|

Resepi Biskut Coklat Putih dan Cranberry Simple

Resepi Biskut Coklat Putih dan Cranberry Simple

Resepi ini diolah dari resepi asal Chef Jamie Oliver

Sumber: https://www.jamieoliver.com/
Biskut Coklat Putih dan Cranberry

Bahan-Bahan:

  1. 100 g mentega tanpa garam
  2. 85 g gula aising
  3. 1 sudu teh ekstrak vanila
  4. 100 g tepung naik sendiri
  5. 30 g tepung jagung
  6. 4 sudu besar rolled oat
  7. 50 g coklat putih, dicincang kasar
  8. 50 g cranberry kering

Cara-Cara:

  • Pukul mentega dan gula ising sehingga kembang, kemudian masukkan ekstrak vanilla dan gaul sekata.
  • Gabungkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan oats kemudian tambahkan ke dalam adunan mentega. Campurkan coklat putih dan cranberry dan gaul menjadi adunan.
  • Bentukkan adunan menjadi bentuk gulung seperti kek gulung kemudian tutup adunan dengan clingflim/plastic wrap dan sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 180ยบC.
  • Potongkan adunan dalam 1cm tebal dan susun di atas loyang pembakar yang telah diletak kertas kalis minyak. Bakar selama 12 hingga 15 minit atau sehingga warna keemasan.
  • Pindahkan biskut dari loyang pembakar dan sejukkan sebentar sehinga biskut rangup sebelum memakannya.

Selamat mencuba resepi Biskut Coklat Putih dan Cranberry yang simple dan lazat ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda.

ย 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *