Resepi Sup Daging Noxxa Mudah dan Lazat

Resepi ini berdasarkan periuk noxxa keluaran lama.

Resepi Sup Daging Periuk Noxxa

Bahan-Bahan:

  1. 500g daging lembu
  2. 1 biji Bawang besar
  3. 1/2 biji bawang holland
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 3-4cm halia
  6. 6 batang daun sup
  7. 1 sup bunjut
  8. 1 kiub pati daging
  9. 1 – 2 biji kentang
  10. garam
  11. lada hitam
  12. sedikit minyak
  13. Secubit serbuk perasa (optional)

Cara-Cara:

  • Bersihkan daging dan kentang dan potong kepada saiz sederhana.
  • Kupas dan potong halus, bawang besar, bawang holland, bawang putih dan halia (anda boleh juga kisar bahan-bahan dengan pengisar). Setelah itu, bersihkan dan potong halus daun sup.
  • Panaskan periuk noxxa dan masukkan sedikit minyak, tekan butang stir fry. Setelah minyak panas masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging dan kentang dan gaul bahan-bahan dengan sekata.
  • Masukkan air sehingga menutupi bahan-bahan, tambahkan sup bunjut dan kiub pati daging. Kemudian perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali masukkan daun sup dan tukar function periuk noxxa kepada high pressure dan set masa masakan selama 50 minit. Pastikan tombol pada penutup periuk adalah pada penunjuk pressure.
  • Setelah 50 minit dan periuk sudah berbunyi tukar kan tombol daripada pressure kepada steam. Lakukan dengan berhati-hati jauhkan mata dan muka anda dari penutup periuk serta gunakan kain atau sarung tangan tahan panas bagi mengelakkan anda tercedera.

Kini sup daging anda siap dihidangkan, resepi ini sangat mudah tapi lazat.

Selamat mencuba resepi sup daging periuk noxxa yang mudah dan lazat ini.