Sumber: https://www.nigella.com/

Resepi Crustless Pizza yang Simple dan Mudah

Resepi crustlezz pizza yang mudah ini diolah dari resepi Nigella Lawson.

Cadangan hidangan untuk 2-3 orang.

BAHAN-BAHAN 

  1. 1 biji telur
  2. 100 gram tepung serbaguna
  3. Sedikit garam laut atau garam biasa (secukup rasa)
  4. 250 mililiter susu penuh lemak
  5. Sedikit Mentega
  6. 100 gram keju parut Cheddar
  7. 50 gram pepperoni bersaiz kecil atau sosej pilihan anda

CARA-CARA

  • Panaskan ketuhar hingga 200 ° C / 180 ° C.
  • Pukul telur bersama tepung, garam dan susu untuk membuat adunan pizza.
  • Masukkan separuh keju (kira-kira 50 gram) kedalam adunan.
  • Sapukan loyang pembakar dengan mentega dan tuangkan adunan.
  • Kemudian bakar adunan selama 30 minit.
  • Setelah itu keluarkan adunan dan taburkan dengan baki keju dan pepperoni atau sosej. (Anda boleh juga mencapurkan sayuran pilihan seperti capsicum, nenas, cendawan dan lain-lain)
  • Bakar semula di dalam ketuhar selama 2 atau 3 minit.
  • Setelah keju cair dan pizza kelihatan berwarna keperangan, keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba resepi pizza yang sangat mudah dan sedap ini.