|

Resepi Pasta Clam yang Paling Mudah untuk Diet

Sumber: https://www.nigella.com/

Resepi Pasta bersama Clam yang Paling Mudah

Resepi Pasta bersama Clam ini saya olah dari resepi Nigella Lawson dan sangat sesuai untuk bagi anda yang sedang cuba menguruskan berat badan.

Cadangan hidangan untuk 1 atau 2 orang

BAHAN-BAHAN

  1. 250 gram Clam
  2. 150 gram linguine (boleh diganti dengan sphagetti)
  3. 1 ulas bawang putih
  4. 2  sudu minyak zaitun
  5. ¼ sudu teh cili flake (atau lebih jika anda gemar pedas)
  6. 50ml jus anggur
  7. Sedikit perahan lemon (mengikut citarasa)
  8. 1 – 2 sudu besar daun pasli (dicincang)
  9. Sedikit garam (mengikut citarasa)

CARA-CARA

  • Rendam dan bersihkan clam dengan air bersih.
  • Rebus linguine seperti arahan di paket atau mengikut citarasa anda. Jangan rebus sehingga terlampau lembik kerana anda akan masak semula pasta bersama jus anggur dan clam.
  • Toskan linguine dan gaul dengan beberapa titis minyak zaitun supaya pasta anda tidak melekat.
  • Masukkan minyak zaitun di dalam kuali kemudian tumis bawang putih dan cili flakes selama 1 minit atau sehingga berwarna keperangan.
  • Setelah itu masukkan clam, jus anggur dan perahan lemon di dalam kuali. Tutup kuali selama 2 – 3 minit, kemudian masukkan garam mengikut citarasa anda dan gaul dengan sekata.
  • Akhir sekali masukkan daun pasli yang sudah dicincang dan pasta clam anda siap untuk dihidangkan.
  • Diharapkan anda dapat mencuba resepi pasta clam yang paling mudah untuk diet anda.

Jangan lupa kongsikan resepi pasta clam ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *