dengan eBay. Kalau korang apply semua komponen ini, Insya Allah akan nampak hasilnya nanti. Kalau tak, tak kan salah seorang usahawan dropship Malaysia mampu berniaga hingga ke pasaran US hanya dengan duduk depan laptop di rumah sahaja. Ini membuktikan yang berniaga di eBay satu cara buat duit yang praktikal. Tapi korang kena sentiasa top up ilmu untuk lebih berjaya di eBay.

Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Mudah
Panduan Bisnes eBay, Cara Buat Duit Online Mudah

 

Hanya dengan menggunakan teknik mudah untuk buat bisnes sudah berjaya memperolehi 4 hingga 5 angka di eBay.Β  Antara barangan yang dijual adalah barang-barang tempatan seperti barang makanan kering termasuk mee segera, serbuk teh, krim dan banyak lagi.

Pastikan juga untuk ambil tahu perkara asas yang new seller perlu belajar untuk mula bisnes eBay ini seperti bagaimana hendak bermula untuk menjual di eBay? Berapa modal permulaan untuk berniaga di eBay dan lain-lain lagi. Paling baik jika dapat merujuk kepada mereka yang sudah punya pengalaman berniaga online di eBay ini.

So selamat membuat duit dengan eBay ya. Teruskan juga menimba ilmu supaya perniagaan dapat terus berkembang maju dan pesat seiring dengan permintaan pelanggan seluruh dunia.

Bacaan Menarik Lain :

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *